Khamis, 7 Ogos 2014

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014

with 0 Comment
Berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada Lembaga Peperiksaan MalaysiaTarikh Peperiksaan UPSR 2014 telah ditetapkan iaitu pada 9 hingga 11 September 2014. 



Untuk makluman calon, ibu bapa dan guru-guru... Pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual rasmi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi seluruh negeri di Malaysia


Berikut saya kongsikan jadual waktu peperiksaan tersebut untuk panduan calon sebagai persediaan bagi menghadapi peperiksaan.


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 : Hari Pertama, 9 September 2014


Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 : Hari Kedua, 10 September 2014

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014 : Hari Ke 3, 11 September 2014

Saya harap semua calon peperiksaan UPSR 2014 telah pun bersedia 100% untuk menduduki peperiksaan tersebut.. Maklumlah masa pun dah tak lama lagi. Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk mereka membuat persediaan.

Pada saat-saat akhir macam ini, biasanya para calon perlu didedahkan dengan lebih banyak contoh-contoh soalan peperiksaan UPSR tahun-tahun lepas dan dalam masa yang sama cuba juga cari contoh-contoh soalan tambahan yang dibekalkan oleh guru-guru di sekolah... supaya dapat membiasakan calon menjawab soalan dengan lancar..

Sekiranya ada calon yang berminat untuk mempelajari teknik menjawab Soalan dengan berkesan daripada guru-guru pakar bagi setiap Subjek yang didatangkan Khas oleh Didik Berita Harian, saya syorkan kepada anda untuk menyertai Klinik UPSR Berita Harian yang akan diadakan seperti butiran berikut:

  • Tarikh : 23 & 24 ogos 2014
  • Hari : Sabtu & Ahad
  • Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang
  • Lokasi : Dewan Syarahan Utama, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi salah seorang Urusetia Klinik ini seperti yang terdapat dalam banner di bawah:



Atau anda juga boleh mendapatkan borang penyertaan dengan menghantar email kepada saya menerusi nuargto@gmail.com

Info Berkaitan:






0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra