Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Walaupun Final WorldCup telah berakhir pada 20 Julai yang lalu...
..
Tapi sehingga sekarang Masih ramai lagi yang membicarakan tentang keputusan perlawanan akhir tersebut..
..
Termasuk juga pemilihan pemenang Golden Ball yang menjadi pertikaian satu dunia.. 😅
..
Bagi pendapat Peribadi saya mudah sahaja..
keputusan 1-0 dalam 120 minit perlawanan menjadi bukti Pasukan Spain adalah pemenang Mutlak Kejohanan tersebut..
..
Ramai tidak berpuas hati, Kenapa Argentina bermain sangatlah tidak bagus sepanjang Perlawanan tersebut..
Termasuk Messi...
Saya pun tak tahu kenapa mereka bermain Sampai begitu sekali.
Sehingga tiada satu pun Shots On Target dilakukan...
Sedangkan kita tahu.. bagaimana cara mereka bermain..
bagaimana cara Messi bermain..
Argentina dan Spain = kehidupan Messi
Takkanlah sampai satu Shots On Target (SOT) pun tak boleh nak buat.. 😅
Pelik bin Ajaib..
..
Kita tengok rekod Shots On Target (SOT) Argentina sepanjang WorldCup 2026
- Argentina - Algeria (SOT - 6) (gol 3)
- Argentina - Austria (SOT - 3) (gol 2)
- Argentina - Jordan (SOT - 5) (gol 3)
- Argentina - Carbo Verde (SOT - 10) (gol 3)
- Argentina - Mesir (SOT - 7) (gol 3)
- Argentina - Switzerland (SOT - 7) (gol 3)
- Argentina - England (SOT - 6) (gol 2)
..
..
Argentina - Spain (SOT - 0) (gol 0)
..
Sangat berbeza dalan perlawanan final WorldCup 2022..
..
Argentina Vs France (SOT - 10) (Gol 3)
..
Bila kita tengok pada statistik-statistik di atas, seakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Pasukan Argentina Dan Messi sendiri dalam Perlawanan akhir tersebut.
Termasuk langsung tidak menurunkan Laotaro Martinez yang merupakan pemenang Anugerah Best Striker Serie A 2026 yang juga Penjaring gol kemenangan Argentina dalam aksi separuh Akhir sewaktu menentang Pasukan England..
..
Pelik kan?
Ada penyerang hebat, tapi tidak diturunkan dalam Perlawanan penting seperti ini..
..
Kemudian, tentang penganugerahan pemenang Golden Ball kepada Rodri mungkin ada justifikasi tertentu yang dibuat oleh Fifa...
Termasuk Prestasi permainan di Pentas Akhir WorldCup 2026...
..
Pemain Terbaik (Golden Ball) perlu menunjukkan kecemerlangan dalam setiap perlawanan di sepanjang Kejohanan termasuk di Final..
..
Walaupun Messi mempunyai peluang yang besar untuk memenangi Anugerah tersebut atas kecemerlangan beliau dalam setiap perlawanan..
Tetapi apabila beraksi hambar di Final WorldCup.. secara tidak langsung telah menidakkan peluang tersebut..
Lalu memberikan Anugerah tersebut kepada pemain yang lebih layak..
..
Begitulah berdasarkan pendapat peribadi 10 sen saya setelah membaca fakta-fakta yang ada..
..
Terlalu banyak faktor-faktor dalaman yang hanya diketahui oleh orang-orang yang terlibat sahaja..
Jadi terima sahaja semua keputusan yang ada tanpa perlu membuat sebarang pertikaian.
.
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan:
- Kenapa saya berharap Argentina Melawan France di Pentas Akhir WorldCup 2026?
- England Skor 4-0 di separuh masa pertama?
- Pertembungan di antara si pemakai Jersey no 10 Barcelona..
- Tahniah Spain dan Argentina atas kejayaan Mara ke Final World Cup 2026
- Good Luck Messi!!
- Senarai 4 pasukan yang berjaya mara ke Separuh Akhir World Cup 2026
- Senarai 8 Pasukan Yang Berjaya Mara ke Peringkat Suku Akhir World Cup 2026
- Senarai 16 Pasukan Berjaya Mara ke Pusingan Top 16 World Cup 2026
- Cabaran World Cup 2026 : Hadiah Menarik menanti anda
- Senarai 32 Pasukan Berjaya Mara ke Pusingan Top 32 World Cup 2026
- Video : Jaringan Messi di Perlawanan ke dua Peringkat Kumpulan telah memecahkan Rekod Penjaring Gol WorldCup Terbanyak Sepanjang Zaman
@muhamadanuarmarsib Terima kasih Messi.. atas segalanya tentang bola Sepak.. 👏👏 .. #Messi #Spain #Argentina #LM10 #WorldCup ♬ Thank You for Being You - OctaSounds

0 Ulasan