10 Manusia Terkaya Di Dunia Pada Tahun 2025 : Apa yang Boleh kita Belajar Daripada Mereka?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setiap kali sebut tentang Saham, biasanya tentu saya akan teringat kepada 10 Manusia Terkaya di Dunia. 

Ini adalah kerana, kebanyakan orang yang memiliki kekayaan luar biasa adalah disebabkan oleh:
  1. Memiliki Sumber bahan Asli (Contoh : Minyak, Gas Asli, Perlombongan emas, arang batu, logam buat semikondaktor, dan lain-lain)
  2. Penguasaan kepada teknologi (Contoh : Google, Facebook, Tiktok, Youtube, Instagram, Whatsapp, X, Apple, Microsoft, Tesla, industri Automatif, dan lain-lain) 
  3. Kesan daripada kenaikan harga Saham yang mereka miliki (Contoh : Facebook (Meta), Google, Microsoft, Tesla, AliBaba, Amazon, Intel, NVIDIA, Apple, Neflic, Berkshire Hathaway Energy, Precision Castparts, dan lain-lain)
  4. Mendapat keuntungan yang terlalu lumayan dalam Perniagaan (Contoh : AliBaba, LVMH, Zara, Apple, Tesla, Amazon, dan lain-lain)
  5. Mewarisi Harta Pusaka
  6. Dan lain-lain 

10 Manusia Terkaya Di Dunia Pada Tahun 2025
10 Manusia Terkaya Di Dunia Pada Tahun 2025


10 Manusia Terkaya Di Dunia Pada Tahun 2025 :
  1. Elon Musk $USD342B | United States |Tesla, SpaceX (Automotive)
  2. Mark Zuckerberg $USD216B | United States | Facebook (Technology)
  3. Jeff Bezos $USD215B | United States | Amazon (Technology)
  4. Larry Ellison $USD192B  | United States | Oracle (Technology)
  5. Bernard Arnault & family $USD178B  | France | LVMH (Fashion & Retail)
  6. Warren Buffett $USD154B | United States | Berkshire Hathaway (Finance & Investments)
  7. Larry Page $USD144B | United States | Google (Technology)
  8. Sergey Brin $USD138B | United States | Google (Technology)
  9. Amancio Ortega $USD124B | Spain | Zara (Fashion & Retail)
  10. Steve Ballmer $USD118B | United States | Microsoft (Technology)

Kenapa mereka berjaya berada dalam senarai di atas?

1) Disebabkan mereka nampak peluang dan seterusnya memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaiknya

2) Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan percaya dengan apa yang telah mereka usahakan. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada orang-orang yang rapat dengan mereka termasuk rakan-rakan dan ahli keluarga.

3) Mereka tergolong dalam golongan yang bertuah. Mereka bertuah disebabkan saham-saham yang mereka miliki pada harga yang Murah, meningkat naik beratus-ratus kali ganda

Warren Buffett antara yang berasa menyesal kerana tidak membeli saham Google dan saham Amazon lebih awal.

"Saya sepatutnya membeli saham Amazon sejak lama dahulu. Saya telah mengagumi Amazon sejak sekian lama. Tetapi saya tidak memahami model perniagaan mereka," katanya.

Ramai orang pernah merasa terkilan kerana telah melepaskan pemilikan saham facebook (meta) kerana tidak percaya dengan kemampuan facebook boleh berkembang seperti sekarang.

Boleh baca juga kisah ini -> Saham Facebook didagangkan pada 18 Mei 2012

Dan banyak lagi kisah-kisah seperti ini yang telah dikongsikan secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan TUAH dalam Pemilikan SAHAM

Semoga bermanfaat..
@muhamadanuarmarsib Senarai Sasaran Harga kenaikan saham yang patuh syariah pada minggu ke 3 Tahun 2026, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai.. .. Kalau ada duit pada esok hari (19 Januari 2026).. boleh utamakan beli saham AEMULUS, CTOS, CORAZA, AGMO, PESONA.. .. Dan jual semula bila Nilai saham tu meningkat kepada 20%. Atau sehingga minggu depan.. .. Kalau ada modal RM1000, dah boleh dapat untung RM200.. Kalau ada modal RM10,000, dah boleh dapat untung RM2000.. .. Walaubagaimanapun, Maklumat ini biasanya tidak tepat 100%. .. Segala risiko untung atau rugi di bawah tanggungjawab masing-masing. Detail ada di blog CoretanAnuar.com #FYP #Saham #PelaburanSaham #BelajarSaham #Pelaburan ♬ suara asli - Akbar Chalay

Catat Ulasan

0 Ulasan