Jumaat, 3 Januari 2014

Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun

with 15 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada kesempatan ini saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 bagi anda yang baru pertama kali mengunjungi blog ini.. Semoga kehadiran tahun baru ini membawa seribu rahmat dalam hidup kita.. In Shaa Allah..

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana terpaksa mengulas isu hangat berkaitan kehadiran tahun Baru 2014.. Dan saya juga memohon maaf sekiranya ada yang merasakan tajuk entri ini agak keterlaluan kerana cuba mengulas isu berkaitan Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun..

Betul ke ada Pelaburan Yang Boleh Memberi Keuntungan Melebihi 2000% Setahun?

Nak tahu jawapannya, kenalah membaca entri ini sehingga tamat... In Shaa Allah anda akan menemui jawapannya.. 




Tahun 2014 merupakan Tahun Barang Naik

Ramai yang kata tahun ini merupakan tahun barang naik..  Bermakna banyak harga barang di tahun ini melonjak naik termasuklah barang keperluan harian disebabkan kenaikan harga bahan mentah seperti minyak, gula, tarif elektrik, kenaikan kadar tol di lebuh raya dan lain-lain

Inilah lumrah keadaan ekonomi pada hari ini.. Asal ada kenaikan harga bahan mentah yang menyebabkan kos perdagangan meningkat, sudah tentu kos sara hidup juga turut meningkat..

Isu ini hampir saban hari menghiasi muka depan akhbar Sinar Harian.. Akhbar yang dilihat cuba membela nasib rakyat dengan mengetengahkan isu kenaikan kos sara hidup untuk perhatian pihak-pihak tertentu..

Sinar Harian : Isu Kenaikan Kos Sara Hidup..

10 tahun dahulu, golongan berpendapatan RM1,500 sebulan masih boleh hidup dalam keadaan selesa.. Tetapi, pada zaman sekarang golongan yang berpendapatan RM1,500-RM3,000 sebulan pun masih tidak mencukupi..

Terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.. Malah ada yang menganggap gaji RM3000 sebulan turut dikategorikan sebagai Miskin di Bandar..


Sinar Harian : Tolonglah Jangan Naik

Ini merupakan satu realiti.. Kalau tak percaya cuba kita buat sedikit kira-kira tentang kos perbelanjaan (minimum) setiap bulan bagi sebuah keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak:

  • Bayar Bil utiliti (tarif elektrik + Air + Astro + Telefon) = RM200
  • Minyak kereta = RM200
  • Bayar pinjaman PTPTN (tempoh 10 tahun) = RM270
  • Susu & lampin pakai Buang = RM50
  • Upah mengasuh anak = (Seorang anak RM200)
  • Sewa/ Ansuran rumah = RM400
  • Makan (RM15 X 30 hari) = RM450
  • Ansuran kereta = RM400
  • Barang Dapur(seperti bawang, susu, gula, sayur, ayam telur dll) = RM300

Jumlah = RM2,470.00

Ini belum lagi termasuk pemberian kepada kedua ibu bapa, Servis Kereta/Motorsikal, Cukai Jalan, Cukai tanah, Cukai Pintu, Belanja Perayaan, Kos Perubatan, Potongan KWSP, Tol dan sebagainya..

Jadi, tidak hairanlah kenapa semakin ramai golongan muda terpaksa menanggung hutang yang besar, walaupun baru sahaja mendirikan rumahtangga..



10 tempat / bandar yang mempunyai kos sara hidup paling mahal di Malaysia

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh The Malaysia Insider, berikut merupakan 10 tempat / bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup..
  • Pulau Pinang (Bahagian Pulau)
  • Bintulu, Sarawak
  • PakaKerteh, Terengganu
  • Miri, Sarawak
  • Kuala Lumpur
  • Kuala Terengganu, Terengganu
  • Kuching, Sarawak
  • Klang
  • Labuan
  • Johor Bahru

Bagi mereka yang tinggal di kasawan ini, mungkin mereka perlu befikir di luar kotak untuk merancang kewangan dengan baik, meningkatkan sumber pendapatan dan menambahkan pelaburan..

Walaubagaimanapun sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan/perniagaan/program kewangan dan seumpamanya, anda perlu berfikir secara rasional.. 

Kaji dahulu pelaburan/perniagaan/program kewangan sebelum menyertainya supaya anda tidak tertipu.. Sebaiknya cari seberapa banyak rujukan daripada sumber-sumber yang boleh anda percayai untuk memastikan ianya sahih dan sah di sisi undang-undang..

Dalam keadaan peningkatan kos sara hidup seperti ini, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan mewujudkan Skim-skim cepat miskin, Skim piramid, Skim binari dan sebagainya..

Semoga anda tidak terpedaya dengan program-program seumpama ini..


Pelaburan Merupakan Langkah Terbaik Untuk Meningkatkan Sumber Pendapatan


Bagi pekerja makan gaji seperti saya, pelaburan merupakan langkah terbaik untuk meningkatkan sumber pendapatan.. 

Terdapat banyak portfolio pelaburan yang boleh kita sertai.. Tetapi sebelum itu kita perlu mengenalpasti modal yang kita ada, dan prestasi sesuatu portfolio pelaburan supaya kita dapat menganggarkan kadar keuntungan yang bakal kita perolehi.. Contohnya seperti berikut:
  • ASB, kadar keuntungan 8-10% setahun
  • Tabung Haji, kadar keuntungan 5-8% setahun (Pilihan wajib untuk umat Islam)
  • Pelaburan saham, kadar keuntungan melebihi 150% setahun
  • Koperasi, kadar keuntungan sekitar 20-40% setahun
  • Emas, kadar keuntungan sekitar 20-30% setahun
  • Pelaburan hartanah, kadar keuntungan 20-50% setahun
  • Pelaburan tanpa modal secara PERCUMA, kadar keuntungan melebihi 2000% setahun

Berdasarkan dalam senarai di atas mana satu portfolio pelaburan yang anda minati?


Berkongsi Pengalaman saya dalam bidang pelaburan?

Saya merupakan seorang penjawat awam yang bertugas sebagai pensyarah di Politeknik..

Tugas Seharian saya di Tempat Kerja.. Sumber : Klik Di Sini

Ini merupakan kad pekerjaan saya.. Sumber : Klik Di Sini

Saya bukanlah seorang pakar pelaburan, tetapi sentiasa berusaha untuk mepelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan pelaburan.. Tujuannya, tak lain tak bukan ialah untuk menambahkan sumber pendapatan, berikutan taras hidup yang semakin meningkat.. 

Antara pelaburan yang telah saya sertai ialah:

1) Pelaburan Hartanah : Homestay


Pelaburan hartanah telah terbukti mampu memberi keuntungan pelaburan yang lumayan.. Tetapi dalam pelaburan hartanah ini kena rajin sedikit untuk menambahkan ilmu pengetahuan, membuat kajian pasaran, meninjau lokasi hartanah, berurusan dengan peguam, berurusan dengan bank, berurusan dengan penyewa/pembeli dan sebagainya..

Sekiranya anda mempunyai masa untuk urusan pelaburan hartanah seperti di atas, barulah anda boleh jadi kaya-raya macam Sifu Rumah Lelong

Kalau nak harapkan anda keluar ke tempat kerja dan urusan anak-anak pada jam 7.00 pagi, kemudian seharian di tempat kerja dan pulang dari tempat kerja sehingga sampai ke rumah dalam pukul 6.30 petang.. Kemudian sibuk dengan urusan keluarga di rumah tanpa sempat membuat kajian pasaran, meninjau lokasi hartanah, dan sebagainya... Peluang anda untuk mendapatkan keuntungan maksimum dalam pelaburan hartanah sudah tentu agak tipis.. Melainkan ada tuah berpihak kepada anda atau anda mempunyai rakan yang dapat membantu anda memberi maklumat-maklumat tertentu yang anda perlukan..

2) Pelaburan Emas

Emas merupakan logam berharga yang sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan.. Biarpun harga emas sekarang ni sedang jatuh, tetapi ianya masih boleh dijadikan sandara pelaburan jangka masa panjang.. 

Ini kerana emas mudah untuk ditukarkan kepada wang tunai sekiranya anda terdesak memerlukan wang untuk tujuan kecemasan atau memerlukan modal segera untuk menambah pelaburan..

Walaupun saya merupakan salah seorang pengedar emas bagi syarikat GSR, tetapi saya tidak pernah pun menjual emas kepada pelanggan.. Tujuan saya menjadi pengedar GSR adalah untuk mendapatkan harga emas yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran , sekiranya saya berkeinginan untuk membeli emas.. 


3) Pelaburan Tabung haji

Pada tahun lepas, Tabung Haji menunjukkan keuntungan yang sangat tinggi.. Sekiranya pada tahun-tahun sebelum ini, para pelabur mendapat pulangan pelaburan sekitar 5% setahun.. Tetapi pada tahun lepas para pelabur tabung haji tersenyum riang apabila menerima pulangan pelaburan sebanyak 8% setahun.. 

Ini menunjukkan ramai masyarakat beragama Islam mula sedar akan kepantingan menabung di Tabung haji..  

Lebih menarik lagi keuntungan ini merupakan keuntungan bersih setelah ditolak zakat simpanan.. Jadi, para pelabur tidak perlu lagi mengeluarkan 2.5% daripada simpanan tabung haji untuk membayar zakat..

Bagi para pelabur yang ada membuat pelaburan puluhan ribu di tabung haji, boleh gunakan keuntungan pelaburan tersebut untuk menunaikan Umrah atau pergi menunaikan haji untuk kali yang ke seterusnya.. 

P/S: Masih lama lagi giliran saya dan isteri untuk menunaikan Fardhu haji di Mekah.. :(


4) Pelaburan Tanpa Modal

Pelaburan yang sangat menarik untuk dibincangkan.. Pelaburan yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja tidak kira anda seorang suri rumah tangga sepenuh masa, seorang pelajar sekolah menengah, lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan, seorang pelajar Universiti, seorang buruh, seorang peniaga, seorang penjawat awam seperti saya, dan sebagainya.. 

Semua orang boleh menyertai pelaburan tanpada modal, disebabkan anda tidak perlu mengeluarkan modal walau satu sen pun untuk menyertai pelaburan ini.. Disebabkan 100% adalah PERCUMA..  

Daripada pelaburan secara PERCUMA ini membolehkan anda mendapat keuntungan melebihi 2000% setahun... PERCAYA atau TIDAK?

Saya mempunyai bukti yang kukuh untuk menarik kepercayaan anda terhadap pelaburan ini..


Keuntungan/Komisyen yang diterima sebanyak RM99.50 pada 8/12/2013

Keuntungan/Komisyen yang diterima sebanyak RM78.80 pada 2/12/2013

Keuntungan/Komisyen yang diterima sebanyak RM74.50 pada 25/11/2013

Keuntungan/Komisyen yang diterima sebanyak RM74.50 pada 5/11/2013

Keuntungan/Komisyen yang diterima sebanyak RM70.00 pada 31/10/2013

dan Banyak lagi... 


Berapa Kos yang perlu saya keluarkan untuk menyertai pelaburan ini?

Tiada sebarang kos yang perlu dikeluarkan.. Disebabkan ianya PERCUMA sahaja.. 

Pelaburan ini tidak memerlukan sebarang modal untuk menyertainya, disebabkan itu, ia telah menjadi antara sumber rezeki utama kepada ramai pekerja makan gaji seperti saya yang berminat untuk menambahkan sumber pendapatan.. Contohnya seperti berikut:


Sumber : Klik Di Sini

Lihat.. Ramai yang telah menjana keuntungan lumayan melalui Pelaburan ini.. Mereka menyertai pelaburan ini tanpa perlu mengeluarkan modal walau satu sen pun.. Kemudian mereka berjaya menjana keuntungan antara RM220.00 (220%) sehingga RM65,875.00 (65875%).. Menarik bukan.. 

Untuk pengetahuan anda Pelaburan Tanpa Modal yang saya kongsikan pada kali ini dikenali sebagai Affiliate.. 

Anda menjadi rakan niaga/egen pemasaran kepada peniaga yang mempunyai laman web, kemudian anda membantu mempromosikan laman web perniagaan mereka, dan anda akan dibayar untuk setiap jualan yang terhasil...

Modal yang perlu anda keluarkan hanyalah sedikit tenaga, idea dan masa untuk tujuan promosi.. 

Banyakke Laman Web yang ada menyediakan program Affiliate?  

Terdapat banyak laman web yang ada menyediakan program affiliate.. Antaranya adalah seperti berikut: 
Terlalu banyak bilanggannya, sehingga tidak termampu untuk saya senaraikan kesemuanya.. 


Dekat mana Saya boleh promosikan link affiliate saya?

Anda boleh promosikan link affiliate yang anda sertai secara PERCUMA melalui : 
  • Blog (Domain Blogspot)
  • Facebook (Akaun Peribadi atau Fanpage)
  • Email 
  • Twitter 
  • dan sebagainya..  
Ada seorang usahawan internet yang saya kenali (Tuan Najib Asadok), berjaya memenangi salah satu cabaran Affiliate, dengan hanya melakukan promosi link affiliate di status facebook peribadi beliau sahaja.. 

Sumber : Klik Di Sini

Ini menunjukkan sesiapa sahaja boleh meneyertai pelaburan Tanpa Modal.. 

Walaupun anda tidak pandai membuat laman web, tidak pandai menghasilkan blog, tidak pandai menulis blog, dan sebagainya.. Tetapi sekiranya anda mempunyai daya usaha yang tinggi, In Shaa Allah anda mampu melakukannya..

Sekian sahaja daripada saya pada kali ini.. Sekiranya anda memerlukan sumber rujukan lain untuk memahami affiliate, saya syorkan anda membaca pada pautan-pautan yang saya senaraikan di bawah:

Semoga entri ini bermanfaat kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk meningkatkan sumber pendapatan, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat pada hari ini.. 

Perkara yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan perkara yang tidak baik itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri sebagai HambaNYA... Walaahualam.. 



15 ulasan:

  1. Nak berjaya kena buat macam-macam kan!!

    Suku je baru terbuat...yang lain plan-plan berakit

    BalasPadam
  2. banyak peluang yang boleh dicuba, pokoknya kena berusaha bersungguh-sungguh.

    BalasPadam
  3. Memang 2014 tahun yg mencabar...

    BalasPadam
  4. ini entri yang terbaik pernah saya baca..tak sangka perkara yang percuma (tak guna duit) dapat juga hasilkan pendapatan yang cukup lumayan..

    Entri Terkini : Hosting Tempatan Rajawali Masih Terbaik

    BalasPadam
  5. dalam senarai komisen diatas tu ada nama saya, hehehe
    http://myrujukan.com/

    BalasPadam
  6. siapa berusaha kena caranya pasti berjaya, kita juga boleh bro... cuma terlambat untuk semua ni hehehe

    BalasPadam
  7. jangan malas hee..kalau malas hasil tak ada guna

    BalasPadam
  8. semua tu memang rajin belaka. hoho

    BalasPadam
  9. Bilakah agaknya saya nak jadi macam diorang ni..hehe

    BalasPadam
  10. Kalau ada lagi yang masih bagi alasan susah nak berjaya, itu sebenarnya malas..entri ni bagus bro. Seronok dibaca.

    BalasPadam
  11. Terbaik! Memang entri ni panjang tapi tak rugi baca sampai habis.

    Terima kasih bro Anuar!

    BalasPadam
  12. Nampak nya aku kena berusaha lebih bijak lagi nih

    BalasPadam
  13. perkongsian terbaik n boleh jadikan panduan

    BalasPadam
  14. bagus banget artikelnya, sangat menarik berbgai pelaburan yang ada. tinggal bagaimana kitamana yang akan diyakini.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra