Selasa, 31 Disember 2013

Senarai Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2013

with 14 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Tinggal sehari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2014.. Biasanya pada ketika ini akan keluarlah bermacam-macam statistik berkaitan dengan pencapaian sepanjang tahun 2013..

Setiap syarikat yang menjalankan perniagaan pastinya turut mengeluarkan statistik kejayaan syarikat mereka sebagai rekod untuk mengukur prestasi pencapaian mereka sepanjang tahun... Dan statistik tersebut akan digunakan untuk merancang lebih banyak kejayaan lagi pada masa akan datang...  

Salah satu statistik yang menarik perhatian saya pada kali ini ialah senarai Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2013.. atau juga dikenali sebagai Top 10 Vendor Tahun 2013 yang telah saya perolehi melalui email bertarikh 30 Disember 2013..  


Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2013

Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2013 (Berserta linknya sekali)

  1. Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah
  2. Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
  3. Samseng FaceBook - Sistem Trafik Percuma Dari FaceBook
  4. Rahsia Emas
  5. Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!
  6. Doktor FB - Software Power Letupkan Jualan Dengan Pantas!
  7. Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!
  8. Bisnes Mainan Versi 2.0- Buat Duit Dengan eBay
  9. 9 Formula Pantas Seru Rezeki
  10. Rahsia Pemasaran Emel

Sebagai sebuah blog yang hanya mengharapkan komisyen affiliate sebagai sumber pendapatan utama, sudah pasti statistik tersebut amat berguna buat diri saya.. 

Apabila membaca senarai di atas, barulah saya tahu produk apa yang mempunyai permintaan terbanyak dalam senarai puluhan produk yang terdapat di laman web Jom Niaga (Ashadee) 

Secara logiknya kita perlu menjual produk yang mempunyai permintaan yang tinggi, barulah boleh menghasilkan jualan yang lumayan.. Inilah yang telah dilakukan oleh Top 10 Affiliate teratas Jom Niaga (Ashadee) pada tahun 2013 seperti dalam senarai di bawah.. 


Senarai Top 10 Affiliate teratas Jom Niaga (Ashadee) pada tahun 2013

Selama setahun saya mempromosikan produk-produk Jom Niaga (Ashadee), saya tak pernah ambil tahu pun tentang produk terbaik Jom Niaga (Ashadee) yang mempunyai permintaan tertinggi..  

Dalam senarai top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2013, saya hanya pernah mempromosikan ebook Rahsia Emas (rank ke 4), Doktor FB - Software Power Letupkan Jualan Dengan Pantas! (Rank ke 6), dan Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda! (Rank ke 7)..

Pada tahun ini saya tak terfikir pun untuk mempromosikan produk Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (menduduki Ranking ke 2), seperti yang pernah saya lakukan secara konsisten pada tahun 2012..  

Produk Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah yang menduduki ranking pertama Jom Niaga pada tahun 2013, langsung tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mempromosikannya.. Nak buat macam mana bukan rezeki saya pada kali ini..

Apabila difikirkan balik, memang rugi sangat-sangat sebab tak tahu nak ambil peluang ini.. Produk Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah memang senang nak dipromosikan.. Sebab tak perlu tunggu orang beli produk baru dapat komisyen seperti produk-produk lain yang saya promosikan.. 

Tah tahu produk apa yang sesuai untuk dipromosikan, mungkin menjadi salah satu penyebab kenapa pendapatan yang saya perolehi melalui laman web Jom Niaga (Ashadee) pada tahun ini, jauh merosot berbanding pada tahun lepas.. 

Daripada menduduki ranking ke 41, jatuh kepada ranking ke 100.. Itupun mujur masih berada dalam senarai ranking top 100.. huhuhu


Tempat ke 100 dalam Cabaran Affiliate Jom Niaga (Ashadee) sepanjang tahun 2013


Pencapaian Cabaran Affiliate Jom Niaga (Ashadee)  Tahun 2013 jauh merosot berbanding Tahun 2012

Apabila keadaan ini berlaku, barulah terfikir nak buat bedah siasat.. Nak mencari kesilapan  dan kelamahan yang telah saya lakukan pada tahun 2013 berbanding pada tahun 2012..


Tempat ke 41 dalam Cabaran Affiliate Jom Niaga (Ashadee) sepanjang tahun 2012

Saya cuba kaitkan pencapaian dalam cabaran Affiliate JomNiaga sepanjang tahun 2012 dengan senarai Top 10 lubuk pendapatan di Jom Niaga pada tahun 2012.. 


Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2012

Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2012 (Berserta linknya sekali)

  1. Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
  2. Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!
  3. Samseng FaceBook - Sistem Trafik Percuma Dari FaceBook
  4. Pakar Produk Digital
  5. Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!
  6. Pakej Sukses Usahawan Internet
  7. JomAffiliate - Free Affiliate Training
  8. Bisnes Mainan - Buat Duit Dengan eBay
  9. Lombong Emas - Rahsia 30k Sebulan
  10. Teknik Forex Sebenar

Pada tahun 2012 saya banyak mempromosikan ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
yang berjaya menduduki ranking pertama, dalam senarai Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2012.. Hasilnya ada beberapa belas komisyen yang berjaya saya perolehi melalui  produk ini.. 

Produk lain yang turut saya promosikan pada tahun 2012 melalui blog Coretan Anuar ialah Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda! (menduduki ranking ke 2) dan Pakej Sukses Usahawan Internet (menduduki ranking ke 6)..  Kedua-duanya turut membantu saya mendapatkan komisyen, dan seterusnya mengukuhkan kedudukan saya dalam senarai top 100 Cabaran Affiliate Jom Niaga pada tahun 2012.. Syukur Alhamdulillah... 


Strategi menyahut Cabaran Affiliate Jom Niaga pada Tahun 2014..

Cabaran Affiliate Jom Niaga pada Tahun 2014 pastinya akan diteruskan lagi.. 

Pada tahun 2014 sudah pasti saya mengharapkan pencapaian yang jauh lebih baik berbanding pencapaian sebelum ini.. 

Untuk itu, saya perlu mengetahui beberapa kekuatan dan kelemahan blog ini.. 

Sehingga kini.. Syukur alhamdulillah, Blog ini mampu menarik pelawat untuk mengunjungi laman web yang dipromosikan.. Buktinya ada ditunjukkan dalam gambar di bawah:

Sumber Rezeki : Klik Di Sini

Tetapi sayangnya, apabila pengunjung melawat laman web yang dipromosikan, tiada jualan terhasil.. Pengunjung yang saya bawa tidak berminat untuk membeli produk dalam laman web yang saya promosikan... 

Selepas saya bertemu dengan Encik Gero Azrul dan Encik Muaz Hadi sewaktu menyertai Himpunan Penulis Blog terbesar di Malaysia, baru saya tahu kenapa keadaan ini berlaku... Berikut saya kongsikan beberapa tips yang dapat saya perolehi daripada dua orang usahawan internet terkenal ini:   
  • Harga Produk yang terlalu mahal - Pengunjung blog saya mungkin exited nak membeli, tetapi apabila melihat harga produk yang dijual terlalu mahal, mereka tidak jadi nak meneruskan hasrat tersebut.
  • Surat jualan yang tidak berjaya menarik perhatian pembeli - Mungkin pengunjung blog saya berasa terkejut dengan isi kandungan surat jualan yang ditulis oleh otai agak berbeza dengan isi kandungan blog ini..  
  • Promosi di blog yang tiada Niche Area berkaitan dengan produk yang dipromosikan - Sekiranya blog yang mempromosikan laman web ini mempunyai niche area berkaitan dengan pelaburan hartanah seperti blog Abang Ensem, Pie2020, Tuan Bri, dan sebagainya mungkin lebih mudah untuk menghasilkan jualan berbanding blog ini..
  • Promosi secara berterusan dengan menulis beberapa entri yang berkaitan dengan laman web/produk yang dipromosikan
  • Dan lain-lain..

Sebenarnya saya rasa terkilan kerana langsung tidak mempromosikan ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal pada tahun 2013.. Ini kerana trafik utama blog ini disumbangkan oleh entri bertajuk Rumah Banglo Satu Tingkat di Batu Gajah Perak..


Sumber Trafik : Klik Di Sini


Pada tahun 2014 ini, saya nak fokus hanya mempromosikan beberapa produk Jom Niaga sahaja.. Antara produk yang telah dikenalpasti untuk dipromosikan adalah seperti berikut:
  1. Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah
  2. Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
  3. Samseng FaceBook - Sistem Trafik Percuma Dari FaceBook
  4. Rahsia Emas
  5. Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!
  6. Doktor FB - Software Power Letupkan Jualan Dengan Pantas!
  7. Robot FaceBook - Hamba Pemasaran Anda!
  8. Bisnes Mainan Versi 2.0- Buat Duit Dengan eBay
  9. 9 Formula Pantas Seru Rezeki
  10. Rahsia Pemasaran Emel
  11. Pakar Produk Digital
  12. Kursus Affiliate
  13. Pakar Affiliate dalam Kitab Teknik SEO Merah jambu
  14. Pakej Sukses Usahawan Internet
  15. Lombong Emas - Rahsia 30k Sebulan
  16. Teknik Forex Sebenar
Cukuplah.. Mempromosikan 16 Produk terbaik Jom Niaga pada tahun 2014.. Diharapkan semoga percaturan saya pada tahun 2014 nanti berhasil... In Shaa Allah.. 

P/S: Kita hanya mampu berusaha yang terbaik mengikut batasan masa dan pengetahuan yang kita ada.. walaubagaimanapun rezeki terletak di tangan Allah S.W.T... 

14 ulasan:

  1. Semoga bro lebih sukses untuk 2014 berbanding tahun 2012, insyaAllah.
    dan terima kasih dengan senarai top 10 ni.

    BalasPadam
  2. Memang hebat juga lah bro ini, Rasa tahun depan nak juga lah buat bisnes mainan hehe

    BalasPadam
  3. Semoga untuk di tahun yang baru esok..lebih baik dan sukses lagi ya bro :)

    BalasPadam
  4. hebat..hebat.... semoga tahun2 mendatang akan lebih hebat lagi... insyaAllah :)

    BalasPadam
  5. cari produk bagus, nilai komisen bagus. harga tinggi, takde masalah. Orang tetap beli jika benda tu diorang rasa berbaloi.

    BalasPadam
  6. Ada dapat emel juga pasal n7, samalah bro, main promosi je produk, ni baru tau ada permintaan tinggi

    BalasPadam
  7. nampaknya saya wajib berguru dengan tuan dalam bidang affialiate ini..terbaik dan terima kasih kerana berkongsikan maklumat ini..

    Entri Terkini : Bermulanya Azam Blogger Tahun 2014

    BalasPadam
  8. sebelum ni puteri pun main promosi je apa yang puteri suka, untuk tahun 2014 kena buat lebih kajian sikit. Good luck kepada bro, semoga terus berjaya :)

    BalasPadam
  9. terima kasih, entri yang membuka minda saya. terlepas pandang tentang perkara ini. perlu setkan matlamat yang jelas untuk letak target buat duit dengan affiliate ni.

    BalasPadam
  10. ciktom xpernah promosi utk top 10 vendor..ok dah tau senang buat kajian..hehe
    sama la ciktom pun jatuh ranking dr 29 ke 60++ kot (last check xtau la kalau lg merundum....hehe...)
    xpe kita teruskan untuk target 2014 ye..

    BalasPadam
  11. Emm nak angan-angan jap la..sekali baca macam nama saya tersenarai gak tu..hehe

    BalasPadam
  12. Terus semangat. Semoga di tahun 2014 ini aktivitas bloggingnya makin lancar dan sukses ...

    BalasPadam
  13. Semuanya top, ayo di 2014 semuanya lebih semangat lagi :)


    Informasi Lowongan CPNS 2014

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra