Selasa, 22 Mei 2012

3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 20 Mei 2012 (Ahad) memaparkan 3.3 juta peluang kerja disediakan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Syukur Alhamdulillah.. Diharapkan bilangan rakyat Malaysia yang menganggur akan berkurangan dari masa ke semasa dengan pertambahan peluang pekerjaan ini..

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang kerja tersebut terdapat dalam 12 sektor baru yang kini menjadi pemangkin utama ekonomi negara. Sektor minyak dan gas adalah bidang yang utama selain sektor pembinaan, pendidikan, perkilangan, pelancongan, perubatan, pertanian dan sebagainya.

Sumber : PEMANDU


Daripada 3.3 juta tambahan pekerjaan tersebut, 61% daripadanya adalah untuk pekerja mahir (Lulusan peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD), 20% merupakan tenaga Separa Mahir (Lulusan peringkat Sijil) dan 19% merupakan tenaga kerja tidak mahir.. 

Menurut Timbalan Perdana Menteri, jika ada rakyat negara ini yang masih menganggur  dan memberikan alasan tiada peluang pekerjaan, mereka sebenarnya tergolong sebagai pemalas dan memilih kerja.

"Kita mahu menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh lapan tahun lagi," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMKe-10)  Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, telah memperkenalkan Aktiviti ekonomi Utama Nasional (NKEA). Ini merupakan satu strategi dalam pelan transformasi negara untuk menggerakkan ekonomi Malaysia ke dalam ekonomi berpendapatan tinggi.

Melalui program ini diharapkan akan dapat meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNKkepada AS$ 523 bilion menjelang 2020dan meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$ 7,000 kepada sekurang-kurangnya AS$ 15,000.

"Pendapatan Perkapita bermaksud jumlah wang yang seseorang penduduk akan terima jika pendapatan tahunan negara dibahagikan kepada setiap penduduk dengan sama rata. Ia biasanya dilaporkan dalam unit mata wang.Pendapatan per kapita digunakan sebagai ukuran kekayaan penduduk di dalam sebuah negara, khususnya dalam perbandingan antara negara. Ia biasanya diungkapkan melalui mata wang antarabangsa yang biasa digunakan  seperti Euro atau Dolar Amerika Syarikat"
(Sumber: Wikipedia)
Dalam keratan akhbar Malaysia bertarikh 28 Januari 2010 yang bertajuk "Pendapatan perkapita perlu cecah RM52,347" menceritakan bahawa Malaysia perlu meningkatkan sekali ganda pendapatan perkapita negara daripada RM26,415 kepada RM52,347 pada tahun 2020. Ini bertujuan untuk membolehkan Malaysia mencapai status negara maju pada tahun tersebut.

Ini bermaksud purata pendapatan rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan daripada RM2,201.25 sebulan kepada RM4,362.25 sebulan pada tahun 2020 nanti..Untuk mecapai sasaran tersebut, negara perlu meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam pelbagai sektor pekerjaan, supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain..

Sumber : PEMANDU

Dalam graf di atas menunjukkan sebuah negara maju perlu mempunyai sekurang-kurangnya 39% pekerja mahir.. Sekarang ini di Malaysia hanya mempunyai 28% pekerja mahir sahaja.. Dalam RMKe-10, negara mensasarkan untuk mencapai 33% tenaga kerja mahir pada tahun 2015.. dan bilangan pekerja mahir akan terus meningkat sehingga mencapai 61% pada tahun 2020 nanti..

Dalam graf di bawah pula menunjukkan keseluruhan peluang pekerjaan di bawah NKEA mengikut sektor sehingga 2020..

Sumber: PEMANDU

P/S : Semoga kita dapat merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang diharapkan oleh mantan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohammad) kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.. 


2 ulasan:

  1. mudahan m'sia mencapai sasaran wawasan2020, rasanya tak mustahil dapat capai jika setiap rakyat sedar dan sentiasa menambahbaikan diri sendiri dalam bidang yg diceburi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju dengan Pendapat Denai Hati.. Sebagai rakyat Kita juga perlu memainkan peranan dalam meningkatkan pendapatan perkapita, supaya negara kita berjaya mencapai status negara maju menjelang tahun 2020..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra