Salah satu yang best dalam Pelaburan Saham : Dividen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bagi saya, Ini satu lagi yang best dalam pelaburan Saham... Ialah Dividen

Contoh Dividen yang saya perolehi dari saham ORKIM
Contoh Dividen yang saya perolehi dari saham ORKIM


Ada sesetengah Saham yang bagi beberapa Kali Dividen dalam 1 Tahun...

Kadang tu kita sendiri pun tak perasan,  bila masa Dividen tu di kredit kan ke dalam akaun bank kita..
..
Tahu-tahu dah masuk..
.. 
Biasanya pemakluman ada dihantar melalui email..
..
Nilai Dividen bergantung kepada saham Apa yang kita beli..
Kalau dapat company besar macam TNB tu... 
Best sikit lah dividennya..
..
Tapi harga Sahamnya...
Boleh Tahan juga lah 'Murahnya' 😅

Di bawah ni contoh-contoh saham yang ada memberikan dividen dalam masa terdekat ini.

SCIENTX bagi dividen RM0.060 pada 23 Jan 2026
(Patuh Syariah, Boleh beli saham ni)

RVIEW bagi dividen RM0.050 pada 9 Feb 2026
UMCCA bagi dividen RM0.070 pada 20 Januari 2026
CRESNDO bagi dividen RM0.060 pada 10 Feb 2026
EDARAN bagi dividen RM0.030 pada 6 Feb 2026
(Patuh Syariah, Boleh beli saham-saham ni)

PTT bagi dividen RM0.008 pada 9 Feb 2026
BAUTO bagi dividen RM0.013 pada 6 Feb 2026
(Patuh Syariah, Boleh beli 2 saham ni)

OBHB bagi dividen 0.20 
CEKD bagi dividen 0.50 
ZHULIAN bagi dividen 0.50 
(Patuh Syariah, Boleh beli 3 saham ni)

Dalam gambar di atas walaupun KIPREIT bagi dividen yang tinggi iaitu 1.70 dan UOAREIT bagi dividen 3.92, tapi saya tak syorkan beli saham ini. Ini disebabkan saham ini tidak berada dalam senarai saham Patuh Syariah.

Sebagai umat Islam, mencari yang Halal itu Fardu.
Prinsip ini kita kena pegang.
Walau nak jadi kaya sekalipun..
Walau nak dapat untung banyak sekali pun...
Tetap Kena pilih Saham yang Patuh Syariah. Walaupun dividen Saham yang patuh syariah tidak setinggi dividen saham yang tidak patuh syariah 

BAUTO bagi dividen RM0.013 pada 6 Feb 2026
F&N bagi dividen RM0.350 pada 10 Feb 2026
SNS bagi dividen RM0.003 pada 13 Feb 2026
(Patuh Syariah, Boleh beli 3 saham ni)

Dalam gambar di atas walaupun SENTRAL bagi dividen yang tinggi iaitu 2.99, tapi saya tak syorkan beli saham ini. Ini disebabkan saham ini tidak berada dalam senarai saham Patuh Syariah.

Cukuplah saya kongsikan antara contoh Saham yang ada memberikan dividen dalam masa terdekat ini.


Semoga bermanfaat..
@muhamadanuarmarsib Senarai Sasaran Harga kenaikan saham yang patuh syariah pada minggu ke 3 Tahun 2026, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai.. .. Kalau ada duit pada esok hari (19 Januari 2026).. boleh utamakan beli saham AEMULUS, CTOS, CORAZA, AGMO, PESONA.. .. Dan jual semula bila Nilai saham tu meningkat kepada 20%. Atau sehingga minggu depan.. .. Kalau ada modal RM1000, dah boleh dapat untung RM200.. Kalau ada modal RM10,000, dah boleh dapat untung RM2000.. .. Walaubagaimanapun, Maklumat ini biasanya tidak tepat 100%. .. Segala risiko untung atau rugi di bawah tanggungjawab masing-masing. Detail ada di blog CoretanAnuar.com #FYP #Saham #PelaburanSaham #BelajarSaham #Pelaburan ♬ suara asli - Akbar Chalay

Catat Ulasan

0 Ulasan