Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya tak nak menulis panjang...

Cuma nak luahkan apa yang sedang bermain-main di fikiran saya sejak beberapa hari ni... 

Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?

Sumber : Klik Di Sini
Masa awal-awal dulu sekitar awal tahun 2000..
  • kita belum ada facebook
  • belum ada Twitter
  • belum ada Instagram
  • belum ada Whatsapp
  • belum ada Telegram
  • belum ada Youtube
  • belum ada Wechat
  • dan lain-lain
Disebabkan tak ada banyak pilihan pada ketika itu, Usahawan Internet terawal di Malaysia cuma menggunakan Strategi pemasaran Email untuk memasarkan perniagaan mereka di internet.

Alhamdulillah... Masa tu Strategi pemasaran melalui email terbukti berkesan. Ramai yang telah berjaya menghasilkan pendapatan 4 hingga 6 angka dengan menggunakan strategi tersebut...

Kini... Setelah kita ada bermacam-macam media sosial, ramai usahawan internet terutamanya generasi baru mula melupakan strategi pemasaran email...

Kebanyakan usahawan internet generasi baru sudah mula menggunakan strategi pemasaran internet yang lebih up to date seperti:
  • facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Whatsapp
  • Telegram
  • Youtube
  • Wechat
  • dan sebagainya...

Betul ke Strategi Pemasaran Email dah ketinggalan Zaman?

Walaupun kononnya ada yang mengatakan strategi pemasaran email agak ketinggalan berbanding strategi-strategi pemasaran lain, tapi sebenarnya ia masih lagi berkesan sehingga sekarang...

Kalau dah tak berkesan, takkanlah masih ramai lagi yang menggunakannya sehingga sekarang..

Sebagai contoh:

Patric Chan, mentor internet dari Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa sebab dah berjaya buat duit jutaan ringgit. Pun masih menggunakan strategi pemasaran email sehingga sekarang.

Irfan Khairi, siapa tak kenal dia kan? Jutawan Internet Malaysia. Sampai sekarang tak pernah miss hantar email kepada puluhan hingga ratusan ribu subscriber beliau. 

Azizan Osman, walaupun sedikit kontroversi, masih hantar email dan bisnes dia bukan ribu-ribu, tapi jutaan ringgit setiap bulan.


Sifu Jamal FbAds, walaupun terkenal  dengan kepakaran pemasaran melalui FB Ads, billboard di sepanjang highway, juga masih guna strategi pemasaran email sehingga sekarang. 

Zamri Nanyan mula bisnes internet sejak tahun 2003 lagi. Sampai sekarang masih guna email untuk buat duit di internet. 

Azizi Ali, dengan fanpage followers lebih 200,000 orang... juga hantar email.

Siapa Lagi yang anda ingin tahu??

Raja Kamil, Muaz Hadi, Najib Asaddok, Wazeen Azizan, Cikgu Hafiz, Gero Azrul, Firdaus Azizi, Hafizi Zain, Oswald Justin, Affiq Fadzil, Iffat Salleh, Sensei Yusof dan ramai lagi... juga masih menggunakan Strategi pemasaran email sehingga sekarang.

Syarikat-syarikat besar seperti AirAsia, MalindoAir, Agoda, Dell, Lazada, Zalora, Lelong, dan lain-lain juga masih menggunakan strategi pemasaran email sehingga sekarang.

Nak contoh lebih banyak lagi? Tak perlu rasanya. Dah banyak contoh yang saya kongsikan di sini.

Ini menunjukkan terlalu banyak syarikat-syarikat besar termasuk juga usahawan-usahawan internet yang menggunakan email sebagai medium pemasaran di internet. 

Jadi... kenapa anda tak nak guna email?
  • Sebab Tak tahu.
  • Sebab tak berani nak mencuba
  • Sebab takut nak keluarkan modal
Itu jawapan yang sering saya dengar. 

Kalau tak tahu, belajarlah. 

Memang kena keluar duit sikit untuk belajar, terutamanya untuk dapatkan ilmu yang tidak di ajar di sekolah, ilmu untuk buat duit, bukan ilmu untuk dapat sekeping kertas bernama sijil.

Nak dapatkan Ilmu Strategi pemasaran Email melalui Video?
Boleh dapatkannya di sini:-> Download Video Strategi Pemasaran Email 

Nak dapatkan Ilmu Strategi pemasaran Email dan Blog melalui ebook?
Boleh download Percuma dengan klik pada link yang saya kongsikan di bawah ebook:

Sumber : Klik Di Sini

Semoga bermanfaat..


Info Berkaitan: