Jumaat, 20 Disember 2013

10 Entri popular Blog Coretan Anuar - Bulan November 2013

with 16 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak terlewat untuk saya menerbitkan 10 Entri popular Blog Coretan Anuar bagi Bulan November 2013... Sekarang ni dah masuk 20 Disember 2013.. Ini bermaksud, entri ini telah tersimpan dekat 3 minggu dalam senarai Draft blog Coretan Anuar.. 

Baiklah.. Straight to the point.... Berikut disenaraikan 10 Entri popular Blog Coretan Anuar bagi Bulan November 2013, mengikut ranking 1 hingga 10..



Entri ini sangat diminati.. Mungkin pada ketika ini, ramai kakitangan kerajaan yang berminat nak tahu jadual pembayaran gaji kakitangan awam bagi tahun 2014.. Saya mendapat trafik percuma melalui hasil carian Google, Facebook, Busuk.org, dan blogr.my..

Kesannya, entri ini telah tersenarai dalam top 5 artikel paling diminati di blog Coretan Anuar, walaupun belum sampai sebulan ia diterbitkan...;)





Syukur Alhamdulillah... Hobi terbaru isteri saya telah pun mendapat liputan akhbar harian Metro bertarikh 15 Nov 2013.. 

Tak sangka daripada sekadar hobi suka-suka, dan berkongsi setiap design Quilling yang berjaya dihasilkan menerusi facebook... Akhirnya ia menjadi satu kerjaya Part Time kepada isteri saya..   

Lebih menarik lagi, rupanya ada wartawan harian Metro yang membaca blog ini, dan tertarik dengan design-design Quilling yang isteri saya hasilkan.. 

Kesudahannya dengan hanya menemuramah isteri saya menerusi perbualan telefon, telah membantu Puan Aida menyiapkan sebuah artikel untuk menerbitkannya dalam Akhbar Harian Metro... Terima kasih Puan Aida, jasamu akan kami kenang buat selamanya... 



Entri ini pun tak kurang hebatnya... Berani betul Produa Myvi merempuh "harimau" @ Malayan Banking...


Seorang anggota polis sedang mengawal kawasan di mana berlakunya kejadian Produa Myvi merempuh Maybank.. 

Dalam entri ini, saya turut sertakan 9 gambar kejadian, daripada pelbagai sudut yang diambil dengan menggunakan Camera telefon bimbit saya... 

Boleh tahan juga trafik yang masuk ke blog saya sebaik sahaja entri ini diterbitkan... Mungkin mereka tertarik dengan gambar0gambar yang saya ambil, seakan-akan menggunakan camera DSLR... hehehe ;)



Buat pertama kalinya Jabatan Pengajian Politeknik menawarkan permohonan kemasukan ke Politeknik secara datang terus (Walk In)..

Berdasarkan hasil carian di laman web google, Blog Coretan Anuar mampu berada di page pertama untuk keyword ini... Syukur Alhamdulillah.. Rezeki namanya tu... 


Permohonan kemasukan ke Politeknik secara datang terus  melalui hasil carian di laman web Google


Tajuk entri ini agak Hot.. Boleh menimbulkan pelbagai tanda tanya untuk menarik orang ramai untuk membacanya.. Erk.. Apa yang nak saya lepaskan ni?

Kalau nak tahu cerita sebenarnya, anda boleh membacanya, dengan klik di sini



Kegemaran manusia berbeza-beza.. Adakalanya kita suka bila melihat 4 angka yang sama berturutan macam ni.. Tapi bukan semua orang berpeluang untuk melihatnya... Samalah dengan saya... Setakat ini saya belum berpeluang untuk menyaksikan 4 angka berturut-turut terpapar di Fanpage saya... 

Sumber : Klik Di Sini

Lepas ni kena tunggu angka 22,222 pula supaya dapat melihat 5 angka berturutan pula terpapar di fanpage saya... Ini semua penangan Sifu Facebook Ads.. kalau tak, takkan jadi macam ni punya.. ;)

Erk siapa dia Sifu Facebook Ads ni sebenarnya.. kalau nak berkenalan dengan beliau, sila klik di sini  


Syukur Alhamdulillah.. Mestilah seronok kalau saya dapat menang hadiah.. Memang tipu kalau saya kata tak seronok.. ;)

Tapi sayangnya saya tak dapat nak menggunakan hadiah kemenangan, dalam tempoh masa terdekat ini.. Maklumlah saya baru sahaja dapat baby ke 3.. Pakej yang paling dekat pun pergi ke Singapore atau Langkawi.. Kedua-duanya pergi ke Pulau dan melalui perjalanan yang jauh..

Jadi saya bercadang untuk memberikan hadiah tersebut kepada sesiapa yang sudi.. Erk.. Ada sesiapa yang sudi ker? Kalau ada boleh PM dekat Facebook saya.. First Come, First Surve.. ;)


Antara design Quilling yang telah berjaya isteri saya hasilkan.. Setiap tempahan mendapat design yang berbeza... Ini menunjukkan, design tersebut hanya satu.. Istimewa untuk mereka yang menerimanya... ;)

Kalau cari dekat kedai, design kad istimewa macam ni memang susah nak jumpa.. Kalau ada pun, takder yang special, sebab ramai orang boleh mendapatkan design yang sama.. Kalau nak design kad yang special, kenalah cari orang yang pandai buat Quilling, atau kad designer... 



Zaman sekarang ni, ramai orang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain.. 

Tak ketinggalan juga, ada pemaju hartanah yang mengambil kesempatan kepada pembeli.. Walaupun bilangannya tak ramai, tetapi ada pembeli yang dah terkena..

Diharapkan, kita tidak tergolong dalam kalangan pembeli yang teraniaya.. Jadi, sebelum terkena, kita perlu tahu serba sedikit tentang prosedur membeli hartanah di Malaysia, daripada mereka yang lebih arif..


Sekali lagi segmen hobi terbaru isteri saya diminati oleh pengunjung blog Coretan Anuar.. Nampaknya segmen ini telah mempunyai pengikutnya yang tersendiri, termasuk seorang wartawan Akhbar harian Metro.. 

Jadi, isteri saya menyarankan kepada saya, supaya menghasilkan sebuah laman web jualan design-design quilling yang telah beliau hasilkan.. 

Idea menarik.. In Shaa Allah, saya akan cuba membuat sebuah Shopping Chart yang menggunakan domain.my sendiri, kemudian daftar perniagaan, dan akhir sekali memohon geran perniagaan online bernilai RM1000 melalui Program Get Malaysia Business Online (GMBO).. 

Boleh juga saya gunakan wang tunai RM1,000 tersebut untuk membeli bahan dan peralatan membuat Quilling, supaya dapat memudahkan kerja-kerja isteri saya... ;)

Setakat ini sahaja perkongsian 10 Entri popular Blog Coretan Anuar bagi Bulan November 2013... 

Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog ini... ;)

16 ulasan:

  1. Aku terkesima dengan kehebatan SEO tuan tanah. Tunjuk ajar ku sifu!

    BalasPadam
  2. terbaik tuan...tak menyesal pergi coretan anuar..

    BalasPadam
  3. kalau minat menulis tak mustahil ramai orang yang membacanya

    BalasPadam
  4. ada beberapa tak baca lagi post yang sebelumnya.

    BalasPadam
  5. 10 post, 6 dari nya aku dah baca..selebihnya belum lagi..

    BalasPadam
  6. banyak entri femes bro... aku ala2 kadar jer nih.. huhu

    BalasPadam
  7. semua entri SEO tu, pergghhh...

    BalasPadam
  8. hebat2..ciktom dah lama tak take note mana satu entri paling popular..huhu..

    BalasPadam
  9. Pasal gaji-gaji nie...ramai penjawat awam suka membacanya...

    BalasPadam
  10. Bab gaji biasanya memang laju je orang cari...heeee
    tahniah bro.

    BalasPadam
  11. Wah! kalau ikut rangkin dia atas, maybe ramai pembaca blog ni terdiri dari kakitangan gomen ehh..

    BalasPadam
  12. Semua 10 entri hebat2 belaka... semoga utk bulan Disember lebih power lagi.

    Template Baru Untuk Tahun Baru 2014

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra