Jumaat, 8 Mei 2015

Ini Bukan Senarai Mangsa Emas Sontot

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih ingat lagi kisah emas sontot yang banyak berlaku di negara kita pada tahun lepas. Ramai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa 'ketamakan' individu-individu yang tidak bertanggungjawab, yang ingin sangat nak cepat kaya.


"Mengutip duit orang lain dengan memanipulasi emas milik orang lain, untuk jadi cepat kaya"

Ternyata maklamat tidak menghalalkan cara... Bila rezeki tak berkat, sampai masanya Allah S.W.T menunjukkan kebenarannya. Yang bersalah tetap bersalah, dan perlu di bawa ke muka pengadilan..


"Raja Sontot"  kaya raya.. Untung berjuta... Aset bertimbun hasil kutipan duit pelabur yang dikumpul oleh Pengelola/wakalah.. 
Pengelola/wakalah memainkan watak utama..  jadi orang tengah diantara pelabur dan "Raja Sontot" ...  Pengelola/wakalah terdiri daripada individu yang berpengaruh dalam industri emas dan perak di Malaysia... Sebab itu ramai pelabur yang percaya dan terjebak sama. 
Apabila kebenaran terbongkar.. Emas yang dijanjikan tidak wujud dihadapan mata... Semuanya hanya dusta semata.. Bulan bintang yang dijanjikan hanya fantasi indah yang lenyap sekelip mata.. Pelabur pula berputih mata dan menyesal tak sudah.. 


Kesian saya melihat beberapa orang rakan saya yang terjebak dalam money game emas Sontot, Emas Kutu, Emas Delay, Emas ETA (Estimated Time Arrival/Harga Tangguh), dan yang seangkatan dengannya.. 

Golongan terawal yang menyertai permainan-permainan pelaburan emas di atas, rasa bersyukur.. Sebab ada yang dapat hasil pulangan seperti yang dijanjikan.. Kemudian golongan ini dijadikan sebagai Testimoni, untuk menarik kepercayaan lebih ramai pelabur menyertai skim ini.. Tetapi, golongan yang masuk kemudian menjadi mangsa, bila pihak penganjur dah tak dapat nak bayar pulangan yang dijanjikan..

Sebagai contoh, ada sorang kawan saya terlibat dalam skim seumpama ini setelah diperkenalkan oleh rakan lama beliau. Rakan lama beliau dan rakan-rakan kutu emas yang dapat nombor giliran awal, berjaya dapat emas yang dijanjikan. Tetapi sampai ke bulan yang ke enam sahaja. Rakan-rakan lain yang berada pada nombor giliran (bulan) berikutnya tak berjaya mendapatkan emas tersebut.   

Pelabur yang terakhir sekali dapat emas pada bulan November 2014... Giliran rakan saya pada bulan Julai 2015. Rakan-rakan yang masih belum dapat emas ni selalu hubungi pengelola untuk menuntut emas mereka. Setiap kali hubungi pengelola, pengelola akan maklumkan emas akan dapat pada bulan depan... Setiap cali call, jawapan yang sama juga diberikan..  Tapi sampai sekarang, tak dapat-dapat lagi emas tersebut.

Kita kena ingat putaran roda kehidupan ini sampai bila-bila.. Jadikan kisah ini sebagai sempadan..

"Jangan diulangi sejarah Pak Man Telo.. Jangan diulangi lagi sejarah Emas Sontot."

Kesan daripada kisah emas tersontot ini, telah menyebabkan semakin hilang kepercayaan pelabur untuk membeli emas secara online.

Trend membeli emas secara Online sudah tidak lagi semeriah dulu. 

Masih ada lagi yang rasa takut-takut untuk berurusan jual-beli emas secara online.

Walaupun banyak syarikat jual beli emas, melaksanakan urusan jual-beli emas secara jujur dan boleh dipercayai..

Inilah akibatnya... Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Disebabkan "Raja Sontot" nak sangat jadi cepat kaya, usahawan emas yang lain turut terkena tempiasnya.

Jangan samakan golongan yang memanipulasi emas untuk menjana kekayaan (Tanpa mengira halal dan haram) dengan golongan yang menjalankan urusan jual-beli emas secara bersih..

Tak sama..

Sepatutnya anda beli emas, anda akan dapat emas.. Inilah urusan jual-beli emas yang betul..

Tak ada istilah delay masa... Bayar duit sekarang, dapat emas kemudian.. Kalau ada delay masa, itu yang tak betul.. Harap anda faham.. 

Kembalikan semula kepercayaan dengan urusan jual beli emas yang betul..

Sebagai contoh dalam gambar dekat bawah ini, yang saya ambil dalam akaun laman web GSR

Mereka Bukan Senarai Mangsa Emas Sontot. Tetapi individu-individu yang telah mendaftar ke laman web GSR. Nak beli emas dekat laman web GSR, kena register terlebih dahulu.

Ini Bukan Senarai Mangsa Emas Sontot
Sumber : GSR2u.com.my


Nak register tak susah pun.. Register percuma jer..

Tapi kalau nak beli emas pada harga yang murah dan mendapat lain-lain keistimewaan, anda kena register terlebih dahulu sebagai Star Dealer (SD).

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra