Pada 3 minggu lepas saya berpeluang membawa Haikal dan Adam menyertai Program EZ Math yang diadakan di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam, Selangor.
Program EZ Math ini dianjurkan oleh PIBG Sek. Keb. Parit Baharu, yang membabitkan semua pelajar tahun 5 dan tahun 6.. Ibu-bapa setiap pelajar juga dijemput sama untuk menyertai program ini.. dengan harapan supaya Ibu-bapa dapat mengajar kembali anak-anak mereka setiap teknik yang di pelajari, apabila pulang ke rumah nanti.
Bagi AJK PIBG Sekolah yang terlibat dalam menganjurkan klinik ini, mereka mempunyai keistimewaan.. Iaitu boleh membawa anak-anak mereka menyertai Program ini, walaupun bukan berada di tahun 5 dan tahun 6..
Sebagai salah seorang AJK PIBG sekolah, sudah tentu saya memanfaatkan peluang yang ada sengan sebainya..
Pada hari berlangsungnya program EZ Math tersebut, saya telah membawa dua orang Hero saya iaitu Haikal (Tahun 1) dan Adam (Pra Sekolah, 5 tahun)..
Haikal (Tahun 1) dan Adam (Pra Sekolah, 5 tahun) menyertai Program EZ Math di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam
Antara peserta yang hadir menyertai Program EZ Math
Haikal dan Adam merupakan peserta termuda dalam Program EZ Math kali ini.. Jadi, Haikal telah dijadikan Testimoni oleh Encik Zullaili Harun (penceramah jemputan bagi program ini), untuk menunjukkan keberkesanan teknik penyelesaian masalah ini, walaupun pada pelajar tahun satu..
Encik Zullaili Harun mengajar teknik Tambah menggunakan pendekatan EZ Math kepada Haikal di belakang White Board, manakal para peserta lain diberikan latihan untuk diselesaikan
Beruntung Haikal kerana berpeluang menerima Personal Coaching daripada Encik Zullaili Harun
Haikal terus menyiapkan Latihan Yang diberikan oleh Encik Zullaili Harun di belakang White Board, sementara Encik Zullaili mengendalikan kelas
Haikal tekun menjawab soalan-soalan yang diberikan..
Sementara Haikal menjawab soalan di belakang Whiteboard, Encik Zullaili mengajak para peserta membincangkan jawapan kepada soalan-soalan yang diberikan kepada mereka.
Seumur hidup saya ini merupakan kali pertama saya mengikuti program EZ Math, walaupun secara tidak langsung.. Saya dapati program ini sangat bagus untuk membantu kanak-kanak menguasi matematik.. Terdapat teknik mudah untuk membantu kanak-kanak mengira dengan pantas bagi operasi tambah, tolak, darab dan juga bahagi..
Encik Zullaili menekankan, Program EZ Math ini sebaik-baiknya diberikan kepada para pelajar Tahap Rendah lagi (Tahun 1,2 dan 3).. Ini kerana, sekiranya para pelajar didedahkan dengan teknik pengiraan EZ Math sejak dari awal lagi... dapat memberikan mereka asas yang kukuh, sebagai persediaan untuk menyelesaikan masalah-masalah Matematik yang lebih sukar lagi, semaas belajar pada tahun-tahun berikutnya..
Untuk menguji keberkesanan teknik EZ Math dalam menyelesaikan operasi tambah dan Tolak, sekali lagi Haikal di panggil ke hadapan bersama seorang lagi peserta lain.
Haikal bersama seorang peserta lain di panggil ke hadapan untuk menguji keberkesanan teknik EZ Math
Encik Zaluli memberikan 3 soalan kepada kedua-dua peserta.. Bentuk soalan sama, tetapi nombor berbeza untuk mengelakkan mereka saling meniru ketika mengira dan menulis jawapan.
Haikal dan seorang peserta lain sebuk menyelesaikan soalan Matematik yang diberikan..
Keputusannya.. Haikal (Tahun 1) dan Peserta lain (Tahun 5 atau 6) berjaya menyelesaikan kesemua soalan dengan betul dalam masa yang sama. Ini menunjukkan, pendekatan yang disampaikan dalam menyelesaikan masalah Matematik dapat diikuti dan difahami oleh sesiapa sahaja, termasuk pelajar tahun satu..
Sebelum program ini tamat, sekali lagi Haikal dipanggil ke hadapan untuk membantu Encik Zaluli membuat rumusan tentang apa yang dapat dipelajari oleh para peserta sepanjang separuh hari mengikuti program ini..
Caranya mudah sahaja.. Encik Zaluli menulis soalan-soalan di atas white board dan meminta Haikal menjawab soalan-soalan tersebut, untuk menguji daya ingatan Haikal terhadap teknik yang telah dipelajari..
Haikal menjawab soalan-soalan yang diberikan sebagai rumusan tentang apa yang dapat dipelajari sepanjang mengikuti program ini
Semasa Haikal menjawab, adalah juga salah dan silapnya.. Maklumlah pelajar tahun satu, nak mengira 10-7 pun masih guna jari.. hehehe
Terasa singkat betul masa berlalu.. Rasa belum puas belajar dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.. Walaubagaimanapun Terima kasih saya ucapkan kepada Encik Zullaili Harun kerana sudi mencurahkan ilmu kepada anak-anak SK Parit Baharu di program EZ Math.
Sekiranya ada yang berminat untuk mengikuti Program EZ Math, atau ingin menjemput beliau datang mengajar EZ Math di tempat anda... Anda bolehlah menghubungi Puan Siti di talian : 013-390 3320
Atau anda juga boleh mengunjungi Fanpage EZ Math menerusi pautan berikut: https://www.facebook.com/pages/EZ-Math/141873149203213
Setiap peserta yang mengikuti program EZ Math biasanya akan mendapat sebuah buku Fizikal seperti dalam gambar di bawah dengan bayaran tertentu..
Buku EZ = Math , Azimath Matematik 234 KSSR
========
IKLAN
=========
IKLAN
=========
Teknik Rahsia Matematika Dibangunkan Khas untuk Membantu anda menyelesaikan Operasi Matematik Secara Mudah, Ringkas, Pantas Dan Tepat!
Sumber : Klik Di Sini
Ilmu Yang Unik Dan Genius Ini akan membezakan anda dari rakan-rakan yang lain
30 Teknik Yang Bakal Anda Pelajari Dalam ‘Teknik Rahsia Matematika’:
- Mendarab nombor 3 digit kurang 5 saat, guna otak sahaja!
- Mengira 'naturally' - dari kiri ke kanan
- Kedah termudah menyelesaikan 'Fractions/pecahan'
- Teknik rahsia sifir - tanpa menghafal!
- Kaedah 'common sense' - operasi tolah & tambah!
- Menyelesaikan operasi bahagi - tanpa langkah yang panjang!
- Selesaikan kuasa tiga - dalam masa 3 saat!
- Selesaikan punca kuasa - sehingga 6 digit!
- Mengira peratus - secara mental!
- Bagaimana menyelesaikan algebra - dengan pantas!
- Teknik menyelesaikan operasi tambah tanpa perlu menulis!
- Teknik menyelesaikan operasi tolak dengan hanya mendengar!
- dan banyak lagi teknik-teknik rahsia matematik yang telah berusia 3000 tahun.
Untuk maklumat lanjut, boleh Download secara PERCUMA menerusi pautan berikut:
Info Berkaitan:
Sumber : Klik Di Sini
0 comments:
Catat Ulasan