Khamis, 7 Mei 2015

Tips murah rezeki melalui blog : Banyakkan memberi

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk terus bernafas dimuka bumi ini.. Dalam keadaan tubuh badan yang masih lagi sihat untuk bekerja... Akal fikiran yang masih lagi waras untuk berfikir dan menulis.. Masih lagi mendapat hidayah daripada Allah S.W.T untuk menunaikan amal ibadah seharian... Berpeluang melihat anak-anak membesar dihadapan mata.. Berpeluang menikmati keindahan berumah tangga bersama isteri tercinta...

Syukur Alhamdulillah... Semua rezeki ini merupakan nikmat pemberian Allah S.W.T yang tidak terhingga.. Walaupun semua rezeki ini hanyalah pinjaman semata-mata.. tetapi kita perlu menghargainya... Gunakanlah rezeki ini dengan sebaiknya... 


Berilah sebahagian daripada rezeki ini kepada mereka yang memerlukan.. Berkongsilah rezeki ini dengan orang lain, supaya lebih ramai orang yang turut mendapat manfaat daripadanya...

Pemberian rezeki dan perkongsian rezeki bukanlah hanya bergantung kepada harta benda semata-mata... Banyak cara lain untuk kita memberi dan berkongsi rezeki mengikut kemampuan kita.. Yang penting kita ikhlas dalam memberi dan membantu orang lain.. 

Disebabkan itu, sekiranya ada orang bertanya kepada saya... "Kenapa saya tak kenakan sebarang bayaran kepada rakan-rakan yang mengiklankan perniagaan mereka di blog saya?"

Antara jawapan yang dapat saya berikan ialah "Sebab itulah antara pertolongan yang dapat saya berikan kepada rakan-rakan saya untuk mempromosikan perniagaan mereka secara Online"..

Nak tolong orang, takkanlah kita nak kenakan bayaran.. betul tak?

Sebenarnya saya rasa bersyukur sangat... Sebab saya mempunyai pekerjaan tetap, hasil daripada tunjuk ajar guru-guru, pensyarah dan rakan-rakan.. Tak lupa juga pertolongan daripada ibu bapa, adik beradik, dan rakan-rakan saya sepanjang saya berada di Universiti. Tanpa bantuan daripada mereka samada secara langsung atau tidak langsung, saya rasa belum tentu lagi saya berjaya menggenggam segulung Ijazah dan Master..

Kemudian, dalam masa yang sama saya mempunyai beberapa blog yang ada pembacanya yang tersendiri..

Jadi, apabila ada rakan-rakan saya yang memerlukan pertolongan saya untuk mempromosikan perniagaan mereka diinternet... Saya rasa tak sampai hati nak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka... Inilah masa terbaik kepada saya untuk menolong orang lain, dengan menggunakan blog-blog yang saya ada..

Salah satu bentuk pemberian yang dapat saya lakukan.... Untuk membantu orang lain yang memerlukan..

Cuma, di Blog Coretan Anuar.. Saya hanya membenarkan mereka mengiklankan Homestay secara PERCUMA.. Perniagaan lain tak boleh... 

Kalau mereka nak minta bantuan saya mempromosikan perniagan mereka yang lain secara PERCUMA, saya akan iklankannya di blog Discount hari2.. Dekat sana nak iklankan apa-apa pun boleh.. Dengan syarat tak berunsurkan lucah, bukan skim cepat kaya dan bukan skim piramid..

Kalau dah semua PERCUMA... Macamana saya nak jana pendapatan melalui Blog?

Sebenarnya rezeki tu ada di mana-mana.. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak rezeki yang datang kepada kita dalam bentuk yang tak disangka-sangka.. 

Saya menulis berdasarkan pengalaman dan bukti... Kalau tak percaya, boleh tengok pada gambar di bawah..  

Tips murah rezeki melalui blog : Banyakkan memberi

Dan berikut merupakan salah satu rezeki yang berjaya saya perolehi melalui blog..

Sumber : Klik Di Sini


Walaupun rezeki-rezeki yang saya perolehi melalui blog takderlah banyak... Tetapi saya rasa bersyukur dengan rezeki tersebut..

Sebab melalui blog, saya dah berjaya membantu rakan-rakan saya yang ada mengusahakan Homestay untuk mendapatkan pelanggan... tanpa perlu mereka mengeluarkan sebarang modal pengiklanan secara Online... Berikut merupakan antara Homestay yang telah saya iklankan secara PERCUMA menerusi blog ini:



P/S : Melalui entri ini juga, secara tidak langsung saya sedang membantu mempromosikan Homestay rakan-rakan saya...  Ingat... Banyakkan memberi merupakan Tips Murah rezeki melalui Blog.. Jadi, janganlah berkira sangat untuk membantu orang lain yang memerlukan.. ;)


Info Berkaitan : 





7 ulasan:

  1. Tahniah! Moga murah rezeki selalu.. jarang jumpa blog yg memberikan iklan secara percuma skg ni.. :)

    BalasPadam
  2. Jeles pulak tengok income blog ni..cer ajar sikit maaa..haha

    BalasPadam
  3. bila agaknya nak pergi sarawak.. tak tau le bila masanya

    BalasPadam
  4. mcm mn ye caranya sy nk mntk tlg tuan promosikn homestay sy?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. PELUANG PINJAMAN !!!

    Anda tidak pernah terlalu muda untuk memulakan sebuah kerajaan dan tidak pernah terlalu tua untuk memulakan impian baru. Mimpi tidak menjadi kenyataan melalui sihir; ia memerlukan peluh, tekad dan kerja keras. Dapatkan pinjaman dari kami hari ini untuk membantu membawa anda ke alam kebebasan kewangan anda yang baru. Perkhidmatan kami merangkumi:

    Pinjaman Peribadi
    Pinjaman Perniagaan
    Pinjaman Harta Tanah
    Rehab
    Penyatuan Hutang
    Pinjaman Gadai janji
    Pinjaman Pembinaan
    Pinjaman Jambatan dan Banyak Lagi ...

    Kami menawarkan pada kadar faedah yang berpatutan dengan jadual pembayaran yang tersusun sehingga 360 bulan, tanpa caj tersembunyi, tanpa denda pembayaran pendahuluan, tanpa cek kredit, proses cepat dan kelulusan segera. Untuk Maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, Pm saya atau E-mel @: altafinance2@gmail.com atau Whatsapp: +1 213 433 3059 +62 838-9943-4932
    Kejayaan bukanlah kebetulan, jika anda tidak mengambil risiko, anda akan selalu bekerja untuk seseorang yang melakukannya.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra