Selasa, 9 Disember 2014

Homestay Mutiara Selayang untuk di sewa..

with 7 comments
Homestay Mutiara Selayang Cikgu Raja merupakan Rumah semi-D dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.. Lokasi homestay terletak di No 15, Jalan Mutiara 4/5, Selayang Mutiara, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan..


Homestay Mutiara Selayang Cikgu Raja





Kawasan Berhampiran Homestay Mutiara Selayang Cikgu Raja:
  • Berhampiran dengan Stadium Bandar Baru Selayang yang juga dikenali sebagai Stadium MPS. Boleh tiba ke rumah penginapan melalui jalan belakang Stadium MPS atau melalui jalan dari Ulu Yam.
  • FRIM -15 minit memandu
  • Kolam Air Panas Selayang – 15 minit memandu.
  • Taman Tasik Metropolitan Layang-layang – 10 minit memandu.
  • Zoo Negara – 15 minit memandu.
  • Pusat Bandaraya Kuala Lumpur – 20 minit memandu.
  • Stadium Bandar Baru Selayang (BBS) – 5 minit memandu.
  • UiTM Selayang dan Hospital Selayang – 10 minit memandu.
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – 15 minit memandu
  • Pasar Malam (malam minggu di Bandar Baru Selayang) - 10 minit berjalan kaki.
  • Pasar Borong Selayang, Selayang Baru – 5 minit memandu.
  • Pelbagai restoran halal & kedai runcit (berdekatan Stadium BBS) – 5 minit memandu.
  • Selayang Mall, Parkson, Mydin, etc – 15 minit memandu.



Kemudahan Yang Disediakan di Homestay Mutiara Selayang Cikgu Raja:


3 bilik tidur dengan 2 bilik mandi :

Katil Queen Size dan Perabot di Bilik tidur utama 




Katil Queen Size di Bilik tidur ke 2

Katil Single di Bilik tidur ke 3

Homestay Mutiara Selayang Cikgu Raja juga turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti:

RUANG TAMU:


Ruang tamu turut dilengkapi dengan Set Sofa

Ruang makan dan dapur dilengkapi dengan periuk nasi elektrik, cerek elektrik, set pinggan cawan, dapur tempat memasak dan peti ais

Selain itu, terdapat kemudahan-kemudahan lain yang turut disediakan seperti:
  • 2 unit penghawa dingin
  • Tempat menggosok
  • TV
  • Ruang parkir (muat untuk 3 buah kereta)
Para penyewa dibenarkan untuk memasak.. Jadi secara tidak langsung dapat juga menjimatkan kos perjalanan anda ketika berkunjung ke Selayang... ;) 




Homestay Mutiara Selayang Cikgu Raja sesuai untuk aktiviti keluarga seperti:
  • Tempat Penginapan Percutian Sekeluarga
  • Rumah Singgah Kenduri Kahwin
  • Jalan-jalan ke kawasan-kawasan menarik di Selayang, Gombak dan Batu Caves
  • Menghadiri majlis Konvokesyen di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan UiTM Selayang 
  • Melawat ahli keluarga di Hospital Selayang 
  • Menghadiri kursus, Mesyuarat, dan sebagainya
  • Menghadiri aktiviti-aktiviti reunion
  • Dan lain-lain urusan di Selayang, Gombak dan batu Caves

Kadar Homestay :

RM200.00 / malam

*  Check-in 2PM & Check-out 12 T/HARI.
** Penginapan hanya untuk muslim sahaja




Syarat Tempahan dan Terma Pembayaran:
Untuk tempahan, sila hubungi memaklumkan tarikh yang dikehendaki. Deposit 50% daripada harga sewaan akan dikenakan.
    Bayaran boleh dibuat ke dalam akaun Maybank seperti di bawah :

      • Pemilik Akaun Maybank : Raja Baharudin Bin Raja Husain
      • Nombor Akaun : 164203493212

          Sebaik sahaja bayaran telah dibuat, sila sms atau hubungi 017-6799691(Raja Baharudin)
            Baki bayaran yang selebihnya hendaklah dibuat apabila tiba di tempat penginapan homestay.
              Bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika pihak tuan/puan membatalkan tempahan dalam tempoh masa 7 hari sebelum tarikh penginapan.
                Harga penginapan boleh dirunding sekiranya menginap lebih dari 4 hari.

                  Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pemilik Homestay Mutiara Selayang Cikgu Raja:
                  • Tel : 03 62626710
                  • H/P : 017-6799691 (Raja Baharudin)
                  • Blog : http://homestaycikguraja.blogspot.com
                  • Alamat : No 15, Jalan Mutiara 4/5, Selayang Mutiara, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan



                  7 ulasan:

                  1. Berita baik untuk mereka yang sedap mencari homestay di Selayang, sempena musim cuti sekolah. .

                    BalasPadam
                  2. satu entri yang sangat memberi manfaat, terima kasih kerana berkongsi

                    BalasPadam
                  3. memang nampak menarik je tu..
                    tapi takde keperluan nak ke sana pula

                    BalasPadam
                  4. menarik bro..mana tau ada nak ke sana boleh cari homestay nie

                    BalasPadam
                  5. Ohhhh macam menarik aje..leh try nanti ha..

                    BalasPadam
                  6. homestay murah kuala terengganu.
                    jemput ke
                    http://penginapanaaminin.blogspot.com/2014/11/bilik-penginapan-semurah-rm40-homestay.html

                    BalasPadam
                  7. Mutiara Homestay pun ada di Selayang Mutiara yg sama dgn Cikgu Raja punya. Jemput lah kunjungi http://www.mutiaralodging.blogspot.com
                    Terima kasih. ;-)

                    BalasPadam

                  Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

                  Senarai Blog Rakan2

                  Follower

                  Pembaca Paling Mesra