Sabtu, 20 Julai 2013

Penglibatan Golongan Selebriti dan VVIP dalam Program MyKad Smart Shopper (MSSP)

with 9 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada pengunjung tegar blog Coretan Anuar (Sekiranya ada), mungkin anda pernah terbaca satu entri yang pernah saya tulis tentang penglibatan beberapa orang artis yang pernah saya kaitkan dengan Program MyKad Smart Shopper (MSSP)... 

Tetapi sayangnya baru beberapa jam entri tersebut dihasilkan, dah ada orang yang menghubungi saya menerusi telefon meminta entri tersebut dipadamkan.. 

Fuhhh!! Sepanjang tiga tahun terlibat dalam bidang penulisan blog, inilah respon terpantas melalui panggilan telefon yang pernah saya terima... 

Terkejut juga saya menerima panggilan tersebut.. Bukannya setakat seorang, malah ada dua orang wanita menghubungi saya, meminta entri tersebut dipadamkan sebelum menjelang keesokan harinya (saya terbitkan entri tersebut pada waktu malam)... Dan mengatakan lebih baik saya segerakan tindakan tersebut, kalau tak mungkin akan ada lebih ramai orang menghubungi saya termasuk CEO Affiliate Junction sendiri iaitu Dato' Lawrence Teo...   

Disebabkan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontoversi dan malas nak melayan lebih banyak panggilan telefon, maka saya menuruti kemhendak dua orang wanita tersebut....


Saya sempat bertanya, kenapa saya tak boleh siarkan info tentang penglibatan golongan High Profile dalam Program MyKad Smart Shopper ni?

Jawapan yang diberikan.. 

"Itu adalah kehendak mereka.. Mereka tidak mahu penglibatan mereka dalam program ini diketahui umum.. mereka tidak mahu ada pihak wartawan yang bertanya pelbagai soalan tentang program ini kepada mereka..." 

Jadi, golongan High Profile ini hanya mahu menjadikan program MyKad Smart Shoppe sebagai salah satu pelaburan jangka masa panjang mereka... Tidak lebih daripada itu...

Selepas saya mendengar jawapan tersebut, barulah saya faham... Patutlah tidak ada langsung sebarang berita dekat mana-mana media massa tentang penglibatan golongan Selebriti atau VVIP dalam program MyKad Smart Shopper... Sedangkan berita yang pernah saya terima daripada rakan pemasaran yang lain, dah ada beberapa orang artis dan seorang menteri yang pernah berurusan dalam program ini...

Sebagai seorang blogger yang prihatin, kita perlu menghormati hak peribadi orang lain... Betul tak? Peace ;)

Sebelum ini saya berpendapat, Dengan penglibatan daripada golongan-golongan High Profile macam ni, mungkin lebih mudah untuk program MyKad Smart Shopper dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia...

Tetapi sebenarnya, pihak syarikat belum bersedia untuk melakukan pengiklanan secara besar-besaran.. Takut nanti ada rakyat Malaysia yang kecewa disebabkan tidak dapat menikmati kemudahan tersebut di kawasan tempat tinggal mereka.... berikutan jumlah kedai yang telah menyertai program ini masih sedikit lagi bilanggannya sehingga kini.. Masih belum mampu untuk memberi kemudahan kepada semua pemegang MyKad (Kad Pengenalan)... 

Ya.. Itulah sebab utamanya... Kita ada 29 juta pemegang MyKad, dan kita baru ada lebih kurang 400 kedai yang telah berdaftar menyertai Program MyKad Smart Shopper (MSSP).. Sekiranya pengiklanan besar-besaran dilakukan pada ketika ini, mungkin pihak syarikat akan mendapat feedback yang sangat negatig daripada sebahagian besar rakyat Malaysia... 

Disebabkan itu, Pengiklanan secara besar-besaran akan dilaksanakan pada fasa ke 3, yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Januari 2014... Pada ketika itu pihak syarikat menyesarkan dah ada lebih daripada 1000 kedai yang telah mengambil bahagian...  Barulah sebahagian besar rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati kemudahan tersebut... 

Sekiranya anda berharap supaya lebih banyak kedai mendaftar menyertai program ini... Saya memohon bantuan kepada anda supaya aturkan temu janji diantara saya dengan bos kedai tersebut... supaya saya dapat memberi penerangan kepada owner kedai tersebut tentang kebaikan program ini kepada kedai mereka untuk jangka masa panjang... 

Kepada anda yang mengenali MyKad Smart Shopper (MSSP) melalui blog ini, Anda boleh mula mengaktifkan MyKad anda dengan menghantar maklumat yang diperlukan seperti berikut kepada saya

1) Nama Penuh :
2) No. Kad Pengenalan :
3) Email :
4) No. Tel :
5) Alamat :

menerusi email nuargto@gmail.com atau sms kepada 016-5425547

Pengatifan MyKad adalah PERCUMA.. Selepas MyKad (Kad Pengenalan) anda diaktifkan, anda boleh mendapat Diskaun dan Poin ketika berbelanja di kedai-kedai yang telah mengambil bahagian..

Saya akan mengaktifkan MyKad anda dengan secepat mungkin supaya membolehkan anda menjadi antara orang yang terawal menggunakan kemudahan ini.. 

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang program MyKad Smart Shopper, saya syorkan anda membaca lebih banyak info di pautan-pautan berikut:


P/s: Jangan lupa untuk menyertai Contest SEO MyKad Smart Shopper (Klik Di Sini)














9 ulasan:

  1. Hehe..semakin kuat promosi maykad ni dijalankan..semoga ada kejayaan untuk mereka semua..hehe

    BalasPadam
  2. bila guna selebriti mesti semakin tinggi pelanggannya

    BalasPadam
  3. faham2
    memang alasan yang baik dan tepat sekali

    BalasPadam
  4. sangat kagum dengan etika tuan blog ^^

    BalasPadam
  5. Masjid-masjid perlu menggunakan kaedah yang sama (jemput vvip dan selebriti) untuk banyakkan jemaah yang liat liut ke masjid.

    BalasPadam
  6. Artis pun dah join program mykad smart shopper ke

    BalasPadam
  7. hoho..tak nak orang tahu la plakk..

    BalasPadam
  8. * Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Bayaran balik Mothly bermula dalam tempoh 8 bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
    *** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan.
    dari awak
     
    Hubungi kami sekarang
    E-mel: trustloan87@gmail.com

     
    TERBAIK BERHUBUNG,
    Mr.Anthony Dave.
    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
    Amanah Pinjaman Syarikat (ALC)
    E-mel trustloan87@gmail.com

    BalasPadam
  9. My name is Mr Ahmad Zuhdy have been arranging loans for many years.
    3% is my interest rate and lower cost than any one else in town.
    Contact me today E-mails:ahmadzuhdyfirm99@hotmail.com

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra