Khamis, 17 Ogos 2017

Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?

with 20 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya tak nak menulis panjang...

Cuma nak luahkan apa yang sedang bermain-main di fikiran saya sejak beberapa hari ni... 

Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?

Sumber : Klik Di Sini
Masa awal-awal dulu sekitar awal tahun 2000..
  • kita belum ada facebook
  • belum ada Twitter
  • belum ada Instagram
  • belum ada Whatsapp
  • belum ada Telegram
  • belum ada Youtube
  • belum ada Wechat
  • dan lain-lain
Disebabkan tak ada banyak pilihan pada ketika itu, Usahawan Internet terawal di Malaysia cuma menggunakan Strategi pemasaran Email untuk memasarkan perniagaan mereka di internet.

Alhamdulillah... Masa tu Strategi pemasaran melalui email terbukti berkesan. Ramai yang telah berjaya menghasilkan pendapatan 4 hingga 6 angka dengan menggunakan strategi tersebut...

Kini... Setelah kita ada bermacam-macam media sosial, ramai usahawan internet terutamanya generasi baru mula melupakan strategi pemasaran email...

Kebanyakan usahawan internet generasi baru sudah mula menggunakan strategi pemasaran internet yang lebih up to date seperti:
  • facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Whatsapp
  • Telegram
  • Youtube
  • Wechat
  • dan sebagainya...

Betul ke Strategi Pemasaran Email dah ketinggalan Zaman?

Walaupun kononnya ada yang mengatakan strategi pemasaran email agak ketinggalan berbanding strategi-strategi pemasaran lain, tapi sebenarnya ia masih lagi berkesan sehingga sekarang...

Kalau dah tak berkesan, takkanlah masih ramai lagi yang menggunakannya sehingga sekarang..

Sebagai contoh:

Patric Chan, mentor internet dari Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa sebab dah berjaya buat duit jutaan ringgit. Pun masih menggunakan strategi pemasaran email sehingga sekarang.

Irfan Khairi, siapa tak kenal dia kan? Jutawan Internet Malaysia. Sampai sekarang tak pernah miss hantar email kepada puluhan hingga ratusan ribu subscriber beliau. 

Azizan Osman, walaupun sedikit kontroversi, masih hantar email dan bisnes dia bukan ribu-ribu, tapi jutaan ringgit setiap bulan.

Sifu Jamal FbAds, walaupun terkenal  dengan kepakaran pemasaran melalui FB Ads, billboard di sepanjang highway, juga masih guna strategi pemasaran email sehingga sekarang. 

Zamri Nanyan mula bisnes internet sejak tahun 2003 lagi. Sampai sekarang masih guna email untuk buat duit di internet. 

Azizi Ali, dengan fanpage followers lebih 200,000 orang... juga hantar email.

Siapa Lagi yang anda ingin tahu??

Raja Kamil, Muaz Hadi, Najib Asaddok, Wazeen Azizan, Cikgu Hafiz, Gero Azrul, Firdaus Azizi, Hafizi Zain, Oswald Justin, Affiq Fadzil, Iffat Salleh, Sensei Yusof dan ramai lagi... juga masih menggunakan Strategi pemasaran email sehingga sekarang.

Syarikat-syarikat besar seperti AirAsia, MalindoAir, Agoda, Dell, Lazada, Zalora, Lelong, dan lain-lain juga masih menggunakan strategi pemasaran email sehingga sekarang.

Nak contoh lebih banyak lagi? Tak perlu rasanya. Dah banyak contoh yang saya kongsikan di sini.

Ini menunjukkan terlalu banyak syarikat-syarikat besar termasuk juga usahawan-usahawan internet yang menggunakan email sebagai medium pemasaran di internet. 

Jadi... kenapa anda tak nak guna email?
  • Sebab Tak tahu.
  • Sebab tak berani nak mencuba
  • Sebab takut nak keluarkan modal
Itu jawapan yang sering saya dengar. 

Kalau tak tahu, belajarlah. 

Memang kena keluar duit sikit untuk belajar, terutamanya untuk dapatkan ilmu yang tidak di ajar di sekolah, ilmu untuk buat duit, bukan ilmu untuk dapat sekeping kertas bernama sijil.

Nak dapatkan Ilmu Strategi pemasaran Email melalui Video?
Boleh dapatkannya di sini:-> Download Video Strategi Pemasaran Email 

Nak dapatkan Ilmu Strategi pemasaran Email dan Blog melalui ebook?
Boleh download Percuma dengan klik pada link yang saya kongsikan di bawah ebook:

Sumber : Klik Di Sini

Semoga bermanfaat..


Info Berkaitan:

20 ulasan:

  1. Sekarang ni mudah bila berurusan menggunakan handphone. And to me, bila on email menggunakan handphone macam tak puas. So, saya memilih social media sebagai strategi pemasaran. Tetapi masih juga menggunakan email jika perlu. =D

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    BalasPadam
  2. Saya menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. setakat ni saya tak pernah cuba lagi pemasaran email. tak confident memandangkan nak kena keluar kos. takut tak menjadi

    BalasPadam
  4. Strategi pemasaran dengan emel juga penting untuk kumpul maklumat pengunjung yang berminat dengan kisah dan produk. Dalam emel juga boleh letak link blog. Kadang-kadang ada orang bagi e-book percuma sebab nak kumpul data pelanggan dari emel.

    BalasPadam
  5. Medium pemasaran saya pun blog tapi saya tetap percaya yang email pun penting

    BalasPadam
  6. Belum pernah cuba pemasaran email ini walaupun setiap hari menerima email dari syarikat besar seperti Agoda dan AirAsia.

    Mungkin selepas ini perlu berani untuk menggunakannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlu lebih berani Cikpinz..selamat maju jaya!

      Padam
  7. Mungkin sebab kurang ilmu. InsyaAllah boleh dibuat selepas ini.

    BalasPadam
  8. Bagus untuk mereka yang kerap dan rajin bukak email. hehe. Saya dulu rajin la buka kalau time kerja makan gaji, duk office kan. Jadi selalu bukak email. Lani dah jadi surirumah, takde masa dah nak bukak email. Tapi yg bagusnya email marketing ni ia targetted audience cuma rajin tak rajin orang nak bukak dan baca la.

    BalasPadam
  9. Pemasaran email ini cara lama tapi masih releven hingga kini. Dan semua orang percaya ia akan kekal releven untuk masa akan datang juga.

    BalasPadam
  10. saya nak berminat menggunakan pemasaran email ini..

    BalasPadam
  11. Betul.. Pemasaran email ini masih sangat berkesan. Mau beljar untuk gunakannya

    BalasPadam
  12. Pemasaran email sangatlah penting untuk tarik pembaca setia ke website atau blog. Lebih ramai subscriber..lebih bagus untuk tarik traffic.

    Jika permulaan nak jimat tanpa kos..boleh guna MailChimp. Untuk 2000 subscriber adalah percuma. Ok sangat ni.

    BalasPadam
  13. pemasaran email masih lagi relevent sehingga hari ini.. kuasa besar marketing pun tetap guna juga..

    BalasPadam
  14. Pemasaran emel ni memang berkesan, lebih-lebih lagi kalau pandai karang ayat dalam emel. Ianya juga lebih convert dan terus masuk ke inbox golongan sasaran kita.

    Tapi saya pun dah jarang guna pemasaran emel ha3.

    BalasPadam
  15. sekarang ramai yang suka guna fbads, lebih cepat walaupun ada risiko

    BalasPadam
  16. Mungkin ramai orang assume bila dah ada media sosial mcm fb ig ni orang dah tak buka emel. Sedangkan ada segolongan besar yg masih check emel hari2.

    Terima kasih utk ebook itu.

    BalasPadam
  17. Amat rugi pada internet marketer atau sesiapa yang jalankan bisnes tapi masih belum gunakan pemasaran emel.

    Bak kata seorang sifu, kalau kekuatan Hang Tuah terletak pada keris Tamin Sari, Maka senjata paling berbisa dalam internet marketing ialah pemasaran emel!

    Bagi saya, teknik emel marketing ni dapat cover balik 97% traffik yang bocor samada mereka singgaj ke blog atau laman jualan kita.

    Pemasaran emel ni murah dan hampir kosong modal belanja. Usahawan tak perlu berkali-kali belanja kos untuk modal 1 audience.

    Emel marketing bagi saya personaly satu strategi yang evergreen.

    Even sebelum ni saya menjual macam-macam produk termasuk niche kanak-kanak turut menggunakan senjata emel marketing. 99% berkesan.

    Maaf saya terpaksa tak bersetuju jikas ada statement ORANG TAK BUKAK EMEL LAGI sekarang ni.

    Majoriti pengguna smartphone Android, setiap kali beli fon baru, untuk aktifkan playstore wajib ada emel. Begitu juga facebook.

    Nak aply kerja dan hantar resume tetap gunakan emel. Nak buat blogspot kena ade emel.

    Emel sekarang semakin luas penggunaan termasuk dalam marketing.

    Ini menguatkan lagi kepercayaan saya pada strategi emel marketing bila ada golongan seprti 'mak-mak budak' pun kerap membuka emel dan baca setiap emel yang dihantar. Paling best response dan open rate sgt tinggi.

    Emel list ini adalah audience setia anda. Dimana anda mampu bina kredibility dan sekaligus dianggap sebagai pakar dalam niche anda.

    Bayangkan,every single emel yang anda tekan butang 'send' tu mendapat pulangan RM1 bagi jumlah senarai emel list sebanyak 1000 orang. Simple tapi POWER

    BalasPadam
  18. nak guna email sebagai pemasaran tapi tak punya list email untuk dikirimi

    BalasPadam
  19. Secara jujurnya email marketing memang berkesan. Saya pernah gunakan email marketing + blog untuk buat jualan 5 angka dari affiliate local. Memang puas hati!

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra