Selasa, 9 Julai 2013

Mendapat Kepercayaan Berita Harian

with 6 comments
Syukur Alhamdulillah...

Baru-baru ini pihak Didik Berita Harian ada menghubungi saya.. Meminta saya menganjurkan Klinik Didik PMR Berita Harian pula....

Terkelu saya dibuatnya... Tak sangka selepas kejayaan menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian pada bulan lepas, kini sampai tawaran baru untuk menganjurkan Klinik PMR pula...



Kalau diikutkan hati, saya tiada masalah menerima pelawaan tersebut... Lagipun Pihak Didik Berita Harian telah menganggap saya sebagai wakil mereka di daerah Sabak Bernam... 

Tetapi buat masa sekarang saya belum biasa mengatakan samada ia ataupun tidak (dah macam bahasa dalam drama Indonesia)... 

Sebelum saya boleh memberi sebarang keputusan, saya perlu berjumpa dengan beberapa pihak berkepentingan di kawasan Daerah Sabak Bernam seperti Pegawai PPD, Pro Politeknik, Pengarah Politeknik, Ketua Jabatan saya dan beberapa pihak yang mempunyai perkaitan samada secara langsung atau tidak langsung dalam program seumpama ini...

Tujuan saya terlibat dalam program bersama Berita Harian ini adalah untuk mempromosikan nama PSIS kepada masyarakat di sekitar Daerah Sabak Bernam khususnya dan di seluruh  Malaysia amnya... 

Mungkin ini sahaja kemampuan yang saya ada setakat ini... Tetapi kita tidak akan berjaya mencapai sesuatu kejayaan yang besar, sekiranya kita tidak memulakan dengan langkah Pertama.. 



Disebabkan kedudukan kami yang agak pedalaman... jauh dari bandar besar.. Saya perlu usahakan sesuatu.. Dan setakat ini, inilah hasilnya...

Dan Inshaa Allah, sekiranya ada rezeki... Mungkin ada hasil yang lebih memberangsangkan lagi selepas ini... 

Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada pihak Didik Berita Harian kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami... Insha Allah, saya akan cuba memberikan jawapannya dalam tempoh masa terdekat ini... Sama ada bersetuju ataupun tidak untuk menganjurkan Klinik PMR Didik Berita Harian... Dalam perancanggannya klinik tersebut akan diadakan pada 31 Ogos dan 1 September 2013 (Waktu orang sibuk mengibarkan berdera Kebangsaan tu)... 

Tunggulah... Kalau ada keluar iklan dekat Surat Khabar nanti, adalah tu... ;)


6 ulasan:

  1. PSIS di hati ku. sayalah salah seorang pioneer PSIS hahaha

    http://www.suterablogger.com

    BalasPadam
  2. Syabas, satu kejayaan yang harus dipuji. harap maju jaya anak bangsa dengan adanya Klinik Klinik PMR Didik Berita Harian Nanti.

    BalasPadam
  3. tahniah atas kepercayaan yang diberikan
    moga berhasil

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..rezeki bulan ramadhan

    BalasPadam
  5. Tahniah bro. semoga bro buat dapat buat keputusan yang terbaik.

    BalasPadam
  6. tahniah. bukan senang tu. hoho

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra