Saham Tesla Naik 13 Peratus : Elon Musk Jana Keuntungan RM126 Bilion

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Saham syarikat Tesla telah meningkat lebih daripada 13 peratus pada awal minggu lepas (awal tahun) berikutan rekod penghantaran kenderaan yang baik. Secara tidak langsung ia telah mempengaruhi nilai bersih kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dilaporkan telah melonjak kepada $304 bilion (RM1.2 trilion) pada minggu lepas.

Saham Tesla Naik 13 Peratus :  Elon Musk Jana Keuntungan RM126 Bilion
Saham Tesla Naik 13 Peratus :  Elon Musk Jana Keuntungan RM126 Bilion 


Memetik laporan New York Post, kekayaannya meningkat lebih daripada $30 bilion (RM126 bilion) daripada sebelumnya, secara tidak langsung telah menjadikan beliau manusia pertama yang memiliki harta melebihi USD 300 bilion.


Elon Musk Pemegang saham terbesar Tesla sebanyak 29%.
Sumber : https://www.wsj.com/market-data/quotes/TSLA/historical-prices


Tesla dipercayai telah menghantar 308,600 kenderaan pada sukuan tahun keempat dan dengan mudah melepasi unjuran penganalisis. Bagi keseluruhan tahun 2021, penghantaran kereta elektrik syarikat TESLA melonjak 87 peratus kepada 936,172 kereta. Kedua-dua jumlah suku tahun keempt dan keseluruhan tahun 2021 telah memperlihatkan mereka mencatatkan rekod baharu.


Sumber : https://www.cnbc.com/quotes/TSLA?tab=earnings


Penilaian pasaran TESLA pula mencecah kira-kira $1.2 trilion berikutan rali saham terbarunya.


Walauagaimanapun, Musk juga telah menjual lebih daripada $16 bilion saham Tesla dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk menampung bayaran cukai yang perlu dibayar.


Sumber : https://www.cnbc.com/quotes/TSLA?tab=ownership


Jom Labur Saham : https://ezy.la/LaburSaham

Dalam senarai Carta Forbes terkini, Elon Musk menjadi individu paling kaya di dunia, diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif firma fesyen Perancis LVMH yang menduduki tempat kedua, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos pula berada di tempat ketiga.



Info Berkaitan:


Catat Ulasan

0 Ulasan