Isnin, 25 November 2013

Jadual Pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2014

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sebelum ini saya perasan dah ramai blogger yang menulis entri tentang Jadual pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2014..

Tetapi apabila saya membaca entri-entri tersebut, saya agak ragu dengan kesahihan maklumat tersebut disebabkan sebelum ini saya pernah terkena... 

Semasa saya publishkan entri tentang Jadual Pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2013, tiba-tiba terdapat perubahan apabila pekeliling sebenar dikeluarkan oleh jabatan Akauntan Negara... Kelam kabut saya dibuatnya untuk membetulkan keadaan pada ketika itu... 

Ya!! Pengalaman mengajar kita erti dewasa, dan mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan yang serupa... 

Jadi, untuk tahun 2014, setelah yakin dengan maklumat yang diperolehi, dengan ini saya kongsikan Jadual Pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2014 untuk rujukan para penjawat awam di Malaysia..


Berdasarkan jadual Pembayaran gaji kakitangan Awam di atas, terdapat hanya dua bulan sahaja penjawat awam akan mendapat gaji awal.... Iaitu pada bulan Oktober dan Bulan Disember.... Nampaknya tidak banyak perubahan jika hendak dibandingkan dengan Jadual Pembayaran Gaji kakitangan Awam Tahun 2013... 

Selepas ini bolehlah kita sama-sama merancang perbelanjaan bulanan kita untuk tahun 2014... In Shaa Allah... 

8 ulasan:

  1. hoho..download dulu. download dulu jap.

    BalasPadam
  2. kerja kerajaan mesti ambil berat ini port heeee ..kalau tak depa akan rugilah nati

    BalasPadam
  3. Betul sekali, perencanaan keuangan sangat penting. akhir tahun sudah tiba, sebentar lagi datang tahun baru.

    BalasPadam
  4. Bila buat cerita pasal penjawat awam nie kena rujuk pada pekeliling. Pengalaman tu.

    BalasPadam
  5. gaji org gomen satu Malaysia tahu,bila bonus, berapa bonus..tapi kalau org swasta, 8 bulan bonus..senyap jek..heehe

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra