Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sekiranya anda mengikuti perkembangan blog saya.. atau facebook saya... pada hari Ahad, 4 Januari 2025.. Saya ada senaraikan 4 Saham yang sesuai untuk dibeli pada hari Isnin, 5 Januari 2025.
Kemudian, saya juga ada syorkan senarai Saham yang WAJIB di beli mengikut turutan.
Sekiranya anda terlepas info tersebut, oleh baca di sini.
Nak beli Saham Yang mana satu pada awal tahun ni?? (Klik di Sini)
Ya! Dalam senarai tersebut, IJM saya letak sebagai pilihan utama disebabkan saham ini mempunyai potensi untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 37.66%. Saya pun belilah sedikit Saham tu berdasarkan modal yang ada. Nak beli banyak tak mampu. Lagipun dalam pelaburan saham ni tetap ada risiko untung dan rugi. Jadi, belilah ikut kemampuan yang ada, dengan harapan Saham IJM ini akan memberikan keuntungan kepada saya.. Sekurang-kurangnya keuntungan yang lebih banyak daripada pelaburan ASB. Jom kita tengok hasil pelaburan saya dalam tempoh satu minggu (5-9 Januari 2026) Pada hari pertama (5/1/2026) Nilai Saham IJM meningkat kepada 9.33% ![]() Pada hari Kedua (6/1/2026) Nilai Saham IJM meningkat kepada 13.33%
![]() | ||||
|
Pada masa ni, saya ambil keputusan untuk jual separuh daripada Saham tersebut dengan keuntungan 22.22%.
Dengan erti kata lain, kalau saya ada :
- RM1000.00, saya dah dapat untung RM222.20
- RM10,000.00, saya dah dapat untung RM2,222.00
Berdasarkan prestasi semasa saham tu, saya percaya ia mempunyai potensi untuk mendapatkan keuntungan sehingga 37.66%. Saya akan cuba jual saham tu pada keuntungan 30.00%, sekiranya saya tidak terdesak memerlukan wang untuk keperluan anak-anak ke sekolah dan menyambung pengajian.
Tapi, kalau terdesak perlukan wang.. Mungkin saya akan jual saham tu dengan peningkatan sedikit keuntungan daripada minggu pertama.
Tapi, kalau terdesak perlukan wang.. Mungkin saya akan jual saham tu dengan peningkatan sedikit keuntungan daripada minggu pertama.
Dan akhirnya, saya jual baki selebihnya saham ini pada 15 Januari 2025 dengan keuntungan sebanyak 25.33%.. Syukur Alhamdulillah... Jadilah dapat banyak tu..
![]() | ||
|
Walaupun keuntungan yang saya perolehi pada kali ini tidak sebanyak saham MTECH yang pernah mencapai keuntungan 41.67% pada 29/12/2025...
Tapi, kalau nak dibandingkan dengan ASB -> 5.75% sahaja setahun...
Hampir 4 kali ganda perbezaannya... dan masa yang diperlukan untuk dapat keuntungan 25.33% cuma dalam tempoh 11 hari sahaja.
Hampir 4 kali ganda perbezaannya... dan masa yang diperlukan untuk dapat keuntungan 25.33% cuma dalam tempoh 11 hari sahaja.
Peluang untuk Penjawat Awam keluar dari masalah kewangan!
Pada hari ini, ramai Penjawat Awam menghadapi masalah kewangan.. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.
Pada tahun 2026 ini ada berita baik untuk Penjawat Awam yang bakal mendapat kenaikan gaji sebanyak 7%
Pada tahun 2026 ini ada berita baik untuk Penjawat Awam yang bakal mendapat kenaikan gaji sebanyak 7%
KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM YANG PILIH SSPA
(Bermula 1 Januari 2026)
Berdasarkan kepada jadual kenaikan gaji ini, kenaikan 7% berdasarkan gaji Pokok dengan anggaran seperti berikut:
- RM2,000++ kenaikan RM140++
- RM3,000++ kenaikan RM210++
- RM4,000++ kenaikan RM280++
- RM5,000++ kenaikan RM350++
- RM6,000++ kenaikan RM420++
- RM7,000++ kenaikan RM490++
- RM8,000++ kenaikan RM560++
- RM9,000++ kenaikan RM630++
- RM10,000++ kenaikan RM700++
Cadangan saya kepada Penjawat Awam!
Sepanjang tahun 2025 dengan gaji sedia ada, anda masih boleh hidup dalam keadaan sedia ada.
Apa kata dengan kenaikan gaji ini, amalkan sahaja cara hidup sepanjang tahun 2025.
Jangan nak tambah hutang!
Jangan nak ubah gaya hidup!
Jangan nak ubah gaya hidup!
Supaya pertambahan duit yang ada, boleh digunakan dalam pelaburan.
Sebagai contoh, katakanlah gaji pokok anda pada tahun 2025 ialah RM5,000.
Campur dengan elaun dan kenaikan gaji 7%, menjadikan gaji anda pada tahun 2026 ialah RM6,500.00
Cuba pecahkan RM6,500 tu kepada 4 minggu... anda akan dapat :
- RM1,625.00 minggu pertama (Kekalkan dalam akaun gaji sedia ada)
- RM1,625.00 minggu kedua (Kekalkan dalam akaun gaji sedia ada)
- RM1,625.00 minggu ketiga (Masukkan dalam akaun lain)
- RM1,625.00 minggu keempat (Masukkan dalam akaun lain)
Anggaplah gaji anda dibayar seminggu sekali. Jadi, pada minggu pertama anda boleh berbelanja dengan menggunakan RM1,625.00 sahaja. Jadi, kalau anda nak bayar hutang, bil atau komitmen keluarga dengan hanya menggunakan duit tersebut sahaja.
Dengan cara ini, anda hanya menggunakan RM1,625.00 sahaja seminggu. Dengan duit itu, cuba selesaikan bil, hutang dan keperluan harian selama seminggu yang bersesuaian dengan peruntukan tersebut. Jadi, baki hutang dan bil yang lain akan diselesaikan pada minggu berikutnya.
Gaji anda pada "minggu kedua", cuba kekalkan dalam akaun gaji anda untuk digunakan pada minggu hadapannya.
Manakala gaji anda pada "minggu ketiga" dan "minggu keempat" gunakannya untuk membeli saham-saham yang mempunyai keuntungan 20% seminggu.

Beli pada setiap hari Isnin dan jual separuh saham yang capai keuntungan 20% pada setiap hari Jumaat.
Nanti anda akan dapati, akaun bulanan anda jadi macam ni..
Bulan Pertama
Bulan Pertama
- RM1,625.00 minggu pertama (Kekalkan dalam akaun gaji sedia ada)
- RM1,625.00 minggu kedua (Kekalkan dalam akaun gaji sedia ada)
- RM1,625.00 minggu ketiga (Beli Saham Yang Mempunyai potensi Keuntungan 20% seminggu)
- RM1,625.00 minggu keempat (Beli Saham Yang Mempunyai potensi Keuntungan 20% seminggu)
Jadi, pada hari Isnin minggu pertama, anda mempunyai modal untuk membeli saham bernilai RM3,250.00
Pada hari Jumaat minggu pertama, nilai duit anda dalam akaun saham (CDM) akan jadi RM3,900.00 (keuntungan purata 20%)
Jual separuh saham yang telah capai keuntungan 20% atau usahakan jual saham dengan nilai RM1000.00, supaya anda mempunyai Modal untuk membeli saham pada minggu yang kedua.
Keperluan harian anda pada minggu kedua gunakan peruntukan RM1,625.00 yang telah disedikan untuk minggu kedua. Gunakan duit ini untuk bayar bil, hutang dan keperluan harian selama seminggu.
Pada hari Isnin minggu kedua anda akan ada modal untuk beli saham bernilai RM1,000.00
Pada hari Jumaat minggu kedua nilai duit anda dalam akaun saham (CDM) akan jadi RM4,680.00+-
Jual separuh saham yang telah capai keuntungan 20% atau usahakan jual saham dengan nilai RM2,625.00, supaya anda dapat menampung keperluan harian pada minggu ketiga (RM1.625.00) dan mempunyai Modal (RM1,000.00) untuk membeli saham pada minggu yang ketiga.
Keperluan harian anda pada minggu ketiga gunakan peruntukan RM1,625.00 dari hasil jualan saham pada minggu kedua. Gunakan duit ini untuk bayar bil, hutang dan keperluan harian selama seminggu.
Pada hari Isnin minggu ketiga anda mempunyai modal untuk beli saham bernilai RM1,000.00
Pada hari Jumaat minggu ketiga nilai duit anda dalam akaun saham (CDM) akan jadi RM3,666.00+-
Jual separuh saham yang telah capai keuntungan 20% atau usahakan jual saham dengan nilai RM2,625.00, supaya anda dapat menampung keperluan harian pada minggu keempat (RM1.625.00) dan mempunyai Modal (RM1,000.00) pada minggu yang keempat.
Keperluan harian anda pada minggu keempat gunakan peruntukan RM1,625.00 dari hasil jualan saham pada minggu ketiga. Gunakan duit ini untuk bayar bil, hutang dan keperluan harian selama seminggu.
Pada hari Isnin minggu keempat anda masih mempunyai modal untuk beli saham bernilai RM1,000.00
Pada hari Jumaat minggu keempat nilai duit anda dalam akaun saham (CDM) akan jadi RM1,369.00+-
Jual separuh saham yang telah capai keuntungan 20% atau usahakan jual saham dengan nilai RM1,000.00, supaya anda mempunyai Modal (RM1,000.00) untuk membeli saham pada bulan yang berikutnya.
Baki dalam akaun CDM anda pada bulan pertama ialah RM1,369.00 dan keperluan anda selama sebulan dipenuhi sama seperti gaji anda
Bulan Kedua
- RM1,625.00 minggu pertama (Kekalkan dalam akaun gaji sedia ada)
- RM1,625.00 minggu kedua (Kekalkan dalam akaun gaji sedia ada)
- RM1,625.00 minggu ketiga (Beli Saham Yang Mempunyai potensi Keuntungan 20% seminggu)
- RM1,625.00 minggu keempat (Beli Saham Yang Mempunyai potensi Keuntungan 20% seminggu)
Jadi, pada hari Isnin minggu pertama pada bulan kedua anda akan beli saham bernilai RM4,250.00 (RM3250 + RM1000 modal dari bulan pertama) (RM369 masih ada dalam akaun CDM)
Pada hari Jumaat minggu pertama, nilai duit anda dalam akaun saham (CDM) akan jadi RM5,542.80
Jual separuh saham yang telah capai keuntungan 20% atau usahakan jual saham dengan nilai RM1000.00, supaya anda mempunyai Modal untuk membeli saham pada minggu yang kedua.
Keperluan harian anda pada minggu kedua gunakan peruntukan RM1,625.00 yang telah disedikan untuk minggu kedua. Gunakan duit ini untuk bayar bil, hutang dan keperluan harian selama seminggu.
Pada hari Isnin minggu kedua anda mempunyai modal untuk beli saham bernilai RM1,000.00
Pada hari Jumaat minggu kedua nilai duit anda dalam akaun saham (CDM) akan jadi RM6,651.36+-
Jual separuh saham yang telah capai keuntungan 20% atau usahakan jual saham dengan nilai RM2,625.00, supaya anda dapat menampung keperluan harian pada minggu ketiga (RM1.625.00) dan mempunyai Modal (RM1,000.00) untuk membeli saham pada minggu yang ketiga.
Keperluan harian anda pada minggu ketiga gunakan peruntukan RM1,625.00 dari hasil jualan saham pada minggu kedua. Gunakan duit ini untuk bayar bil, hutang dan keperluan harian selama seminggu.
Pada hari Isnin minggu ketiga anda mempunyai modal beli saham bernilai RM1,000.00
Pada hari Jumaat minggu ketiga nilai duit anda dalam akaun saham (CDM) akan jadi RM6,031.00+-
Jual separuh saham yang telah capai keuntungan 20% atau usahakan jual saham dengan nilai RM2,625.00, supaya anda dapat menampung keperluan harian pada minggu keempat (RM1.625.00) dan mempunyai Modal (RM1,000.00) untuk membeli saham pada minggu yang keempat.
Keperluan harian anda pada minggu keempat gunakan peruntukan RM1,625.00 dari hasil jualan saham pada minggu ketiga. Gunakan duit ini untuk bayar bil, hutang dan keperluan harian selama seminggu.
Pada hari Isnin minggu keempat anda akan masih mempunyai modal untuk beli saham bernilai RM1,000.00
Pada hari Jumaat minggu keempat nilai duit anda dalam akaun saham (CDM) akan jadi RM5,287.00+-
Jual separuh saham yang telah capai keuntungan 20% atau usahakan jual saham dengan nilai RM1,000.00, supaya anda mempunyai Modal untuk membeli saham pada bulan yang berikutnya.
Dan teruskan step demi step ini sehingga cukup setahun.
Selepas dah cukup setahun, anda boleh bandingkan perbezaan keuntungan yang anda perolehi dalam pelaburan saham berbanding pulangan yang diperolehi semasa melabur di ASB dalam tempoh setahun.
Cuma, dalam pelaburan saham ni anda akan penat sedikit lah sebab terpaksa terlibat dalam urusan jual beli saham anda sendiri.
Berbanding dalam pelaburan ASB.. anda cuma masukkan duit kemudian goyang kaki... orang lain yang tolong niagakan duit anda. Dan anda terima hasilnya pada setiap awal tahun berikutnya.
Berbanding dalam pelaburan ASB.. anda cuma masukkan duit kemudian goyang kaki... orang lain yang tolong niagakan duit anda. Dan anda terima hasilnya pada setiap awal tahun berikutnya.
Nota : Contoh yang saya berikan ini adalah berdasarkan nilai keuntungan 20% seminggu. Tapi realiti sebenar, mungkin lebih tinggi atau lebih rendah daripada itu bergantung kepada prestasi saham yang anda beli. Cuma nasihat saya, jual saham dengan keuntungan lebih tinggai daripada ASB.. Contohnya dapat jual 10-15% pun dah kira ok sangat-sangat.
In Shaa Allah, melalui cara ini sedikit sebanyak akan dapat membantu Kakitangan kerajaan untuk keluar dari masalah kewangan.
Semoga bermanfaat..
P/s : Sekiranya anda perlukan ilmu nak memulakan langkah pertama dalam pelaburan saham, saya syorkan anda layari laman web JomLaburSaham.com
Info berkaitan :
- 3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!
- Bye 2025! Selamat datang 2026..
- Nak beli Saham Yang mana satu pada awal tahun ni??
- Nak beli Saham apa yang boleh berikan pulangan lebih baik Dari ASB? (pulangan 5.75%)
- PENDAHULU CABARAN THE 6% TRADE BERJAYA DAPAT KEUNTUNGAN PELABURAN 29.92% DALAM TEMPOH 4 MINGGU
- Saham Tesla Naik 13 Peratus : Elon Musk Jana Keuntungan RM126 Bilion
- Dividen ASB 5.50 sen seunit
- 3 Berita 'menarik' minggu ini..
- Dividen dan bonus ASB turun lagi.. Pelaburan Alternatif tahun 2015?
- 10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA
@muhamadanuarmarsib Senarai Sasaran Harga kenaikan saham yang patuh syariah pada minggu ke 3 Tahun 2026, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai.. .. Kalau ada duit pada esok hari (19 Januari 2026).. boleh utamakan beli saham AEMULUS, CTOS, CORAZA, AGMO, PESONA.. .. Dan jual semula bila Nilai saham tu meningkat kepada 20%. Atau sehingga minggu depan.. .. Kalau ada modal RM1000, dah boleh dapat untung RM200.. Kalau ada modal RM10,000, dah boleh dapat untung RM2000.. .. Walaubagaimanapun, Maklumat ini biasanya tidak tepat 100%. .. Segala risiko untung atau rugi di bawah tanggungjawab masing-masing. Detail ada di blog CoretanAnuar.com #FYP #Saham #PelaburanSaham #BelajarSaham #Pelaburan ♬ suara asli - Akbar Chalay

0 Ulasan