Isnin, 15 Mei 2017

Jom sama-sama kita Memeriahkan 10th Fira Malaysia Cup 2017

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada  14 hingga 19 Mei 2017, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah terpilih sebagai tuan rumah dalam pertandingan 10th FIRA Malaysia Cup 2017 

Penganjuran Pertandingan FIRA Piala Malaysia ini merupakan pertandingan di peringkat kebangsaan sejak tahun 2007 yang disertai oleh Politeknik Malaysia, pelajar sekolah menegah atas dan Universiti yang berminat dan pada tahun ini merupakan penganjuran kali ke 10. 

Pertandingan robot peringkat kebangsaan ini turut disertai oleh 19 buah Politeknik Malaysia dan 2 buah Unibersiti iaitu Universiti Teknikal Malaysia (Utem) dan University College of Technology Sarawak (UCTS).
Logo 10th FIRA Malaysia Cup 2017
Logo 10th FIRA Malaysia Cup 2017


Seramai 428 orang pelajar Politeknik Malaysia dan Universiti Awam (AU) seperti Universiti Teknikal Malaysia (Utem) dan University College of Technology Sarawak (UCTS) menyertai pertandingan kali ini.


Taklimat Pembukaan FIRA2017 yang disampaikan oleh Pengarah PSIS LT. KOL. BERSEKUTU (PA) HJH. NOREHAN BINTI MD. SHARIFF


Para peserta yang hadir semasa Taklimat Pembukaan FIRA2017

Alhamdulillah.. penyertaan kali ni agak memberangsangkan sehingga penuh satu dewan Kuliah Utama..

Selepas selesai taklimat Pembukaan oleh pengarah PSIS diiukti pula dengan taklimat oleh Ketua Teknikal FIRA Malaysia Cup 2017 iaitu Mej (K) Mohd Noor Bin Shahudin, A.M.K. Akhir sekali, dan akhir sekali disudahi dengan ucapan daripada pegarah Program 10th FIRA Malaysia Cup 2017 iaitu encik Hairulanuar Bin Rosman.

Selepas itu, para peserta menghadiri Taklimat Teknikal mengikut kategori masing-masing.

Terdapat Enam (6) jenis pertandingan yang akan dipertandingkan bagi kejohanan 10th FIRA Robort Soccer di PSIS kali ini iaitu RoboSot, AndroSot, MiroSot, SimuroSot, MyBot dan HuroSot dengan setiap pertandingan terbahagi kepada 3 hingga 4 jenis sub pertandingan bagi menguji kemahiran peserta dalam memasang, mengendalikan, menguji dan memprogram setiap robot mengikut kategori yang dipertandingkan. 

Hari Pertama 10th Fira Malaysia Cup 2017 (15 Mei 2017)

Pertandingan 10th Fira Malaysia Cup 2017 dimulakan pada 15 Mei 2017 dengan pertandingan Robosot untuk kategori Localization.

Disebelah petangnya pula, akan berlangsung pertandingan Simurosot... kemudian diikuti oleh pertandingan-pertandingan robot yang lain sehingga hari Jumaat 19 Mei 2017.

Berikut merupakan gambar-gambar dihari pertama kejohanan 10th Fira Malaysia Cup 2017


Melalui FIRA Robot Soccer ini juga, dapat memberi pendedahan dan pemindahan teknologi kepada pelajar sekolah menengah dengan setiap pasukan akan membawa empat pelajar yang terpilih dengan kaedah mento-mentee iaitu setiap Politeknik atau UM akan bersama sekolah dalam pertandingan kategori MyBot.

Seramai 54 orang pelajar sekolah menengah akan turut menyertai pertandingan MyBot ini dengan bimbingan daripada mentor-mentor mereka dari institusi contohnya PSIS bersama dua orang pelajar SMKA Tun Rahah, Sungai Besar dan dua orang pelajar dari SPBI Sabak Bernam.

Selain itu, turut juga diadakan pameran/pertunjukan daripada penaja-penaja yang terdiri daripada syarikat-syarikat pembekal robot di Malaysia.

Sebagai contoh, lihat ikan robot dalam gambar di bawah:



Ikan robot sedang berenang-renang di dalam air.


Pertunjukan ikan robot ini dibawakan khas oleh salah sebuah syarikat yang menaja 10th Fira Malaysia Cup 2017, iaitu robopreneur.com

Selain ikan robot ini, ada lagi robot-robot menarik yang akan dipertontonkan oleh para penaja pertandingan ini... In Shaa Allah... 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, jomlah datang ke Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor untuk memeriahkan pertandingan ini daripada 15 hingga 19 Mei 2017..


Setelah tamat pertandingan ini nanti, Jabatan Pendidikan Politeknik menaruh harapan tinggi supaya kesemua pasukan robotik yang berjaya menjadi juara, akan dapat mewakili negara ke peringkat antarabangsa pada bulan Oktober 2017 di Taiwan, dan seterusnya dapat  bersaing dengan wakil-wakil IPT dan Universiti-universiti dari seluruh dunia... 

Jom sama-sama kita saksikan aksi-aksi robot ini di atas gelanggang, disamping menikmati kemeriahan penganjuran pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut, atau sekiranya ingin mendapatkan info-info terkini berkaitan 10th FIRA Malaysia Cup 2017, bolehlah layari portal rasmi kami menerusi pautan berikut:
-> http://fira.psis.edu.my

4 ulasan:

  1. wow... kreatif n inovatif pelajar2 semua... :)

    BalasPadam
  2. Pelajar-pelajar sekarang memang kreatif.

    BalasPadam
  3. fuhh robot ikan, innovasi yang lain dari yang lain

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra