Sabtu, 3 Ogos 2013

Kedai Pilihan 1 : Rika Trading, Sungai Besar Menawarkan Diskaun sebanyak 20% dengan MYKAD

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada para pengunjung blog ini, yang terus memberi sokongan moral kepada saya dalam usaha untuk memberi kemudahan kepada Rakyat Malaysia supaya dapat berbelanja pada Harga Diskaun dan Poin di kedai-kedai yang telah mengambil bahagian menyertai Program ini.. 

Setakat ini, antara usaha yang cuba saya lakukan ialah dengan mempromosikan program MyKad Smart Shopper kepada kedai-kedai yang terdapat di sekitar kawasan berdekatan dengan tempat tinggal saya... Kata orang, kita kena cuba menyediakan sebanyak mungkin kemudahan terlebih dahulu... supaya lebih ramai orang berminat untuk menggunakan kemudahan ini... 


Setakat ini saya hanya berkesempatan mempromosikan satu kedai sahaja, disebabkan mempunyai kekangan masa... Maklumlah sekarang nikan kita berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan, jadi banyak aktiviti lain yang perlu dilakukan disamping sedang bersiap sedia untuk bercuti sempena menyambut Hari Raya...

Walaubagaimanapun saya nak ucapkan Bebanyak Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi feedback positif dalam entri yang pernah saya tulis sebelum ini berjudul Promosi satu kedai, dua kedai yang join....

Susulan daripada entri tersebut, saya mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan "kedai Pilihan Pertama Saya" iaitu Rika Trading, Sungai Besar ysng Menawarkan Diskaun sebanyak 20% sekiranya anda berbelanja dengan menggunakan MYKAD (Kad Penganalan)




Rika Trading yang terletak di Sungai Besar, Selangor

Kedai Rika Trading, Sugai Besar ada menjual beberapa produk seperti berikut:
  • Hantaran Perkahwinan
  • Bunga Telur
  • Alat-alat Jahitan
  • Manik
  • Crystal Swarovski
  • Accesories fesyen pakaian
  • Dan macam-macam lagi..



Banyak bunga-bunga plastik dan hiasan terdapat di kedai Rika Trading, Sungai Besar 

Gubahan Bungan yang menarik..

Tempahan Set Hantaran Perkahwinan juga boleh dilakukan di kedia ini.. Harga Boleh dirunding

Para pekerja yang berdedikasi... Mereka sedia membantu anda untuk mendapatkan apa yang dihajati




Isteri saya suka mengunjungi kedai Rika Trading disebabkan bahan-bahan yang beliau perlukan untuk menghasilkan Kraftangan dengan menggunakan Teknik Quilling banyak terdapat di kedai ini..

Jadi senanglah kerja saya lepas ini... Promosi koleksi hasil kerja isteri saya, dalam masa yang sama promosi kedai Rika Trading sekali... Promosi dua dalam satu...  Apabila jualan terhasil Isteri gembira, Tokey kedai turut gembira... Saya pun tumpang gembira... ;) 

Kenapa saya tumpang gembira?  

Sebab Program MyKad Smart Shopper telah di Install di kedai ini secara Online daripada Centre Affiliate Junction (AJ) yang terletak di Sungai Besi... Canggih betul teknologi zaman sekarang ni... Boleh Install Software dan Setup Program ke Komputer yang berada pada jarak melebihi 100km...

Semasa kami sampai ke kedai tersebut, proses Install Program telah pun berjalan.. Kami hanya membantu memberi info kepada pegawai AJ yang bertugas ketika itu, sekiranya terdapat masalah sewaktu proses Install tersebut sedang berjalan...   


Proses Install Program MyKad Smart Shopper sedang berjalan di kedai Rika Trading

Sebenarnya inilah pengalaman pertama saya mendaftarkan kedai, dan dapat tengok sendiri cara Install Program MyKad Smart Shopper di kedai.. Apabila saya dapat melalui pengalaman ini, secara tidak langsung telah menambahkan keyakinan saya untuk terus mempromosikan Program MyKad Smart Shopper ini kepada orang lain... 

Jadi, sekarang ini dengan menggunakan MyKad, anda boleh mula berbelanja pada Harga Diskaun (Selected Item) di Kedai Rika Trading, Sungai Besar yang terletak di alamat seperti berikut:

Alamat Kedai :   No. 18, Jalan SBBC 7,
                        Sungai Besar Business Centre
                        45300 Sungai Besar, Selangor
Tel :                 016-929 4836 (Chia K. C.)
laman Web :      http://www.rika.com.my

Sebelum itu, Anda perlu aktifkan MyKad anda terlebih dahulu.. Pengaktifan MyKad adalah Percuma ...

Untuk mengatifkan MyKadAnda cuma perlu  sms/emel butiran tersebut kepada saya 

1. Nama Penuh
2. Nombor KP
3. No Tel.
4. Alamat
5. E-mail

menerusi :
- No. Hp: 016-5425547
- emel: nuargto@gmail.com

Semoga anda dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dalam Program MyKad Smart Shopper ini dengan sebaik-baiknya... Lagi banyak anda berbelanja dengan menggunakan MyKad pada masa akan datang, lebih banyak penjimatan dan Point yang bakal anda perolehi.. Syukur Alhamdulillah.... 

2 ulasan:

  1. bagus pilih kedai ni.. dulu aku kawin, ada gak pilih2 dari kedai Rika ni..

    BalasPadam
  2. Cantik-cantik sekali barang jualannya, sungguh sangat memikat hati untuk berbelanja.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra