Syukur Alhamdulillah... E-Medal yang ke 22

Syukur Alhamdulillah.. 

Done Complete Cabaran 100 ribu langkah sempena 5Th Anniversary of Brisk Walk Malaysia Facebook Group..
.
Selesai Cabaran 100 ribu langkah sempena 5Th Anniversary of Brisk Walk Malaysia Facebook Group
Selesai Cabaran 100 ribu langkah sempena 5Th Anniversary of Brisk Walk Malaysia Facebook Group


E-Medal yang ke 22 dalam koleksi setakat ini...
Cantikkan E-Medal yang diberikan untuk cabaran pada ini?


E-Medal yang ke 22 dalam koleksi setakat ini
E-Medal yang ke 22 dalam koleksi setakat ini

Semalam saya berjaya menyempurnakan sebanyak 18,716 langkah dengan jarak Briskwal terkumpul sekitar 10.85KM.

Setakat ni di hari yang ke 13 saya masih berjaya mengekalkan purata langkah sebanyak 10,884 langkah.. 

Masih berbaki lagi 7 hari sebelum berakhir Bulan Januari 2026.
Diharap masih dapat terus mengekalkan momentum untuk capai purata 10,000 langkah sehari.



23 Januari 2026 : 18,716 langkah dengan jarak Briskwal terkumpul sekitar 10.85KM
23 Januari 2026 : 18,716 langkah dengan jarak Briskwal terkumpul sekitar 10.85KM


Ada rakan-rakan yang bertanya...
Macamana saya dapat kekalkan 10,000 langkah sehari, walaupun tak berjoging?

Cara saya mudah sahaja...
Saya tukar aktiviti yang selama ini menggunakan kenderaan kepada berjalan kaki.

Contoh paling mudah sewaktu pergi ke Pusat Islam untuk menunaikan Solat Fardhu secara Berjemaah..

Sebelum ni saya pergi ke Pusat Islam dengan menaiki kereta.
Sekarang saya berjalan kaki sahaja pergi ke Pusat Islam.

Dalam masa Sehari biasanya saya dapat berpeluang pergi ke Pusat Islam 3 kali sahaja... Iaitu pada waktu :
  • Subuh - purata 2,000 langkah perjalanan pergi dan balik ke Pusat Islam
  • Maghrib - purata 2,000 langkah perjalanan pergi dan balik ke Pusat Islam
  • Isyak - purata 2,000 langkah perjalanan pergi dan balik ke Pusat Islam

Buat satu aktiviti di atas sahaja dah capai lebih 6,000 langkah sehari..

Selebihnya lagi 4,000 langkah tu adalah berdasarkan aktiviti seharian kita di tempat kerja.

Sama juga konsepnya...
Mana-mana aktiviti yang sebelum ni saya naik kereta, saya tukar kepada berjalan kaki.

Dengan cara ini tak susah untuk capai 4,000 langkah ditempat kerja...

Jadi, bila dijumlahkan semua sekali...
Dapatlah lebih 10,000 langkah sehari..

Dapat sesuatu melalui perkongsian ini?

Boleh share info ini.. 

Semoga bermanfaat..


Info berkaitan:


@muhamadanuarmarsib POV : Bila First time Buat Senaman TABATA Kena amalkan Senaman ini 8 Kali Sehari untuk membentuk otot Dan membuang lemak di perut. #TABATA #Fitness #Senaman #JomBersenam #wellness ♬ original sound - TrueKai

Catat Ulasan

0 Ulasan