Senarai Saham Patuh Syariah Yang sesuai di beli pada Hari Pertama Kenaikan Gaji SSPA 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Esok 22 Januari 2026 merupakan kenaikan Gaji Baru Bagi Penjawat awam yang telah memilih SSPA dengan kenaikan gaji sebanyak 7%.

Nak tahu dengan lebih detail tentang kenaikan Gaji Penjawat Awam bermula 1 Januari 2026, boleh Baca Di Sini (klik di sini) 

Jadi, sempena hari Gaji Baru Penjawat Awam ni, ada yang bertanya Saham apa yang sesuai untuk di beli?

Baiklah saya kongsikan...
Sekiranya ada modal pada hari Khamis (22 Januari), anda boleh tengok dalam senarai di bawah:  

Senarai Sasaran Harga kenaikan saham yang patuh syariah berdasarkan sumber yang boleh dipercayai

Senarai Saham Patuh Syariah Yang sesuai di beli pada Hari Pertama Kenaikan Gaji SSPA 2026


1) HOP 35126 (Sasaran Harga : RM4.22)
     - harga semasa RM3.840
     - (potensi untung 9.90%)


2) KKB 9466 (Sasaran Harga : RM1.42)
     - harga semasa RM1.250
     - (potensi untung 13.60%)


3) SCOMNET 0001 (Sasaran Harga: RM0.83)
     - harga semasa RM0.735
     - (potensi untung 12.93%)


4) KPPROP 7077 (Sasaran Harga: RM0.390)
     - harga semasa RM0.320
     - (potensi untung 21.88%)


5) KOPI 0338(Sasaran Harga: RM1.60)
     - harga semasa RM1.460
     - (potensi untung 9.59%)


6) BNASTRA 7195   (Sasaran Harga : RM2.39 )
     - harga semasa RM2.220
     - (potensi untung 7.66%)

7) SWIFT 5303  (Sasaran Harga : RM0.425)
     - harga semasa RM0.385
     - (potensi untung 10.39%)


Berdasarkan pendapat peribadi saya...
Sekiranya anda ada modal pada esok hari (22 Januari 2026)..... 
Utamakan beli saham ikut turutan di bawah:
  1. KPPROP (potensi keuntungan 21.88%)
  2. KKB (potensi keuntungan 13.60%)
  3. HOP (potensi keuntungan 9.90%)  

Saranan saya yang seterusnya.. 
Utamakan beli Saham IPO di bawah...
Dan cuba simpan saham IPO ini seberapa lama yang anda mampu.
Ada kemungkinan saham ini mempunyai nilai yang tinggi pada masa akan datang.

IPO terbaru : AMBEST GROUP BERHAD
IPO terbaru : AMBEST GROUP BERHAD


Maklumat IPO:
  • Tarikh Buka Permohonan : 21 Januari 2026
  • Tarikh Tutup Permohonan: 27 Januari 2026
  • Ballot : 29 Januari 2026
  • Tarikh Disenaraikan : 6 Februari 2026

Harga Permohonan IPO :
RM0.25/unit


Nama Syarikat: 
AMBEST GROUP BERHAD


Sektor : 
  • Teknologi
  • Semikonduktor


Ringkasan Perniagaan:

Ambest Group Berhad ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan yang diperbadankan di Malaysia. Melalui anak syarikat milik penuh, Ambest Technology Sdn Bhd, kumpulan ini menyediakan perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang tertumpu kepada pemesinan berketepatan tinggi untuk pelanggan dalam industri semikonduktor.

Perniagaan yang dijalankan:
  • Perkhidmatan Kejuruteraan
  • Industri Semikonduktor
  • Precision Machining
  • Pemasangan sub-modul
  • Rawatan kemasan permukaan (surface finishing)

Berdasarkan satu video yang dikongsikan oleh pelabur saham terkenal, sekarang ni syarikat-syarikat besar dalam bidang teknologi maklumat sedang bersaing untuk menghasilkan pemproses paling laju dengan menggunakan bahan semikonduktor. 

Syarikat-syarikat besar seperti facebook, Amazon, google, dan lain-lain telah membuat pelaburan besar untuk mencapai sasaran tersebut. 

Jadi, inilah persaingan teknologi seterusnya selepas AI... (Ada perkaitan dengan Semikonduktor)

Persaingan AI pun masih belum selesai lagi..  ChatGPT ke yang menang?
akan muncul pula persaingan teknologi yang lebih baru..

Sebelum AI.. kita lihat persaingan media sosial.. Facebook ke Tiktok yang menang?

Sebelum persaingan media sosial.. Kita ada persaingan telefon pintar/Smartphone.. (Samsung dan Iphone menang)

Sebelum tu lagi... Persaingan teknologi yang terawal ialah prosessor komputer...
Kalau masih ingat Intel, AMD, Celeron, dll (Microsoft menang)

Tentu anda masih ingat lagi, berapa harga saham facebook (IPO) semasa ia mula dilancarkan?


Dan harga Saham Facebook terkini -> Boleh semak harganya di sini (klik di sini)

Sepanjang lebih setahun saya bersama MDEC...
Dalam setiap kali mesyuarat PDTI, MDEC selalu Highlight tentang Semiconduktor


Berdasarkan beberapa Hint yang telah saya perolehi.. menjadi salah satu justifikasi mengapa kita perlu beli saham IPO AMBEST GROUP BERHAD ini.

Walaubagaimanapun, Maklumat ini mungkin tidak tepat 100%. 
Untung atau rugi atas risiko sendiri...
Saya cuma kongsikan info Dari sumber yang boleh dipercayai sahaja.. 
Dan Analisa ini biasanya tak seratus peratus tepat...
Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan..

Semoga bermanfaat..
@muhamadanuarmarsib Senarai Sasaran Harga kenaikan saham yang patuh syariah pada minggu ke 3 Tahun 2026, berdasarkan sumber yang boleh dipercayai.. .. Kalau ada duit pada esok hari (19 Januari 2026).. boleh utamakan beli saham AEMULUS, CTOS, CORAZA, AGMO, PESONA.. .. Dan jual semula bila Nilai saham tu meningkat kepada 20%. Atau sehingga minggu depan.. .. Kalau ada modal RM1000, dah boleh dapat untung RM200.. Kalau ada modal RM10,000, dah boleh dapat untung RM2000.. .. Walaubagaimanapun, Maklumat ini biasanya tidak tepat 100%. .. Segala risiko untung atau rugi di bawah tanggungjawab masing-masing. Detail ada di blog CoretanAnuar.com #FYP #Saham #PelaburanSaham #BelajarSaham #Pelaburan ♬ suara asli - Akbar Chalay

Catat Ulasan

0 Ulasan