Saya Bukan Along, Saya Cuma nak tolong..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Saya Bukan Along, Saya Cuma nak tolong"

Inilah kata-kata yang terbit dari lubuk kecil hati saya apabila membaca salah satu komen yang ditinggalkan oleh salah seorang rakan fanpage Discount Hari2... 




Mungkin beliau ingat saya ni Along... Atau penjenayah Cyber yang ingin mendapatkan maklumat warganegara Malaysia untuk tujuan yang tidak baik....

Bagi saya terpulanglah pada persepsi masing-masing untuk membuat penilaian... Niat saya sekadar untuk membantu memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk mendapatkan diskaun dan poin ketika berbelanja.. Bukannya kena bayar pun nak gunakan kemudahan ini... Kalau tak nak saya tak paksa... Bukannya rugi apa-apapun... 

Berdasarkan pemerhatian saya, sebenarnya masih ramai lagi yang tak faham dan tak tahu tentang program MyKad Smart Shopper (MSSP) ni.. Disebabkan program ini pada ketika ini masih di peringkat pembangunan.. Belum dapat beroperasi sepenuhnya disebabkan masih banyak lagi kedai yang belum mengambil bahagian untuk menyertai program ini, terutamanya dekat kedai-kedai yang terletak di kawasan pinggir bandar... 

Kepada yang masih bertanya, Apa Dia program MyKad Smart Shopper ni sebenarnya?

MyKad Smart Shopper merupakan aplikasi MyKad yang ke 50..

Tahukah anda, bahawa MyKad yang berada di tangan anda mempunyai 50 aplikasi kesemuanya.. Dan sebagai rakyat Malaysia tidak semua orang pernah menggunakan kesemua 50 aplikasi tersebut...

Macamana nak tahu kesemua senarai 50 Aplikasi MyKad tersebut?

Anda boleh mendapatkan info tersebut di Jabatan Pendaftaran negara (JPN) atau ke pejabat Multimedia Development Corporation (MDEC) selaku pengeluar MyKad.. MDEC ada mengeluarkan sebuah buku yang dipanggil "More With MyKad" seperti dalam gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Dalam buku "More With MyKad" terdapat senarai 50 Aplikasi MyKad seperti berikut :

01 Identity 

02 Driving License

03 Passport Information 
3.1 Autogate (Border Control Application)
3.2 Passport Renewal (KiPPas)
3.3 Mobile Immigration Enforcement System (MIES)


Sumber : Klik Di Sini

04 Health Information 

05 MEPS Cash 
5.1 MEPS Cash
5.2 MEPS Cash over Internet

06 Automated Teller Machine (ATM) 

07 Touch n Go 
7.1 Toll
7.2 Parking
7.3 Public Transport
7.4 Theme Park
7.5 Retail

08 Public Key Infrastructure (PKI) 

09 Frequent Traveller Card (FTC) 

10 e-pasartani@FAMA 
10.1 e-ladangkontrak@FAMA
10.2 e-gbbs@FAMA
10.3 e-pusatoperasi@FAMA
10.4 e-iat@FAMA

11 Licensing & Benefi t Entitlement 

12 Pansion Application 

13 Registration of Competent People 

14 Pilgrimage Fund 

15 Prepaid Account Registration 
15.1 Maxis Communications Bhd
15.2 Celcom Axiata Bhd
15.3 DiGi Telecommunications Sdn Bhd

16 Online Statement 

17 Income Tax Filing 

18 Access Control 

19 Loyalty Programme 

20 Discount Card 
20.1 Aquaria KLCC
20.2 KL Bird Park
20.3 Sunway Lagoon Theme Park

21 Hotel e-Booking 

22 e-Library 

23 Graduation-Convocation System 

24 Queue Management System 

25 Traffi c Management 

26 Visitor Registration 

27 Boarder Pass 

28 e-Attandance 

29 Clinic Management 

30 Chalet Revervation & Management 

31 Street Marketing 

32 Micro-Financing Monitoring 

33 e-Derma 

34 Fuel Subsidy Scheme 

35 Portal Registration 

36 MyKasih 

37 Agriculture Geographical Information Management 

38 Hospital Registration 

39 Contract Farming 

40 Mobile Authentication Services 

41 Agro-Industry Management 

42 Industrialised Building System 

43 MyWebResort Online 

44 Online Learning 

45 Community Integration 

46 Short Messaging Service (SMS) 

47 Driving License Renewal 

48 Poverty Eradication 

49 Job-seekers Registration 

50 Affiliate Marketing (Semak M/s 56)


Sumber : Klik Di Sini

Affiliate Marketing merupakan aplikasi ke 50 MyKad.. 

Untuk mengesahkan maklumat ini, anda boleh Download MykAd Booklet yang dikeluarkan oleh Multimedia Development Corporation (MDEC) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan Klik Di Sini . Atau nak lebih jelas lagi pergilah berkunjung ke Jabatan Pendaftaran negara (JPN) atau ke pejabat Multimedia Development Corporation (MDEC) selaku pengeluar MyKad.. 

Dengan aplikasi Mykad yang ke 50 ini akan memberi banyak manfaat kepada anda untuk:
  • Berbelanja dan mendapatkan diskaun + point (pengguna/pemilik MyKad)
  • Mendapat kos pengiklanan PERCUMA + Meningkatkan keuntungan (Pekedai yang mengambil bahagian)
  • Mendapat komisyen daripada kedai yang mengambil bahagian (Dealer dan ejen)
  • Mendapat komisyen daripada perbelanjaan seluruh rakyat Malaysia (Dealer dan Ejen)
  • Mendapatkan pendapatan bulanan + Bonus tahunan (Pelabur)

Hmmmm... Ramai orang yang akan mendapat manfaat daripada projek mega ini nanti apabila ia dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014..

Macamana saya boleh tahu semua info ini?

Saya boleh tahu beberapa info tentang program ini, disebabkan saya merupakan salah seorang Authorized Agency atau Dealer berdaftar... This is MyKad!


Kad Perniagaan Dealer Affiliate Junction (AJ)

atau organisasi perniagaan yang mengendalikan program MyKad Smart Shopper

Disebabkan ramai dah mula nampak tentang potensi program ini.... Sekarang ni hampir semua negeri di Malaysia dah ada AJ Business Centre.. Nampaknya proses perkembangan AJ lebih cepat daripada yang dijangka... 

Perkembangan AJ Centre di seluruh Malaysia

Kalau macam ni tak perlu tunggu 2014 pun dah boleh boleh beroperasi sepenuhnya... Cuma tinggal pendaftaran kedai lagi yang masih belum cover di beberapa kawasan tertentu.. Setakat ini baru 400 kedai yang telah mengambil bahagian... Saya percaya kalau setiap kawasan dah ada satu kedai berdaftar pun dah memadai untuk membolehkan program ini dapat beroperasi sepenuhnya... 

Macamana nak tahu senarai kedai yang telah mengambil bahagian dalam program MyKad Smart Shopper?

Terdapat tiga cara untuk menyemak senarai kedai yang telah mengambil bahagian iaitu:

2) Melalui buku Discover MyKad Smart Shopper (Keluaran terkini Jun 2013)
3) Melalui Aplikasi Smart Phone

Cara untuk menyemak senarai kedai yang telah mengambil bahagian

Diantara ketiga-tiga cara ni, saya rasa cara paling mudah adalah dengan menggunakan Aplikasi Smartphone... Melalui Aplikasi Smartphone, anda bukan sahaja boleh menyemak senarai kedai yang telah mengambil bahagian... Sebaliknya anda juga boleh mendapatkan petunjuk bagaimana untuk sampai ke kedai tersebut (aplikasi GPS)

Ok... dekat saya kongsikan satu-persatu tentang aplikasi Smartphone bagi program MyKad Smart Shopper.. 

1) Taip perkataan "MyKad Smart Shopper" pada aplikasi SmartPhone anda


2) Install Aplikasi SmartPhone MyKad Smart Shopper


3) Tekan Accept


4) Open Aplikasi SmartPhone MyKad Smart Shopper


5) Terdapat 2 kategori menu pilihan iaitu :
      
            a) Mengikut kawasan dan 


               b) Mengikut Kategori


6) Pilihlah mana-mana Kategori yang anda suka




7) Sebagai contoh : Pilih satu kedai yang anda ingin kunjungi


8) Scroll ke bawah dan klik pada Get Directions


9) Boleh pilih pengangkutan untuk sampai ke destinasi yang di tuju


10) Dah dapat peta... Dan langkah seterusnya, anda juga boleh mendapatkan direction lengkap untuk sampai ke destinasi yang dituju... 


11) Apabila dah sampai dekat kedai tersebut... Anda dah boleh mula berbelanja dengan menggunakan MyKad anda untuk mendapatkan Diskaun dan Point... tetapi sebelum tu, sila pastikan MyKad anda telah diaktifkan terlebih dahulu...

Anda boleh mengaktifkan MyKad anda dengan menghantar maklumat tersebut kepada saya

1) Nama Penuh :
2) No. Kad Pengenalan :
3) Email :
4) No. Tel :
5) Alamat :

menerusi email nuargto@gmail.com atau sms kepada 016-5425547

Saya akan mengaktifkan MyKad anda dengan secepat mungkin supaya membolehkan anda menjadi antara orang yang terawal menggunakan kemudahan ini.. 

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang program MyKad Smart Shopper, saya syorkan anda membaca lebih banyak info di pautan-pautan berikut:


















Sekali lagi saya nak menjernihkan keadaan... Saya Bukan Along, saya cuma nak tolong... Sekiranya anda tak sudi nak menerima pertolongan saya tak mengapa...

Saya tolong orang pun bukannya boleh jadi kaya raya... Saya cuma boleh dapat komisyen 1% melalui perbelanjaan yang anda lakukan dalam program ini.. 

katakan anda berbelanja RM100 sebulan dalam pogram ini, saya cuma dapat RM1 sahaja daripada anda... 

Itu sahaja rezeki yang bakal saya perolehi dengan menolong anda... Tak banyak pun... Tapi mungkin boleh jadi berterusan...  ;)

Sebenarnya anda lebih beruntung... Boleh dapat Diskaun kertika berbelanja dan boleh kumpul point untuk tebus hadiah...

Saya percaya sekiranya program ini dpat dilaksanakan secara berleluasa, lepas ni mungkin syarikat-syarikat besar seperti Shell, Petronas, The Store, Tesco dan sebagainya turut berminat untuk menyertai program ini... Sebabnya...

Pada ketika ini kebanyakan syarikat perlu mewujudkan program kad keahlian masing-masing untuk menarik lebih ramai pelanggan dan dalam masa yang sama untuk menarik pelanggan sedia ada terus berkunjung ke premis perniagaan mereka.. 

sebagai Contoh :

  • Shell - menggunakan kad Bonus Link
  • Petronas - menggunakan Kad Mesra petronas
  • The Store - Menggunakan kad Keahlian The Store
  • Jusco/Aeon - menggunaakn kad keahlian Aeon
  • dan lain-lain..


Tetapi adakah semua rakyat Malaysia mempunyai Kad Bonus Link, kad Mesra Petronas, Kad The Store dan semua kad-kad di atas... tentulah tidak... Disebabkan terdapat syarat-syarat tertentu untuk mendapatkan kad-kad tersebut... 

Kad Bonus Link umpamanya, walaupun anda boleh mendapatkannya secara PERCUMA, tetapi anda hanya mendapat Point sahaja ketika berbelanja, tanpa disusuli dengan Diskaun..

Kad JUSCO pula, anda perlu membayar yuran pendaftaran dan yuran keahlian pada setiap tahun...

Berbeza dengan MyKad semua 29 juta rakyat Malaysia memilikinya.. jadi anda sudah tidak perlu mengeluarkan yuran pendaftaran dan yuran keahlian tahunan disebabkan penggunaan MyKad tiada tarikh luput keahlian... 

Sekiranya syarikat-syarikat di atas menggunakan MyKad sebagai alternatif kepada kad-kad keahlian yang sedia ada, mereka akan dapat menjimatkan kos promosi, kos percetakan kad, kos penyelenggaraan kad keahlian dan sebagainya... 

Disebabkan itu, saya boleh katakan Program Mykad Smart Shopper merupakan program strategi pemasaran yang Bijak... Sememangnya wajar, orang yang memperkenalkan program ini mendapat gelaran Dato ketika berumur 34 tahun dan mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat Asean dan antarabangsa... ;) 






Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Salam.. Banyak kegunaan mykad. Terima kasih coretan yang menarik

    BalasPadam
  2. menarik tentang program ni.. nanti saya email tn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sah aktifkan MyKad tuan... Selamat bergembira dengan kemudahan yang disediakan...

      Padam
  3. Banyak rupanya kegunaan mykad ni. Selama nnni tak tahu, Terima kasih berkongsi.

    BalasPadam
  4. dalam tak sedar sebenarnya mykad ni dah banyak kegunaanya. hehe sabar la bro, manusia memamg macam tu, senang sangat syak wak sangka

    BalasPadam
  5. kemudahan guna smartphone memang sangat memudahkan. nak cari pun terus link ke GPS...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

    Pengaktifan MyKad Secara PERCUMA..

    Anda boleh mengaktifkan MyKad anda untuk mendapatkan diskaun dan point ketika berbelanja, dengan menghantar maklumat tersebut kepada saya menerusi email:

    1) Nama Penuh :
    2) No. Kad Pengenalan :
    3) Email :
    4) No. Tel :
    5) Alamat :

    Terhad kepada 6000 MyKad sahaja... Selepas habis kuota 6000 tersebut, anda boleh berjuma dengan ejen lain untuk mengatifkan MyKad anda.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih atas info,cuma 1 jer saya takut,cip my kad tu selalu rosak,saya baru tukar kad bulan 12 2012,masuk 6 bulan my kad saya dah tak boleh baca,cip rosak,sedangkan saya letak dalam plastik lagi tu.

      Padam
  7. macam mana nak jadi agent macam saudara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak jadi ejen perlu isi borang pendaftaran.. Kalau berminat boleh hubungi saya 016-5425547

      Padam