Sabtu, 14 Jun 2014

Sepanyol diaibkan Pasukan Belanda 5-1

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pagi ni saya berkesempatan untuk menonton perlawan di antara pasukan Sepanyol menentang pasukan Belanda dalam World Cup Brazil 2014.

Sepanyol merupakan pasukan No. 1 Dunia (Rangking pertama FIFA sebelum bermula World Cup 2014)


Walaupun terlepas untuk mengikuti separuh masa babak pertama perlawanan, tapi sangat berpuas hati berpeluang menonton separuh masa kedua, yang menyaksikan lebih banyak gol dijaringkan oleh pasukan Belanda..

Memang betul kata orang Bola itu bulat... menyebabkan bermacam-macam keputusan perlawanan yang diluar jangkaan boleh berlaku.. Disebabkan bola itu bulat, siapa sangka pasukan Sepanyol yang menjulang World Cup 4 tahun lepas dimalukan oleh pasukan Belanda 5-1... 



Keputusan Penuh Perlawanan :
Belanda Menang 5-1 ke atas pasukan Sepanyol

Ini betul-betul kes balas dendam.. 

Gol pembukaan dihasilkan menerusi sepakan Penalti yang disempurnakan oleh Xabi Alonso. Seperti pertemuan Brazil menentang Croatia, pemberian sepakan Penalti pada kali ini juga dilihat mengundang kontoversi.. Mungkin penglihatan mata pengadil kurang jelas untuk menyaksikan keadaan sebenar yang berlaku dalam kawasan Penalti pasukan Belanda, sehingga menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Sepanyol dan melayangkan kad kuning kepada pemain pasukan Belanda.

Gol Kedua perlawanan dihasilkan menerusi tandukan cantik Robin Van Persie pada minit ke 44. Kelihatan Robin Van Persie begitu bijak mencari ruang bagi melepasi perangkap Offside pasukan Sepanyol untuk menanduk bola hantaran cantik salah seorang pemain Belanda.

Gol ketiga menyaksikan permainan berkelas dunia yang ditunjukkan oleh Arjen Robben pada minit ke 53. Beliau menampan kemas hantaran rakan sepasukan, sebelum mengelecek dua pemain Sepanyol, untuk menumpaskan penjaga gawang Casillas.

Kali ni saya melihat Casillas banyak melakukan kesilapan. Sehingga memberi peluang kepada pasukan Belanda untuk menambahkan lagi 3 gol, menjadikan keputusan penuh perlawanan 5-1. 

Gol ke 3 pasukan Belanda diperolehi menerusi tandukan Stefan De Vrij dalam kotak penalti Sepanyol pada minit ke 64.. Gol keempat berpunca daripada kesilapan Casillas, sebelum bola dirampas oleh Robin Van Persie, untuk merembat masuk ke gawang gol pasukan Sepanyol. 

Gol terakhir perlawanan berpunca daripada larian kencang Arjen Robben merebut bola daripada pertahanan Sepanyol, sebelum mengelecek penjaga gawang Casillas, dan merembat masuk melepasi 2 pertahanan yang cuba menjaga pintu gawang pada minit ke 80. 

Syabas Arjen Robben... Pemain paling berbisa pada perlawanan kali ini. .. Walaupun dah berusia tetapi masih kekal pantas, sentiasa menghasilkan pergerakan-pergerakan menarik, dan percubaan -percubaan berbahaya ke pintu gol pasukan Sepanyol. Sememangnya perlawanan pada kali ini milik beliau.. ;) 

P/S : Adakah kemungkinan sejarah 4 tahun lalu akan berulang? Dimana Sepanyol tewas pada perlawanan pertama kepada pasukan Swirtzeland 1-0 dan kemudian berjaya menjulang trofi Piala Dunia 2010. Bermacam-macam kemungkinan boleh berlaku disebabkan bola itu bulat.  

4 ulasan:

  1. macam-mcam boleh jadi, kita tunggu je lah, bangun balik atau terus tersungkur...

    BalasPadam
  2. Happy Holland menang. Semakin yakin dgn kemampuan LVG utk kendalikan MUFC next season.

    BalasPadam
  3. Emm teruk la kalau ini macam..adoiii...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra