Isnin, 21 Januari 2013

Century Bay Apartment, Pulau Pinang

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Baru-baru ni, semasa bercuti di Pulau Pinang, Kami sekeluarga telah memilih Century Bay apartment sebagai tempat penginapan kami.. 

Apartment ini sangat sesuai untuk penginapan bagi keluarga besar seperti kami yang  terdiri daripada 10 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak, semasa berkunjung ke Pulau Pinang ..

Dah ramai macam ni, tentulah tak muat nak sewa hotel dua bilik.. Nak sewa hotel 3 atau 4 bilik, tentu besar kos yang terpaksa kami keluarkan... Jadi, kami pun cubalah mencari Homestay di Pulau Pinang yang menyediakan kemudahan seakan-akan Pak ya Homestay.. 

Dengan bantuan adik ipar saya yang berkerja di Pulau Pinang, maka dapatlah kami menyewa sebuah apartment di Century bay apartment ini pada harga RM3XX semalam (harga diskaun yang berjaya adik ipar saya perolehi)... Nak tahu kadar sewa sebenar sebuah apartment di Century Bay Apartment ini, anda bolehlah klik di sini..  



Pemandangan dari Luar Century Bay Apartment.. 

Century Bay Apartment terletak berhampiran dengan Taman Jerejak Indah, Pulau Pinang (klik map di sini).. Menyediakan kemudahan yang lengkap seperti sebuah hotel 5 bintang, pada harga yang sangat ekonomi... Ianya sangat sesuai dijadikan tempat penginapan bagi percutian sebuah keluarga besar..  

Kemudahan Lif 

Apartment yang kami sewa mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu.. Lengkap dengan semua kemudahan seperti televisyen, penghawa dingin bagi setiap bilik,  peti sejuk, mesin basuh, dapur untuk memasak, pinggan, mangkuk, Bath tab, tuala mandi, seterika elektrik dan sebagainya... 






Bilik Pertama..

Bilik Kedua..

Bilik Air di Master Bed Room..

Manalah perginya gambar bilik di Master Bed Room ni?.. Hari tu ada tangkap.. Tapi, tak tahu mana perginya... Mesti anak-anak saya terdelete gambar tersebut, semasa 'mengerjakan' Handphone saya.. hehehehe.. ;) 

Adik Ipar saya bersama anak kedua beliau, Qasrina.. 

Ruang tamu yang luas..

Boleh tengok ASTRO dekat TV ini.. Layan bola malam tu.. ;)

Ruang bersantai yang luas untuk seisi keluarga.. 

Peti ais dua Pintu dan Oven pun ada... 

Penapis air, periuk, kuali, dapur gas, kattle, cawan dan lain-lain... ;)

Bilik Air yang bersih dan kemas.. 

Itu cerita berkaitan fasiliti yang disediakan dalam Apartment... Fasiliti yang disediakan di luar Apartment pun menarik juga.. Macam-macam ada.. Membuatkan kita rasa berbaloi sewa di apartment ini.. 


Kawasan rekreasi.. 

Boleh main Pingpong secara Percuma.. 24 jam..

Boleh main Snooker.. Tapi kena bayar....

Ada kemudahan untuk membuat BBQ secara Percuma.. Tapi tak berani nak guna secara sebarangan...

Boleh main Gym secara Percuma.. Dibuka 24 jam.. 

Kemudahan Gym yang lengkap untuk membentuk 6 Pax.. hehehe..

Boleh layan Sauna secara Percuma.. Dibuka 24 jam.. 



Pandai-pandailah nak set suhu Sauna ni... Self Service..

Seperti menginap di hotel 5 bintang.. Sauna dan Gym boleh digunakan secara percuma di Century Bay Apartment.. Kedua-dua kemudahan ini boleh digunakan secara Self Service (tanpa sebarang pemantauan).. Sebagai langkah keselamatan SOP ada disediakan.. Jadi pandai-pandailah menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya mengikut SOP yang ditetapkan.. 


Boleh pinjam basikal secara Percuma.. Untuk ronda-ronda.. 

Selain itu, anda juga boleh meminjam basikal secara percuma.. Dan boleh bermandi-manda di Swimming Pool sambail membawa anak-anak bermain di taman permainan yang terdapat berhampiran dengan Swimming pool.. 

Orang lain sibuk mandi di Swimming Pool, adam lebih selesa tidur.. 


Kalisha cukup suka bila dapat mandi dekat Swimming pool.. 



Pemandangan Swimming Pool yang indah.. 

Semasa bermalam di Century Bay Apartment, saya dan adik ipar memanfaatkan masa malam minggu dengan bermain pingpong, pergi ke Gym untuk membentuk 6 Pax (Berangan jer ni) dan beristirehat di Sauna selama setengah jam.. 

Pada masa tu, anak-anak berada di bilik bersama ibu masing-masing... Lepas dah berehat dekat Sauna, tiba-tiba perut rasa lapar.. Ingatkan perut kami jer yang lapar... Rupa-rupanya perut ibu-ibu dekat bilik pun lapar sama...

Jadi, malam tu kami pun keluar sekejap meninjau tempat membeli makanan...

Syukur Alhamdulillah... Ada kedai makan masakan siam betul-betul berada di sebarang jalan  Century Bay Apartment... Lega sungguh...  Dapat minum sorang segelas air sambil memesan makanan di Qiey's tom Yam.. 


Menu yang disediakan di Qiey's tom Yam

Boleh layan Bola Sepak dekat TV besar.. 

Qiey's tom Yam di buka sehingga jam 2.00 pagi.. Kemudian di sebelah paginya pula ada menjual sarapan pagi, bermula pada jam 6.30 pagi... Jadi, tak susah nak cari makanan  sekiranya tinggal dekat sini.. 

Makanan yang dimasak di Qiey's Tom Yam ni pun sedap-sedap belaka.. Lebih-lebih lagi sekiranya anda memesan makanan berunsurkan Tom Yam.. Perghhh.. Memang sedap... ;)  


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Century Bay Apartment, Pulau Pinang.. Saya syorkan anda klik di sini.

Atau, bagi anda yang tinggal di Pulau Pinang.. Boleh mengunjungi sendiri Century Bay Apartment, Pulau Pinang di alamat berikut:

Century Bay Service Suites
5, Lintang Pantai Jerjak, Sungai Nibong
11700 Georgetown
Pulau Pinang, Malaysia

Tel. No.: +604-6591515
Fax No.: +604-6595115

2 ulasan:

  1. pehh, rajin hang berjalan-jalan ek..

    BalasPadam
  2. salam..tumpang tanye ye...1 apatment tu bole muat 10 org ke?

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra