Rabu, 7 Mei 2014

Sekitar Penganjuran Klinik UPSR Didik Berita Harian (fasa 1) 2014

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 19 dan 20 April yang lalu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor sekali lagi diberi kepercayaan untuk menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian.

Klinik UPSR Didik Berita Harian (fasa 1) 2014 di Politeknik Sultan Idris Shah

Program yang diadakan selama 2 hari, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang merupakan CSR PSIS kepada masyarakat setempat, khususnya kepada pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR pada tahun ini. 

PSIS menyediakan perkhidmatan logistik seperti Dewan yang kondusif serta pengangkutan bas secara percuma bagi mengambil pelajar di lokasi sekitar Sabak Bernam dan Sungai Besar. Manakala pihak Berita Harian pula menyediakan bahan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran disamping penceramah yang terdiri daripada guru-guru pakar bagi setiap subjek.

Sebahagian peserta yang menaiki Bas ke PSIS


Encik Sharizan mengiringi pelajar menaiki bas dengan penuh dedikasi

Penyertaan adalah seramai 150 peserta daripada lebih 25 sekolah sekitar Sabak Bernam. Namun begitu, ada juga peserta yang datang dari Kuala Selangor, Kuala Kubu Baru, Kuala Lumpur, Manjung- Perak, Hutan Melintang – Perak dan Teluk Intan – Perak yang turut sama menyertai klinik UPSR ini. 


Para peserta mengesahkan kehadiran ke Klinik UPSR Didik Berita Harian

Cenderamata yang diberikan kepada setiap peserta

Pengisian klinik Fasa 1 ini lebih tertumpa kepada cara belajar berkesan menjelang peperiksaan dan diselitkan dengan elemen motivasi yang diterapkan oleh Guru Cemerlang dalam bidang Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Pihak Berita Harian juga turut membuka Kaunter menjual Buku Soalan Latihan UPSR 2014 
(1 Set : 5 Buku berharga RM 29.90)

Berikut merupakan Tentatif Hari Pertama Program (Sabtu, 19 April 2014)

Tentatif Program Hari Pertama (Sabtu, 19 April 2014)

Guru yang dibawa khas oleh Didik Berita Harian adalah merupakan guru cemerlang dalam bidang masing-masing dan masih menjawat jawatan sebagai guru di sekolah. 

Jom kita lihat karisma guru cemerlang ini sewaktu menyampaikan ilmu kepada para peserta.


Cikgu Sulaiman Samaie - Guru Cemerlang Matematik

Cikgu Yusri Yunus - Guru Cemerlang Bahasa Inggeris

Walaupun sesi Bahasa Inggeris di buat pada waktu petang, tetapi Cikgu Yusri Yunus dapat mengawal kelas supaya para peserta tidak mengantuk.

Saya (berbaju Ungu ) bersama rakan-rakan menikmati minum petang bersama Cikgu Yusri Yunus


Tentatif Program Hari Kedua (Ahad, 20 April 2014)

Tentatif Program Hari Kedua (Ahad, 20 April 2014)

Pengisian Hari Ke tiga dimulakan dengan Slot Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Cikgu Aminuddin Sarmiran (Guru Cemerlang Bahasa Melayu)

Cikgu Aminuddin Sarmiran - Guru Cemerlang Bahasa Melayu

Slot Bahasa Melayu diteruskan sehingga jam 12.30 tengahari. Kemudian pengisian program disambung dengan Majlis Perasmian Penutup Klinik UPSR Didik Berita Harian

Majlis Perasmian Penutup Klinik UPSR Didik Berita Harian 

Majlis perasmian penutup Klinik telah diadakan pada jam 12.30 tengahari dan pihak penganjur telah menjemput wakil Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam bagi merasmikan majlis tersebut. 

Encik Mahathir Johar menggalas tanggungjawab sebagai MC untuk memastikan Majlis perasmian penutup berjalan dengan lancar

Dr. Halim Bin Arifin merangkap Penolong PPD Daerah Sabak Bernam telah sudi merasmikan Majlis Penutup Klinik UPSR Didik BH 2014 diiringi oleh En. Amiruddin bin Mahmud, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik selaku wakil Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah. 

 En. Amiruddin bin Mahmud, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik mewakili pengarah PSIS memberi ucapan semasa majlis Perasmian Penutup

Dr. Halim Bin Arifin merangkap Penolong PPD Daerah Sabak Bernam memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Klinik UPSR Didik BH 2014

Penyampaian Sijil kepada para peserta 

Bergambar Kenangan bersama peserta, AJK, dan tetamu terhormat Klinik UPSR Didik Berita harian 2014

Cikgu Muhamad Ridzuan Abd Mat Lib - Guru Cemerlang Sains
Mengendalikan Slot Sains di sebelah petang.

Kesimpulannya, program ini telah berjaya memberikan pendedahan mengenai teknik belajar berkesan dengan cara yang betul serta pengajaran dan bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar dalam program ini mudah difahami dan sangat menarik. Hasil daripada kerjasama semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung, telah menjadikan program ini sebagai suatu landasan untuk memperolehi keputusan UPSR yang cemerlang kelak. 

Pendedahan berkenaan pengendalian program telah memberi pengalamanan berharga kepada pelajar Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) disamping dapat berbakti kepada masyarakat. Pengalaman ini boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada kemahiran interpersonal pelajar sepanjang bergelar pelajar di PSIS.


Sebahagian daripada pelajar Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) yang turut sama menjayakan program ini

Penggerak Klinik ini adalah terdiri daripada Pensyarah dan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar sepanjang dua hari. 


Encik Ramzan Bin Tohar mempunyai kepakaran dalam mengawal audio, mengambil gambar, menyunting gambar dan Video.. 
Menjadi antara tulang belakang kepada kejayaan program ini

Antara pensyarah yang turut membantu menjayakan program ini

Secara umumnya keenam-enam objektif klnik ini telah tercapai dengan jayanya di mana program ini telah berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Semangat berpasukan yang telah ditunjukkan oleh pelajar KKE (Kelab Kejuruteraan Elektrik) dan Pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dalam menjayakan program tersebut. 

Para peserta menerima Sijil Penyertaan Sebaik sahaja Selesai mengikuti Klinik UPSR Didik Berita Harian

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan klinik ini.


Keratan Akhbar Klinik UPSR Didik Berita Harian

Keratan Akhbar bertarikh 28/4/2014 di Sisipan DIDIK Berita Harian.


Keratan Akhbar bertarikh 5/5/2014 di ruangan Pendidikan Berita Harian.


Berminat Untuk Mengikuti Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2)?

Kepada yang terlepas peluang untuk mengikuti Klinik UPSR Didik Berita harian Fasa 1, anda boleh mengikuti Klinik UPSR Didik Berita Harian Fasa 2, yang akan dianjurkan oleh PSIS pada 23 dan 24 Ogos 2014

Iklan tentang Fasa kedua telah pun keluar dalam ruangan sisipan Didik Berita harian.

Iklan Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2)

Dalam Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2), para peserta akan mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR secara berkesan bagi subjek:
  • Bahasa Melayu ( Pemahaman & Penulisan)
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains

*Nota : Elemen motivasi diterapkan mengikut subjek

Penceramah bagi subjek ini didatangkan khas oleh pihak Berita Harian yang terdiri daripada guru-guru pakar dalam setiap subjek. Klinik Didik UPSR Berita Harian telah berjaya membantu peserta-peserta sebelum ini mendapat keputusan UPSR yang cemerlang, sehingga menjadikan Klinik UPSR ini terus mendapat sambutan di seluruh negara. 

Selain mendapat pendedahan tentang teknik menjawab soalan, para peserta klinik ini juga akan mendapat:
  • Sijil Penyertaan
  • Kerta Kerja (Diberikan dalam aktiviti yang dijalankan)
  • Makan dan minum sebanyak 3 kali sehari

Berminat? Boleh hubungi saya menerusi email : nuargto@gmail.com atau Tel : 016-5425547

Info Berkaitan :

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra