Sabtu, 12 Julai 2014

Pendaftaran Menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) telah dibuka

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah.. Sekali lagi diberi kepercayaan untuk menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian di Daerah Sabak Bernam, Selangor..

Jadi, ini merupakan kali ke 4 saya terlibat dalam menganjurkan program bersama Didik Berita Harian.. Tahun lepas dapat buat dua program, dan tahun ini nampaknya ada dua program juga setakat ini... Syukur Alhamdulillah...  

Cuma berbezanya... Pada kali ini, Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) tidak lagi dikendalikan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS seperti sebelum-sebelum ini. Sebaliknya dikendalikan oleh Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer, PSIS dengan kerjasama PPD Daerah Sabak Bernam dan Didik Berita Harian.. 



Draft Banner 1 : Klinik UPSR Didik Berita Harian


Bagi saya.. saya tak kisah dengan sesiapapun saya berkerja.. Sebab kita bekerja dalam satu pasukan.. Yang penting masing-masing boleh memberikan komitmen sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan... Asalkan program dapat berjalan lancar, saya ok jer.. ;) 

Draft Banner 2 : Klinik UPSR Didik Berita Harian

Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) akan diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor berdasarkan ketetapan seperti berikut:
  • Tarikh dan Hari :  23 & 24 Ogos 2014  (Sabtu & Ahad)
  • Masa                :  8.00 Pagi - 6.00 Petang
  • Tempat            :  Dewan Syarahan Utama PSIS
  • Yuran Penyertaan : RM130.00/peserta (RM120 bagi peserta yang telah menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian Fasa 1)


Draft Bunting 1 : Klinik UPSR Didik Berita Harian

Dalam klinik ini para peserta akan mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR secara berkesan bagi subjek:
  1. Bahasa Melayu ( Pemahaman & Penulisan)
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains

*Nota : Elemen motivasi diterapkan mengikut subjek


Draft Bunting 2 : Klinik UPSR Didik Berita Harian

Penceramah bagi subjek ini didatangkan khas oleh pihak Berita Harian yang terdiri daripada guru-guru pakar dalam setiap subjek. Klinik Didik UPSR Berita Harian telah berjaya membantu peserta-peserta sebelum ini mendapat keputusan UPSR yang cemerlang, sehingga menjadikan Klinik UPSR ini terus mendapat sambutan di seluruh negara. 

Boleh baca testimoni kejayaan kami sewaktu menganjurkan Klinik UPSR Dan Seminar SPM Didik Berita Harian sebelum ini..

Selain mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan, para peserta klinik ini juga akan mendapat:
  1. Sijil Penyertaan
  2. Kerta Kerja (Diberikan dalam aktiviti yang dijalankan)
  3. Makan dan minum sebanyak 3 kali sehari (Minum Pagi, Makan Tengahari, dan minum petaang)


Tempat adalah terhad untuk 200 Peserta. Pendaftaran dibuka sehingga 10 Ogos 2014





Jadi, apa tunggu lagi.. Jom dapatkan Borang penyertaan sekarang.. Kemudian isi dan hantar kepada kami.. 


Untuk urusan pendaftaran dan sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui no. talian seperti berikut:
  • En. Anuar       : 016-5425547
  • Pn. Rozilailli   : 019-5705988
  • Cik Azrin        : 019-2281435


P/S : Good Luck saya ucapkan kepada para Calon yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR pada hujung bulan Julai ini.. 



0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra