Khamis, 13 Julai 2017

4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet - Irfan Khairi

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selain daripada menulis blog, sebenarnya saya juga ada belajar ilmu perniagaan internet melalui Jutawan Internet Malaysia iaitu Irfan Khairi.

Kebanyakan ilmu-ilmu perniagaan internet yang saya belajar daripada Irfan Khairi adalah secara tidak langsung menerusi buku-buku tulisan beliau, seminar, email-email yang dihantar dan yang terbaru melalui webinar. Setakat ni cuma kelas Irfan Khairi sahaja yang belum pernah saya hadiri. 

Kiranya belajar dengan Tok Guru tak sampai khatam lah ni... Sebab tu tak berjaya jadi Jutawan Internet seperti beliau... hehehe!!

Kalau ada yang berminat nak baca pengalaman saya menimba ilmu secara tidak langsung dengan Irfan Khairi, bolehlah baca artikel-artikel lama menerusi beberapa link yang saya kongsikan di bawah:
Dapat sesuatu setelah membaca artikel-artikel di atas?

Nak sambung lagi untuk mendapatkan ilmu perniagaan internet daripada Irfan Khairi?
4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet - Irfan Khairi

Untuk makluman anda, baru-baru ni Irfan Khairi ada kongsikan satu webinar tentang 4 Langkah menjamin kejayaan Perniagaan Internet.

Alhamdulillah, Saya sempat menonton Webinar tersebut sekali. Tetapi bila saya nak tonton buat kali yang kedua, webinar tersebut dah tak dapat untuk di Acess...


Sumber : Email Irfan Khairi

Mujur pula intipati isi kandungan webinar tersebut sempat saya ingat..
Nak kata ingat 100% tu taklah... Tapi point-point utama apa yang disampaikan oleh Irfan Khairi dalam webinar tersebut masih saya ingat lagi..

Sebelum terlupa, saya ambil sebatang pen dan tulis balik apa yang saya ingat...
Hasilnya adalah seperti berikut:

4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet - Sumber asal Irfan Khairi


1) Produk/Perkhidmatan

Menurut Irfan Khairi, nak memulakan perniagaan internet pertama sekali kita perlu mengenal pasti produk/perkhidmatan yang kita nak jual. Kena buat sedikit research berkaitan dengan produk/perkhidmatan yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Semakin tinggi potensi sesuatu produk/perkhidmatan dapat menyelesaikan masalah ramai orang, semakin tinggi potensi untuk menghasilkan jualan.

Perniagaan Internet yang membolehkan Irfan Khairi mendapatkan RM 1 juta yang pertama adalah melalui servis design. Lebih fokus lagi, design cover ebook.

Anda nak mulakan perniagaan internet, tapi tak tahu nak jual Produk/Perkhidmatan apa?
Boleh baca laman web 101 Idea Perniagaan Internet.

Dalam laman web tersebut bukan setakat satu, dua perniagaan internet yang boleh anda pilih. Tapi ada 101 Idea Perniagaan internet. Banyak tu!

Salah satu daripadanya, mungkin sesuai untuk perniagaan internet anda. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada link ini -> http://bit.ly/2veqoKH

2) Platform Perniagaan Internet -> Laman Web

Menurut Irfan Khairi, nak jalankan perniagaan internet secara serius kena ada laman web. Laman web dapat diumpamakan sebagai sebuah kedai maya untuk perniagaan anda. Bila kita ada laman web, kita dapat menunjukkan kepada pelanggan betapa seriusnya kita menjalankan perniagaan. 

Dalam laman web, kita kena fokus untuk menjual satu produk sahaja. Nasihat beliau, Jangan jual banyak produk dalam satu laman web walaupun dalam niche area yang sama. Ini berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Pada peringkat awal pembabitan Irfan Khairi dalam perniagaan internet dia tawarkan pelbagai servis design di laman web beliau. Masa tu beliau boleh buat design logo, design cover ebook, design header, design banner, design bisnes kad dan sebagainya. Tapi perniagaan internet beliau tak berjaya!

Tapi bila beliau fokus kepada satu jenis design sahaja iaitu design cover ebook, perniagaan internet beliau lebih berjaya. Bila fokus terhadap satu peroduk, secara tidak langsung akan dapat menyerlahkan kepakaran beliau dalam produk tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau juga dapat lebih fokus kepada golongan sasaran pelanggan beliau yang terdiri daripada penulis buku/ebook, penerbit buku/ebook yang bilangannya sangat ramai di seluruh dunia. Seorang penulis buku/ebook mempunyai kebarangkalian untuk menggunakan perkhidmatan beliau berulang-ulang kali setiap kali siap menghasilkan ebook/buku yang baru.

Begitu juga dengan penerbit buku/ebook. Setiap kali ada penulis nak terbitkan buku/ebook melalui syarikat terbitan mereka, mereka akan dapatkan perkhidmatan Irfan Khairi.

Cuba bayangkan kalau Irfan Khairi dapat regular customer sekurang-kurangnya 3 penerbit dan 100 penulis buku/ebook. Itu pun rasanya dah cukup membuatkan dia tak menang tangan untuk menyiapkan design-design cover buku/ebook.

Menurut Irfan Khairi, ada juga rakan beliau semasa sama-sama belajar di luar negara menawarkan servis design. Tapi, servis design yang ditawarkan oleh rakan beliau adalah design logo gereja (kawan dia non muslim). Skop perniagaan rakan beliau lebih fokus iaitu:

Design -> Logo -> Logo Gereja

Bila niche lebih fokus...  bakal pelanggan juga akan jadi lebih fokus..

Ni contoh sahaja... Berdasarkan info yang saya tonton daripada video Irfan Khairi... Jangan salah anggap

Soalan : Perlu ke saya memiliki laman web perniagaan? Sedangkan saya dah ada Fanpage.

Irfan Khairi kata perlu!

Fanpage milik facebook. Ianya bukan milik kita secara mutlak.
Bila-bila masa sahaja facebook boleh ambil balik fanpage tu.
Bila-bila masa sahaja facebook boleh ubah polisi laman web mereka
Bila-bila masa sahaja facebook boleh ubah algorithem laman web mereka.

Ini realiti!. Kesannya telah pun dirasai oleh ramai usahawan internet di luar sana.

Sebelum ni, bila kita post sesatu di status facebook kita, atau di fanpage kita ada kemungkinan 30% friend atau fan melihat post tersebut.

Tapi sekarang ni cuma 5% sahaja daripada rakan kita/follower kita/fan kita yang dapat melihat status tersebut. Lihat di situ permainan facebook.

keadaan ini berlaku disebabkan laman web tersebut (facebook) bukan kita punya. Pemilik laman web tersebut boleh berbuat apa sahaja ke atas pengguna laman web mereka untuk membuat keuntungan.

Sebab tu penting kita memiliki laman web perniagaan sendiri! dan kita hanya perlu menumpang untuk bersosial di laman-laman web lain seperti facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya semata-mata untuk menarik trafik datang ke laman web kita.

So, macamana nak mulakan perniagaan internet tapi tak tahu buat laman web?

Boleh dapatkan Pakej Pemasaran Internet melalui link ini -> http://bit.ly/2uSWegD

Ada maklumat berguna yang dapat membantu anda untuk membangunkan laman web sendiri.


3) Trafik 

Bila dah ada laman web, perlu ada trafik yang berkunjung ke laman web kita. Dalam perniagaan internet trafik sangat penting. Trafik dapat diumpamakan sebagai pelanggan yang datang ke kedai kita. Semakin ramai pelanggan yang berkunjung ke kedai kita, semakin tinggi kebarangkalian untuk menghasilkan jualan.

Tanpa kehadiran trafik ke laman web kita, boleh menyebabkan perniagaan internet kita 'TERKURUR'

Tapi, dari mana nak dapatkan banyak trafik?

Ada banyak cara sebenarnya nak dapatkan banyak trafik ni. Kita boleh Tarik seberapa banyak trafik ke laman web kita melalui pelbagai sumber antaranya:
  • Blog (enjin carian google, Bing, Yahoo, dll)
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Email
  • Bisnes kad
  • Flyers
  • Banner 
  • dan lain-lain
Menurut Irfan Khairi, jangan fokus kepada satu medium trafik sahaja. Sebaiknya pelbagaikan kaedah untuk menarik trafik datang ke laman web kita, samada secara berbayar atau secara percuma.

Kena lakukan pelbagai usaha untuk menarik trafik ke laman web kita. Sekiranya berjaya mendapatkan trafik yang berkualiti melalui google dan facebook, lagi bagus!

Semakin tinggi trafik yang berjaya kita perolehi semakin besar potensi untuk laman web kita menghasilkan jualan.

Kebiasannya 1% hingga 10% trafik yang datang ke laman web kita akan bertukar menjadi pembeli. Kalau kita berjaya mendapatkan 1000 trafik sehari, kebarangkalian pelawat yang akan membeli adalah lebih kurang 10 hingga 100 orang. Kalau kita berjaya menarik 10,000 trafik ke laman web kita, kebarangkalian pelawat yang akan membeli adalah lebih kurang 100 hingga 1000 orang.  Begitu juga seterusnya. Sebab tu trafik yang tinggi sangat-sangat diperlukan dalam perniagaan internet.


4) Database pelawat (Daripada sistem Autoresponder)

Antara perkara WAJIB yang perlu ada di laman web kita ialah borang Opt In yang dibangunkan dengan menggunakan sistem autoresponder.

Borang Opt In bertujuan untuk mengumpul database pelawat yang datang ke laman web kita. Kebiasannya, pelawat (trafik) yang datang ke laman web kita, mereka tidak akan terus membeli. Mereka cuma buat window shopping sahaja terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Jadi, bagaimana cara untuk menghubungi mereka semula selepas mereka meninggalkan laman web kita?

Caranya ialah dengan memberikan kepada mereka sesuatu yang percuma, supaya mereka dapat meninggalkan jejak di laman web kita dan kita boleh menghubungi mereka pada kemudian hari.

Antara "Hadiah" percuma yang dapat anda berikan kepada pengunjung laman web anda ialah:
  • Katalog perniagaan anda
  • Sebut Harga
  • Ebook
  • Flyers
  • Video
  • software
  • Sample Produk 
  • dan lain-lain

Sehingga sekarang saya praktikkan juga ilmu-ilmu yang diajar oleh Irfan Khairi, walaupun sebenarnya saya tidak mempunyai produk saya sendiri untuk dijual.

Sebagai contoh, boleh tengok laman web simple yang saya gunakan untuk mendapatkan database pengunjung. 

 Sumber : http://www.aktifmykad.com



Sistem Autoresponder yang saya gunakan dalam ketiga-tiga laman web di atas merupakan sistem autoresponder termurah sekali di Malaysia. Sebab tu tak hebat mana pun! Tapi, masih tetap boleh digunakan.

Nak tahu sistem Autoresponder apa yang saya gunakan?
cuma http://emelmatik.com sahaja... Hehehe.. Nak cerita pun malu.. Sebab murah giler kot? ;)

Selain daripada http://emelmatik.com, ada banyak lagi sistem autorenponder yang lebih hebat boleh anda gunakan bergantung kepada kemampuan poket anda untuk membayarnya. Antaranya ialah:
  • Getresponse
  • Aweber
  • Trafficwave
  • Thru.my
  • Mailchimp
  • Rocketmail
  • dan lain-lain

Kalau anda rasa mampu, bolehlah guna sistem autoresponder yang lain-lain tu. Kalau tak mampu, bolehlah guna emailmatik macam saya.. ;)

Borang Opt-in yang saya hasilkan juga tak cukup Power. Nak dapatkan borang Opt In yang lebih power lagi, boleh klik di sini -> http://bit.ly/2ugihzJ

Bila anda dah ada database sendiri, mungkin ada 10,000 hingga 100,000 database. Kerja anda selepas itu dah mudah.

Lepas ni kalau anda nak jual produk baru pun tak ada masalah. Sebab anda sudah ada bakal pelanggan yang boleh anda hubungi untuk memberitahu produk baru tersebut.

Sebagai contoh, saya ada sebuah homestay yang diberi nama Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat).

Semasa saya ada sebuah homestay, saya dah mengumpul database orang-orang yang telah menghubungi saya kerana berminat untuk mencari homestay.

Kemudian, pada beberapa tahun seterusnya muncul lagi sebuah homestay milik ayah mertua saya yang dikenali sebagai Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot). Kalau ada database, dah tak susah nak mempromosikan homestay kedua. Sebab boleh gunakan database yang di perolehi melalui homestay pertama.

Kemudian bila saya mempunyai homestay yang ke 3 iaitu Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak, saya terus lakukan proses yang sama. Malah database yang ada semakin hari semakin bertambah.

Jadi, lepas ni kalau ditakdirkan ada rezeki mempunyai homestay yang seterusnya, saya boleh menggunakan database sedia ada yang diperolehi daripada homestay-homestay sebelum ini.

Nampak tak kelebihannya di situ?

Walaubagaimanapun, semua tu kena ada ilmu. Ilmu tu takkan datang dengan sekelip mata. Kita kena belajar daripada mereka yang pakar dan seterusnya praktikkan ilmu tersebut.

Ingat! Jangan tunggu sempurna baru nak bermula.
Bermulalah setakat mana ilmu yang kita tahu. Kemudian, dari semasa ke semasa tambahkan ilmu dan perbaiki kelemahan-kelemahan kita sebelum ini... In Shaa Allah, satu hari nanti kita juga akan berjaya...

Berikut merupakan dua rujukan tambahan yang saya sangat rekemenkan kepada anda untuk membacanya. Kedua-dua rujukan ini sangat penting, sebab ada result yang cukup memberangsangkan. Serius!! Memang rugi kalau anda tak baca! 

11 ulasan:

  1. Wah.. Kupasan yang lengkap. Memang betul sangkaan saya.. Tuan boleh menulis dengan hebat

    BalasPadam
  2. ini kaedah untuk ke peringkat seterusnya dalam bisnes online...10 tahun nnt hasil datang sendiri bila sekarang adalah usahanya

    BalasPadam
  3. kena usaha lebih baru ada hasilnya

    BalasPadam
  4. saya ada dapat email en anuar, bagus... i follow u next

    BalasPadam
  5. tok guru saya juga ni tuan irfan. banyak lagi saya belum buat

    BalasPadam
  6. Ulasan yang sangat mantap... kebanyakkan kita tak berani nak keluar modal untuk dapatkan traffic dari luar kebiasaan kita.. untuk tukarkan dari pelawat kepada pembeli.. sebab itu penting database untuk kita jadikan satu prospek

    BalasPadam
  7. Banyak manfaat yang dapat diperolehi dari ilmu yang disampaikan Tuan Irfan Khairi. Teruskan perkongsian ilmu.

    BalasPadam
  8. Thanks atas pelbagai tips. Nak gak try emelmatik tu..

    BalasPadam
  9. Tuan Irfan Khairi sudah melangkah ke peringkat antarabangsa...Memang tidak akan rugi mengutip ilmu dari beliau.

    BalasPadam
  10. tip top perkongsian ni, terima kasih.

    BalasPadam
  11. Killa pun follow IK rapat2.. cuma masih banyak yang perlu killa improve untuk website Killa..

    www.syakillaazam.my

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra