Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Masih ingat lagi tentang salah satu dialog dalam Filem Nujum Pak Belalang lakonan Allayarham Tan Sri P.Ramlee..
Dialog tentang teka-teki yang diberikan oleh Raja Mesai kepada Nujum Pak Belalang.....
Raja Masai : "Terdapat sebuah masa’elah.. kalau satu, banyak-banyak!!... kalau dua, Sedikit-sediiikit!!... kalau tiga, jar-rang, jarang!!... kalau empat, kad-dang, kad-dang!!. Apa itu..???"
Jawapannya... Kahwin....
Soalan panjang berjela, tapi jawapannya simple sahaja... Bila sebut pasal kahwin, terlalu banyak cerita untuk dikongsikan...
- Ada orang yang tak kahwin-kahwin... Sebab jodoh belum sampai katanya...
- Ramai orang kahwin satu... Setia sehingga ke akhir hayat...
- Sikit-sikit orang Kahwin dua.... Biasanya disebabkan untuk mendapatkan zuriat
- Jarang-jarang orang kahwin tiga... Macam dalam cerita madu 3 lakonan Allayarham Tan Sri P.Ramlee..
- Kadang-kadang orang kahwin 4... Dah rezeki, nak buat macam mana...
Ya.. Inilah kisah-kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat kita, bila sebut tentang perkahwinan... Tiada siapa yang harus dipersalahkan, disebabkan ini semua takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T... Dan peraturannya ada terdapat di dalam Al-Quran...
Ada Orang masih bujang, Sebab jodoh belum sampai katanya...
Saya yakin ramai di kalangan wanita di luar sana yang masih membujang kerana anda masih belum dapat memiliki jejaka yang anda idamkan. Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikat anda, tetapi hati anda tetap dengan jejaka idaman dan igauan anda dan si dia sentiasa di hati anda. Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya di dalam hati anda.
Saya tahu anda kecewa. Anda ingin memilikinya tetapi anda tidak yakin, tiada peluang dan anda sangat merendah diri apabila berhadapan dengannya. Tahukah anda bahawa di luar sana, terdapat ramai wanita yang tidak secantik Siti Nurhaliza, tidak sesempurna Maya Karin, tetapi mereka masih mampu dan berjaya memiliki jejaka idaman mereka? Ini adalah kerana mereka mengetahui satu rahsia yang mereka tidak mahu kongsikannya dengan anda!
Apa yang menjadi rahsia mereka selama ini ialah mereka mengetahui segalanya mengenai kelebihan dan kelemahan lelaki, mengenali mereka sedalamnya dan tahu bagaimana untuk menawan hati mereka! Jadi anda perlu mendapatkan sebeberapa banyak info mengenai lelaki dan bagaimana untuk menawan hati mereka.
Wanita perlu berusaha dan belajar sendiri bagaimana untuk memahami mereka. Kini, anda tidak perlu risau lagi! Segalanya ada tersedia di hujung jari... Berusaha mulai daripada sekarang untuk merubah status kehidupan anda daripada Cik kepada Puan... ;)
Itu tentang masalah kaum wanita yang terus membujang sehingga sekarang... Bagaimana pula dengan masalah yang dihadapi oleh kaum lelaki... Kenapa ramai lelaki terus membujang sehingga sekarang? Takkan langsung tak ada keingginan nak kahwin, bila melihat awek-awek comel berlegaran di hadapan mata, rakan-rakan yang dah ramai berkahwin, tengok rakan-rakan bahagia bersama pasangan hidup dan anak-anak... Saya percaya pasti mereka juga mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga pada suatu hari nanti.... Tapi... "Ramai Membujang Lantaran Hantaran Mahal"
Sumber : Kosmo! Bertarikh 10 Ogos 2013
Betul juga.. Macamana nak Kahwin... hantaran mahal... Ramai teruna tidak mampu nak menyediakan wang hantaran...
Bukan semua orang terdiri daripada golongan orang yang berada.. Mereka berpeluang untuk berkahwin, sekiranya pintu rezeki terbuka untuk mereka.. Semoga ada rezeki yang bakal menanti mereka pada kemudian hari...
Tetapi kalau dah tak ada rezeki juga, terpaksalah buat pinjaman peribadi... Mungkin ini merupakan jalan terakhir yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah ini... Jadi, jangan salahkan lelaki idaman hati anda, sekiranya sampai sekarang tak berani nak luahkan perasaan kepada anda... Adalah sebabnya tu...
Ramai orang kahwin satu... Setia sehingga ke akhir hayat...
Ramai orang kahwin satu... Setia sehingga ke akhir hayat...
Harap-harap begitulah.. Tapi kata orang, bumi mana yang tidak ditimpa hujan... Lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan suami isteri...
Semakin hari, peratusan penceraian pasangan yang berumah tangga semakin meningkat. Kadangkala, walaupun perkahwinan tersebut hasil daripada hubungan yang terbina sejak berbelas tahun dahulu, mereka tetap kecundang juga dengan perkahwinan yang hanya berusia beberapa hari atau bulan. Ada pula, hubungan sahaja yang bernama suami isteri. Tetapi, tempat tidur berasingan, si isteri masak untuk dirinya dan anak-anak sahaja manakala si suami makan di luar dan sebagainya.
Apabila ditanya, mereka akan menjawab, semua ini berlaku kerana mereka berdua sudah tidak sefahaman lagi. Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami, memahami dan mengenalinya.
Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.
Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita.
Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.
Tawan hati suami anda kembali... Untuk memastikan hubungan suami isteri anda dapat dipertahankan sehingga ke akhir hayat... Biarlah suami anda hanya berkahwin satu sahaja... iaitu dengan anda... Dan Setia hingga ke akhir hayat... ;)
Sikit-sikit orang Kahwin dua.... Biasanya disebabkan untuk mendapatkan zuriat
Gambar Hiasan.. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman bersama kedua-dua isteri beliau..
Tidak semua lelaki mahu berkahwin lebih daripada satu... Tetapi ada juga yang melakukannya, mungkin di atas sebab-sebab tertentu seperti:
- Untuk mendapatkan zuriat disebabkan tidak berjaya mendapatkan anak dengan isteri pertama
- Ingin memperbanyakkan lagi zuriat (umat nabi Muhammad S.A.W.) melalui lebih dari seorang ibu
- Membela nasib janda yang telah kematian suami (Seperti di zaman Rasulullah S.A.W. dan para sahabat)
- Untuk membela nasib kaum perempuan yang lemah dan teraniaya
- Untuk keseimbangan alam disebabkan bilangan wanita lebih ramai dari bilangan lelaki
- Dah jodoh.. (Qada' & Qadar)
- Isteri pertama tidak mampu untuk melayan nafsu Suami (Alasan lelaki)
- Nak hadiahkan isteri payung emas.. In Shaa Allah
- Dan lain-lain
Bagi pendapat saya, sekiranya anda berkemampuan dan boleh berlaku adil apa salahnya.. Yang penting nak beristeri dua jangan main sembunyi-sembunyi... Kena jujur pada isteri pertama, barulah hidup bahagia... Boleh dijadikan kisah perkahwinan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman sebagai contoh... nak tahu kisahnya boleh baca di sini..
Jarang-jarang orang kahwin tiga... Macam dalam cerita madu 3 lakonan Allayarham Tan Sri P.Ramlee..
Ya betul.. Jarang-jarang orang kahwin 3.. Tapi kalau berkemampuan, boleh berlaku adil dan ilmu agama penuh di dada apa salahnya... Sekurang-kurangnya dengan perkahwinan tersebut akan dapat meramaikan umat nabi Muhammad yang celik agama dengan didikan yang bakal diberikan oleh seorang suami...
Sebagai contoh, kita boleh tengok kisah perkahwinan Ustaz Azhar Idrus (UAI)... Kebahagiaan jelas terpancar di wajah ketiga-tiga isteri beliau di saat persandingannya dengan isteri ke tiga...
Sumber : Klik Di Sini
Dengan ilmu agama yang beliau ada... In Shaa Allah beliau akan dapat membimbing keluarga besar ini mendalami ilmu agama, dan mendapat keredhaan di sisi Allah S.W.T...
Anda nak cuba berkahwin 3?
Anda perlu cermin diri terlebih dahulu... Pastikan anda mampu dari segi nafkah Zahir dan Batin... Pastikan anda mampu berlaku adil.. Pastikan anda seorang yang cukup penyabar, untuk melayan kerenah isteri-siteri dan anak-anak... kalau nak melayan kerenah seorang isteri dan beberapa orang anak pun dah rasa tak sabar, jangan bermimpi untuk berkahwin lebih daripada seorang...
Tetapi saya percaya, ada juga dalam kalangan masyarakat kita yang telah mengambil kesempatan untuk berkahwin lebih daripada seorang... tetapi tidak pandai hendak mengukur baju di badan sendiri... Sebelum berpoligami, kata boleh berlaku adil, kata mampu membahagiakan isteri-isteri... Tetapi setalah berkahwin, lain pula jadinya.... Huh... Harap-harap kita dijauhkan daripada sifat-sifat seperti ini... Sebabnya, banyak soalan yang mungkin tidak mampu kita jawab semasa di soal di akhirat nanti...
Kadang-kadang orang kahwin 4... Dah rezeki, nak buat macam mana...
Bukannya senang nak berkahwin 4.. nak jaga 4 hati dalam satu masa... Itu belum lagi nak jaga hati anak-anak daripada setiap isteri... Sekiranya suami seorang yang benar-benar bertanggungjawab menghargai setiap isteri, mahu tak tidur malam dibuatnya memikirkan setiap masalah dan urusan kehidupan setiap isteri-isterinya... kalau rasa tak sanggup, jangan nak cari penyakit beristeri 4...
Melainkan anda sanggup menjaga 4 hati dalam satu masa, macam dalam filem kahwin 5... Yang pastinya bukannya senang nak berlaku adil dengan kesemua isteri..
Gambar Hiasan Dari Filem Kahwin 5
Sekiranya ada juga yang berhajat nak berkahwin 4, kenalah mengikut jejak Rasulullah dan para sahabat... Walaupun bilangan isteri Rasulullah S.A.W ramai, tetapi tujuan baginda berkahwin ialah untuk membela nasib wanita-wanita yang kematian suami dalam masa yang sama untuk memperkembangan agama Islam... Kebanyakan isteri Rasulullah S.A.W adalah janda.. Hanya seorang sahaja dikahwini ketika anak dara iaitu Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar..
Jom kita tengok senarai nama isteri Rasulullah dan para sahabat...
Jom kita tengok senarai nama isteri Rasulullah dan para sahabat...
1) Senarai Isteri Rasulullah SAW:
- Siti Khadijah binti Khuwailid.
- Saudah binti Zam'ah.
- Aisyah binti Abu Bakar.
- Hafsah binti Umar.
- Zainab binti Khuzaimah.
- Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
- Zainab binti Jahsy.
- Juwairiyah binti Al-Harith.
- Safiyyah binti Huyai.
- Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
- Maimunah binti Al-Harith.
- Mariah binti Syam'un.
2) Senarai Isteri Saidina Abu Bakar Siddiq R.A:
- Qutailah binti Abd al-Uzza bin Abd bin As’ad
- Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Zuhal bin Dahman
- Asma’ binti Umais bin Ma’add bin Taim al-Khats’amiyyah
- Habibah binti Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair
3) Senarai Isteri Saidina Umar R.A :
- Zainab binti Mazh’un
- Mulaikah binti Jarwal,
- Ummu Kaltsum binti Jarwal
- Quraibah binti Abi Umayyah al-Makhzumi
- Ummu Hakim binti al-Harits bin Hisyam
- Jamilah binti7 Ashim bin Tsabit bin Abi al-Aqlah
- Atikah binti Zaid bin Amr bin Nufail
- Ummu Kaltsum Binti Ali
4) Senarai Isteri Saidina Usman Affan R.A:
- Ruqayah binti Rasulullah
- Ummu Kaltsum
- Fakhitah binti Ghazwan bin Jabir
- Ummu ‘Amr binti Jundub bin ‘Amr al-Azdya
- Fathimah binti Al-Walid bin Abdusy Syamsy bin al-Mughirah al-Makhzumiyah
- Ummu al-Banin binti ‘Uyainah bin Hishn al-Fazariyah
- Ramlah binti Syaibah bin Rabi’ah bin Abdusy Syamsy bin Abdul Manaf bin Qushay
- Na’ilah binti al-Farafishah bin al-Ahwash bin ‘Amr bin Tsa’labah bin al-Harits bin Hishn bin Dhamdham bin ‘Ady bin Junab bin Kalb
5) Senarai Isteri Saidina Ali karamallah wajhah
- Fathimah binti Rasulullah
- Ummul Banin binti Hizam
- Laila binti Mas’ud bin Khalid bin Malik
- Asma’ binti ‘Umais al-Khats’amiyyah
- Ummu Habib32 binti Rabi’ah bin Bujair bin al-Abdi bin ‘Alqamah
- Ummu Sa’id binti Urwah bin Mas’ud bin Mu’attib bin Malik ats
- Umamah binti Abil Ash bin ar-Rabi’ bin Abdil Uzza bin Abdi Syams bin Abdi Manaf bin Qushay
- Khaulah binti Ja’far bin Qais bin Maslamah bin Ubaid bin Tsa’lab bin Yarbu’ bin Tsa’labah
Lihat.. Poligami merupakan Sunnah Rasulullah S.A.W.. Disebabkan itu para sahabat juga turut mengamalkannya...
Apabila sahabat dan Rasulullah amalkan, kita pun boleh mengamalkannya... tetapi sebelum anda nak mengamalkan Poligami, anda juga perlu mengamalkan sunnah Rasulullah yang lain terlebih dahulu, barulah adil...
Ini tidak... Poligami nak diamalkan, tetapi sunnah Rasulullah yang lain ditinggalkan, manalah isteri di rumah tak mengamuk sakan...
Apabila sahabat dan Rasulullah amalkan, kita pun boleh mengamalkannya... tetapi sebelum anda nak mengamalkan Poligami, anda juga perlu mengamalkan sunnah Rasulullah yang lain terlebih dahulu, barulah adil...
Ini tidak... Poligami nak diamalkan, tetapi sunnah Rasulullah yang lain ditinggalkan, manalah isteri di rumah tak mengamuk sakan...
Apabila berbicara tentang poligami, kebanyakan wanita cepat melenting disebabkan perkara itu sangat sensitif untuk dibincangkan. Kenapa? Kerana mereka tidak rela berkongsi kasih.
Sedangkan, sekiranya mereka izinkan dan merelakan poligami, wanita tersebut dapat merasai istilah pengorbanan dalam Islam dan martabat mereka diangkat setinggi-tingginya bukan dijatuhkan.
Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang.
Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:
- Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
- Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
- Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.
- Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.
- Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
- Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
- Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.
- Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
- Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
- Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.
- Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.
- Menambah bilangan keturunan.
- Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.
Sudah terang lagi bersuluh dengan keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan bahawa pologami yang diharuskan Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu seks bagi kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan ummah.
Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang sesat mengamalkan poligami. Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya.
Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding sebelumya. Tanggungjawab dalam melaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami.
Hal poligami ini menjadi lebih parah dengan gembar gembur yang dimainkan oleh media dalam menyebarkan seolah-olah poligami itu salah dan tidak dibenarkan. Maka, poligami itu akan bertukat menjadi pengalaman pahit apabila:
- Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.
- Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.
- Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.
- Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.
- Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.
Contohnya.. Dalam cerita yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini... Seorang lelaki yang memukul seorang isteri di dalam lif dihadapan dua orang anak... Berdasarkan maklumat yang saya terima ianya ada berkaitan dengan isu poligami...
Bagi pandangan peribadi saya, video tersebut sangat memalukan kaum lelaki.. Memukul wanita dengan sedemikian rupa menunjukkan kaum lelaki Dayus... Ada cara nak menegur kaum wanita... Nak tahu caranya kena merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah...
Dengar ceritanya lelaki yang memukul wanita tersebut telahpun ditahan... Semoga ada balasan yang setimpal menanti lelaki tersebut... Supaya dapat menjadi pengajaran kepada kaum lelaki yang lain...
Sumber : Klik Di Sini
Berpoligami seperti menambah cawangan perniagaan/syarikat yang lain..
Ya.. Betul.. Berpoligami seperti menambah cawangan perniagaan/Syarikat yang lain... Nak tambah cawangan perniagaan kita kena pastikan cawangan pertama berada dalam prestasi yang baik.. Operasi syarikat dapat berjalan dengan lancar, dan kebajikan pekerja terjaga.. Barulah boleh tambah cawangan... Dapatkah anda bayangkan apa akan berlaku sekiranya cawangan pertama terumbang-ambing dengan pelbagai masalah, kemudian nak tambah cawangan lagi satu?
Tentu akan ada masalah berlaku di kemudian hari... Betul tak?
Samalah juga halnya dengan poligami... Sebelum nak buka cawangan/tambah keluarga sila pastikan keluarga asal aman, isteri dan anak-anak (sekiranya ada) mendapat layanan dan kebajikan yang memuaskan... Pastikan mereka bahagia terlebih dahulu, baru boleh tambah cawangan...
Apabila dah tambah cawangan kedua pun kena lakukan begitu juga... Sila pastikan cawangan pertama dan cawangan kedua berada dalam keadaan baik.. Isteri dan anak-anak mendapat layanan dan perhatian yang secukupnya... Sekiranya anda boleh lakukan, saya rasa tiada masalah untuk terus menambah cawangan sehingga cukup kuota..
Tetapi kalau keluarga yang sedia ada pun tak mampu nak jaga... Jangan bermimpi nak tambah cawangan... Kelak yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.... Kesudahannya hidup tak bahagia, siang malam asyik memikirkan masalah dengan isteri-isteri dan anak-anak... Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara ini... Bersyukurlah dengan apa yang ada... Dengan banyak bersyukur Allah akan tambahkan nikmat kita pada kemudian hari... In Shaa Allah...
Kesimpulannya...
Walau apa pun yang berlaku hidup tetap perlu diteruskan... Buatlah keputusan yang bijak... Kalau tak tahu, kenalah bertanya atau merujuk kepada sumber-sumber rujukan yang boleh dipercayai seperti Al-Quran dan Hadis... Tiada siapa yang melarang anda untuk terus membujang, kalau itulah suratan hidup anda.... Tetapi anda digalakkan untuk berkahwin bagi menambahkan umat nabi Muhammad S.A.W di muka bumi ini... Tiada salahnya hendak berpoligami, sekiranya ada mempunyai ilmu agama yang penuh di dada... Tidak cukup ilmu akan menyebabkan anda di timpa masalah di kemudian hari... Jadi, fikirkanlah yang terbaik untuk diri anda...
Pesanan daripada seorang rakan:
Janganlah kita bertanya kepada orang lain persoalan yang menjadi rahsia Allah.
“Bila nak kahwin ni? Umur makin bertambah, kerja dah bagus, muka cantik ……”
“Bila nak ada anak ni? Tak nak anak ke…? Merancang ke…..?”
Jangan gores perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah, yang redha dengan ketentuan Allah…
Kita kahwin awal, bukan bermakna kita hebat mencari pasangan…hanya kerana sudah sampai jodoh kita…
Kita dapat anak cepat & ramai, bukan bermakna kita hebat dalam soal suami isteri tapi kerana rezeki kita telah ditetapkan Allah..
Allah juga sebaik-baik perancang.. Wallahualam...
Laman Web berkaitan dengan urusan keluarga dan Rumahtangga:
- Tips Rumahtangga Bahagia (Klik Di Sini)
- Tips Memikat Lelaki Idaman (Klik Di Sini)
- Tak Kenal maka Tak Cinta (Klik Di Sini)
- Rahsia Mudah Poligami (Klik Di Sini)
- Rahsia Menambat Nafsu Suami (klik Di Sini)
- Rahsia Menambat Nafsu Isteri (Klik Di Sini)
- Strategi Kahwin dan Kaya (Klik Di Sini)
- Panduan Lengkap Mudahnya Berpoligami (Klik Di Sini)
bagi orang bujang itulah soalan cepumas..buila dah kahwin akan tanya bila nak ada anak..bila dapat anak akan tanya bila nak tambah lagi...dan ianya akan berterusan..
BalasPadamterlihat wajah mamat tuh dalam TV , muka macam tak meyesal jer...hmm...
BalasPadamPanjang betul bro cerita pasal kahwin ye. Hehe. Memang macam-macam ragam betul kalau bab kahwin ni kan.
BalasPadamPergh! panjang lebar huraiannya. Mantap! Setakat ini tak ada lagi hasrat nak kahwin lagi...tapi kalau ada jodoh tak kisah...asalkan bermanfaat utk diri dan orang lain..
BalasPadamkalau dah jodoh, kahwin la 1, 2, 3 atau 4 sekali pun. :) Yang penting, klu dah lebih 1 tu, adil la untuk semuanya
BalasPadamkalau lelaki tak kawin sebab hantaran mahal tapi nak nak majlis besar, masih ada pilihan kawin beramai-ramai anjuran badan-badan berkaitan.
BalasPadamfuhh..panjang wehhh...
BalasPadamnak kahwin kena usaha mental dan fizikal =)
BalasPadamfuh....panjang betul entri ni
Fuh...ulasan seakan pakar motivasi keluarga gitu...hehe
BalasPadamBab hantaran puluh2 ribu agak tak masuk akal..
Memang tabiklah UAI , Saleh Yaakob ...
ceq belum ada jodoh lagi, kalau ada anytime ceq kawin
BalasPadamPoligami adalah sunnah nabi yang paling best dan sedap. Kenapa ada orang nak pertikai, sunnah lain taknak buat, poligami beriya-iya nak buat.. Kalau diberi pilihan, untuk buat amal, kita mesti nak buat amal yang senang nak menyeronokkan kan?
BalasPadamUlasan yang datang dari hati kecil seorang blogger yang sangat matang, tak bias dan menyeluruh :). Agak tertarik dengan bahagian "Pesanan dari seorang rakan". Sebab soal hati dan perasaan bukan untuk peraduan gores & menang :)
BalasPadamcerita orang kahwin
BalasPadam