Jumaat, 13 Jun 2014

Brazil Bakal Menjulang Trofi Piala Dunia 2014?

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pasti ramai yang menonton perlawanan pembukaan World Cup Brazil 2014, di antara pasukan tuan rumah Brazil menentang pasukan Croatia pada jam 4.00 pagi tadi.

Saya tak sempat menonton perlawanan dari awal.. Hanya sempat menonton kira-kira 10 minit terakhir separuh masa pertama.. Pada ketika itu kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1.

Seperti yang dijangka, Pasukan Brazil mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk memenangi perlawanan tersebut.. walaupun menampilkan muka-muka baru yang kurang berpengalaman beraksi dalam pentas Piala Dunia sebelum ini.

Pasukan piala Dunia Brazil 2014



Keputusan penuh perlawanan, menyaksikan pasukan Brazil mengalahkan pasukan Croatia dengan jaringan 3-1.

Keputusan penuh perlawanan Brazil Vs Croatia

2 gol Brazil di jaringkan oleh Neymar pada minit ke 29 dan pada minit ke 71 menerusi jaringan penalti. Manakala Gol "saguhati" tuan rumah dijaringkan oleh Oscar pada minit-minit terakhir perlawanan. 

Satu Gol milik pasukan Croatia berpunca daripada kesilapan pertahanan Brazil (Marcelo) yang tertampan bola hantaran rendah Ivica Olic’s masuk ke gawang gol sendiri.

(Klik Gambar di atas untuk menonton Video Jaringan Sendiri Pemain Pertahanan Brazil, Marcelo)

Hasil tinjauan yang dilakukan oleh sebuah laman web.. Sehingga malam tadi (12 Jun 2014), masih ramai respondan yang memilih pasukan Brazil sebagai Juara Piala Dunia World Cup 2014. Iaitu sebanyak 833 undian (28.36%)  diterima daripada 2,937 orang responden.  


Hasil Tinjauan Pasukan manakah yang bakal memenangi Word Cup 2014?

Kemudian diikuti oleh Pasukan Argentina yang mendapat sebanyak 620 undian (21.1%), Germany 419 Undian (14.27%), Spain 240 Undian (8.17%) dan sebagainya.

Pasukan piala dunia Argentina 2014

Berdasarkan pemerhatian saya, Kedua-dua pasukan gergasi Amerika Selatan ini (Argentina dan Brazil) mempunyai kelebihan dalam World Cup 2014, kerana kejuaraan ini diadakan di benua mereka..  

Walaubagaimanapun, mereka pasti akan mendapat persaingan hebat daripada pasukan-pasukan Eropah yang lain.. Terutamanya pasukan yang mempunyai barisan pemain-pemain berpengalaman beraksi dalam Pentas Piala Dunia sebelum ini seperti pasukan Spain, Germany, Italy dan Netherlands.

P/S : Mari kita sama-sama saksikan kehebatan pasukan yang mempunyai pemain-pemain berpengalaman beraksi dalam pentas piala dunia berbanding pasukan yang menampilkan barisan pemain-pemain baru.

P/S/S : Korang rasa Pasukan mana yang bakal menjulang trofi Piala Dunia 2014?

9 ulasan:

  1. aku pilih pasukan lain
    asal saja bukan brazil
    haha

    BalasPadam
  2. Saya dukung jerman dan Belanda aja deh

    BalasPadam
  3. saya dan suami memang jenis yang tak layan bola sangat..jadi tak adalah terasa sangat kehangatan world cup ni..hihi...

    BalasPadam
  4. dapat gol free bagi lawan brazil pagi tadikan..tak layan pun..dengar radio jer pagi tadi.

    BalasPadam
  5. brazil oh brazil... bola itu bulat sapa sapa je boleh menang

    BalasPadam
  6. tidak..tidak..tidak.. hati saya berkata.. tahun ini Germany punyaa... die mannschaft!!
    muehehe :D

    BalasPadam
  7. bola itu bulat, German tetap pilihan hati...heee

    BalasPadam
  8. Emm argentina brangkali...brazil pun ok gak..dulu spanyol jadi pilihan..haha

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra