Isnin, 5 Ogos 2013

Hobi Terbaru Isteri Saya : Cantik tak? (Bahagian 13)

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Semakin banyak design Quilling yang telah berjaya isteri saya hasilkan... Ini menunjukkan isteri saya semakin mahir menggunakan teknik ini... Sebagai penghargaan di atas usaha beliau, saya telah mengabadikan gambar-gambar design tersebut di blog saya... Sekiranya ada yang berminat nak tengok design-design tersebut, jemputlah lawati link yang saya senaraikan di bawah: 
  1. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.1)
  2. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.2)
  3. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.3)
  4. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.4)
  5. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.5)
  6. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.6)
  7. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.7)
  8. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.8)
  9. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.9)
  10. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.10)
  11. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.11)
  12. Hobi Terbaru Isteri Saya: Cantik Tak (Bah.12)

Setakat ini semakin banyak tempahan Book Mark yang telah isteri saya terima... Syukur ALhamdulillah... Mungkin rezeki beliau pada bulan Ramadhan ini... Ramai yang berminat nak beli BookMark ini disebabkan harganya yang agak murah berbanding rekabentuk Quilling yang lain... 


Contoh Book Mark

Antara pelanggan isteri saya adalah seorang pelajar sekolah... Apabila isteri saya bertanya kepada emak saudara pelajar tersebut, "kenapa dia nak tempah Book Mark banyak-banyak??"... Emak saudara pelajar tu bagi tahu, anak saudara dia ni suka berniaga dekat Sekolah... Ada sahaja barang-barang yang di jual kepada rakan-rakan sekelas di sekolahnya... 

Baguslah tu Dik, kecik-kecik dah belajar berniaga... Taklah macam pakcik Anuar ni... Dulu masa kecil-kecil tak terfikir pun nak belajar berniaga.. Bila dah besar ni barulah terhegeh-hegeh nak belajar berniaga... Semoga adik kita ini berjaya menjadi seorang usahawan yang terbilang pada satu hari nanti... 

Baiklah... Jom kita cuci mata tengok gambar-gambar terbaru Design Quilling yang telah isteri saya hasilkan... 


LadyBird... Daripada Kertas... 

Gambar LadyBird dari atas... 

Untuk Hadiah Happy Birthday..

Letak Dekat Kotak hadiah pun boleh.. 

Letak Dekat Kad Ucapan pun boleh.. 


Kad Unik... Masih dalam proses Pembikinan...


Tunggu Siap sepenuhnya nanti, saya akan kongsikan dalam entri yang akan datang...


Semalam saya membawa isteri saya pergi ke Kedai Rika Trading ... iaitu kedai pertama yang menjadi Merchant saya dalam Program MyKad Smart Shopper... Bayak bahan Quilling yang telah habis, nak kena Topup balik..

Semasa nak membuat pembayaran, Pemilik kedai Rika Trading bertanya kepada isteri saya...  "Akak buat apa beli barang-barang ni?"

Isteri saya menjawab : "Akak Buat Hiasan Quilling"

Tokey Kedai : "Akak Ambil tempahan ker?"

Isteri saya : "Haah... Akak ambil Tempahan"

Tokey Kedai : "Banyakker tempahan yang akak dapat?"

Isteri saya : "Adalah sikit.. Setakat ini, dah ada beberapa Design Quilling yang dah akak siapkan.. Kalau nak tengok ada dekat sini"

Sambil isteri saya membuka Smartphone beliau untuk menunjukkan gambar-gambar Design Quilling yang telah beliau hasilkan... 

Tokey Kedai : "Cantik.. pandai akak buat.. Macamana akak buat macam ni... Buat macam tu.... Macamana akak Desig ini... Macamana akak Design itu.... dan blablablabla"

Banyak juga perkara yang disembangkan oleh mereka berdua tentang Quilling... Saya hanya mampu mendengar sahaja... Maklumlah saya ni bukannya tahu dalam bab-bab macam ni.. Dalam hati saya berkata... "Tak sangka walaupun pemilik kedai ini lelaki, tetapi dia sangat berminat dengan Kraftangan"

seperti yang saya duga... memang betul... Tokey kedai ni memang minat sangat dengan Kraftangan... Macam-macam buku berkaitan dengan Kraftangan terdapat di kedai beliau... Beliau baca hampir kesemuanya termasuk Sejarah-sejarah tentang Kraftangan... Dan yang terbaru dia tengah belajar tentang teknik Quilling... 

Dia beranggapan kehadiran isteri saya ke kedai beliau dah macam Bulan jatuh Ke Riba.. Dia dah berjumpa dengan orang yang mempunyai minat yang sealiran dengan minat beliau... 

Fuhh... Saya pun tumpang gembira dengan berita tersebut... Banyak perkara positif yang boleh kami sama-sama usahakan untuk saling bantu membantu di antara satu sama lain...

Sebagai contoh, semalam isteri saya telah berbelanja lebih kurang RM70 di kedai Rika Trading ..... Dengan menggunakan MyKad, isteri saya mendapat penjimatan sebanyak 20%.... Daripada RM70, isteri saya cuma bayar RM56 sahaja..

Komisyen yang bakal saya perolehi melalui transaksi ini ialah 4% daripada RM70... Adalah dalam RM2.80 daripada seorang pelanggan... Tentu ada yang bertanya "kenapa saya boleh dapat komisyen 4% daripada transaksi berikut?"

Ini disebabkan, saya merupakan ajen yang telah mengatifkan MyKad isteri saya (dapat komisyen 2% untuk setiap transaksi), dan dalam masa yang sama saya juga merupakan ajen yang telah mendaftarkan kedai Rika Trading ke dalam Program MyKad Smart Shopper (dapat komisyen 2% untuk setiap transaksi)... 

Jadi selepas ini saya kena berusaha dengan lebih gigih untuk mempromosikan hasil kreativiti isteri saya... Apabila isteri saya mendapat pelanggan, dia akan membeli lebih banyak bahan di Kedai Rika Trading ..  Hasilnya, bolehlah mendapat sedikit komisyen daripada hasil kerjasama ini... 

Ok tak, jadikan isteri sebagai sample ujikaji PERTAMA strategi pemasaran Affiliate secara Offline? 

Dalam ujikaji ini semua orang mendapat manfaat... Win-win Situation untuk ke tiga-tiga pihak... 

  • Pelanggan (Pemilik Mykad) dapat Diskaun sebanyak 20%
  • Pekedai dapat pelanggan
  • Ajen dapat Komisyen daripada pekedai(2%) + pengguna MyKad(2%)


Senang kerja saya... Boleh buat promosi dua dalam satu sekaligus... 

Sekiranya anda berminat nak dapatkan Komisyen 20% daripada Rika Trading, anda perlu mengaktifkan MyKad terlebih dahulu.. Pengaktifan MyKad adalah PERCUMA.. Untuk mengatifkan MyKad, Anda cuma perlu  sms/emel butiran tersebut kepada saya:

1. Nama Penuh
2. Nombor KP
3. No Tel.
4. Alamat
5. E-mail

menerusi :
- No. Hp: 016-5425547

- emel: nuargto@gmail.com



P/s: Sekiranya nak buat tempahan Quilling, anda juga boleh menghubungi saya dengan menggunakan No. Telefon dan email seperti di atas...


9 ulasan:

  1. wah.. hobi yang boleh buat duit ni bro.. =)

    BalasPadam
  2. Wah rajinnya...bolehlah beraya sakan ni hihihi

    BalasPadam
  3. comel-comelnya

    moga makin maju bisnes ni

    BalasPadam
  4. fuh...cantik2 gak..dah boleh buat besar-besaran ni

    BalasPadam
  5. Hobi yg menarik. Memang boleh buat duit tambahan tu.
    Syukurlah rezeki kan.
    Orang kreatif ni senang dan mudah nak jana duit.

    BalasPadam
  6. hobi yang boleh menjana pendapatan santai2 saja
    bisnes simkad

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra