Jumaat, 15 November 2013

Hobi Terbaru Isteri saya Di Akhbar Harian Metro... Syukur Alhamdulillah....

with 25 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

2 hari lepas saya menerima satu sms daripada Puan Aida tentang Hobi Terbaru Isteri saya akan diterbitkan dalam AKhbar Harian Metro pada Hari Jumaat ini.... 

Syukur ALhamdulillah... Rasa gembira mendengar berita tersebut.... Dan tak sabar nak membeli akhbar harian Metro pada hari ini.... ;)

Betul seperti apa yang dikata.... Hobi Terbaru Isteri saya diterbitkan di AKhbar Harian Metro bertarikh 15 Nov 2013... halaman 15 (Majalah Metro)... Syukur Alhamdulillah... 


Hobi Terbaru Isteri saya Di Akhbar Harian Metro

Macamana Hobi Terbaru Isteri saya boleh berada dalam akhbar Harian Metro?

Sebenarnya saya sendiri pun tak sangka, akhirnya segmen Hobi Terbaru Isteri saya betul-betul diterbitkan Di Akhbar Harian Metro... Sebelum ini saya menyangka panggilan telefon yang saya terima, sekadar nak tahu tentang hobi isteri saya... Tak sangka betul, wartawan tersebut benar-benar berminat dengan hobi isteri saya untuk diterbitkan dalam akhbar Harian Metro....... 

Masih segar di ingatan saya tentang satu panggilan telefon yang saya terima daripada individu yang tidak dikenali pada 30 Oktober 2013.... 

Berdebar saya nak jawab panggilan tersebut.... Risau sekiranya ada mana-mana ejen insurans atau kad kredit menghubungi saya untuk mempromosikan perkhidmatan mereka...

Apabila saya mengangkat panggilan tersebut, seorang wanita memberikan salam...

Pemanggil : "Assalamualaikum Encik Anuar, saya Aida dari Harian Metro... Saya dapat nombor telefon encik Anuar melalui blog Encik" ... Inilah antara isi kandungan ayat memperkenalkan diri oleh si pemanggil...

Anuar : "Waalaikumsalam... Ada apa yang boleh saya bantu Cik Aida" Masa tu saya tak tahu status perkahwinan tuan yang empunya diri... Lebih mesra sekiranya saya menggunakan panggilan Cik untuk menarik mood pemanggil terus bercakap dengan saya... 

Pemanggil : "Encik Anuar, saya berminat dengan design Quilling yang isteri encik hasilkan.. Boleh saya bercakap dengan isteri Encik Anuar?"

Anuar : "Isteri saya sekarang ni berada di Kampung... Sedang cuti berpantang melahirkan anak ke 3"..

Pemanggil : "Dekat mana Kampung Encik Anuar?"

Anuar : "Kampung isteri saya dekat Pusing, Perak"

Pemanggil : "Kalau macam tu, Boleh Encik bagi no. Telefon isteri Encik? Saya nak interview isteri Encik melalui panggilan telefon... Lepas tu kalau boleh Encik Anuar emailkan kepada saya gambar-gambar isteri Encik bersama koleksi Quilling yang dihasilkan"

Perasaan gembira mula menerjah dalam minda saya... Siapa tak suka bila ada orang menghargai bakat dan hasil kreativiti isteri saya..

Anuar : "Oklah... Ini nombor telefon isteri saya... *** - *******...  Nanti Cik Aida sms kepada saya email Cik Aida, supaya dapat saya hantar koleksi gambar yang mungkin diperlukan"

Pemanggil : "Ok.. Terima kasih Encik Anuar, nanti saya sms Encik Anuar..."

Anuar : "sama-sama"..

Tidak lama kemudian 2 sms menerjah ke messege Box HP saya... Saya pun cuba sebaik mungkin untuk menghantar maklumat yang dipinta....  Kemudian saya menghubungi isteri saya untuk bersedia, sekiranya beliau mendapat panggilan telefon daripada wartawan... 

7 hari berlalu.... Tiada sesiapa menghubungi isteri saya untuk sesi temuramah melalui panggilan telefon.... 

Pada 6 November 2013, semasa saya berada di UKM mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pertandingan Catur sukan antara staf IPT, saya menerima 1 SMS daripada Cik Aida Harian Metro...

Beliau memaklumkan tidak dapat menghubungi isteri saya setelah beberapa kali panggilan telefon dibuat....

Saya cuba menghubungi isteri saya dikampung... Ternyata betul apa yang dikatakan oleh Cik Aida Harian Metro...

Saya menghubungi ibu mertua saya untuk bercakap dengan isteri saya... Bateri telefon isteri saya habis rupanya sebab dikerjakan oleh dua orang hero saya... hehehe ...

Saya menyuruh isteri cas telefon dan memaklumkan, Puan Aida daripada Harian Metro akan menghubunginya dalam tempoh 30 minit dari sekarang...

Setelah itu saya menghubungi Puan Aida semula dan memaklumkan beliau boleh menghubungi isteri saya dalam tempoh 30 minit dari sekarang...

Syukur Alhamdulillah, mereka berjaya berhubung di antara satu sama lain, dan proses temubual melalui panggilan telefon pun berjalan dengan lancar.... 

Dan susulan daripada kejadian tersebut, telah menyebabkan hobi isteri saya berada di akhbar Harian Metro pada hari ini 15 Nov 2013 di halaman 15 sisipan Majalah Metro..

Syukur Alhamdulillah.... Murah rezeki isteri saya... Semoga beliau lebih kreatif dan lebih berjaya lagi pada masa akan datang... In Shaa Allah....    



Walaupun kami duduk di Sabak Bernam, agak jauh daripada bandar-bandar besar untuk mendapatkan bekalan bagi menghasilkan design Quilling yang berkualiti, tetapi kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan.... 

Tokey Kedai Rika Trading, Sungai Besar ternyata banyak membantu isteri saya untuk mendapatkan bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan design Quilling yang menarik..... 

Kepada yang berminat untuk mencari bahan-bahan Quilling, jangan lupa singgah di Rika Trading Sungai Besar.... Terdapat bahan-bahan dan peralatan-peralatan Quillling yang dijual pada harga borong, yang pastinya jauh lebih murah berbanding harga pasaran.... Tak caya mai lah datang ke Sungai Besar... ;) 

25 ulasan:

  1. Wahh. tahniah yer...seronoknya masuk newspaper

    BalasPadam
  2. Tahniah Encik Anuar. Hobi yang boleh mendapat pendapatan tambahan.

    BalasPadam
  3. alhndlh murah rezki ni bro..iman ingt la.iman k=start bc blog ni dri sblm awk kwin, dah kwin, dapat anak 1 then dah x BW ke sini hari ni BW rupa2nya dah anak 3 hehehe..indah betul perncgnNYA

    BalasPadam
  4. Tahniah Anuar....hasil kerja isteri awak mmg cantik....

    BalasPadam
  5. Terbaik! Tahniah...moga2 makin jauh langkahan seni quilling ni...tahniah bro dan isteri!

    BalasPadam
  6. Tahniah bro. kira iklan besar dan peluang besar ni, insyaAllah rezeki semakin besar nanti.

    BalasPadam
  7. Wow... Tahniah bro... Memang terbaik. N satu lagi contoh, ade pihak yang melawat blog kite...

    BalasPadam
  8. Tahniah...hobi ni pasti mendapat sambutan lebih lagi selepas kisah isteri Anuar keluar paper..
    Jangan lupa framekan keratan paper tu yer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terfikir juga nak Frame kan paper ni... Tapi isteri tak bersetuju... Segan katanya...hehehe

      Padam
  9. Awat x selitkan sekali muka sendiri he...23x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat macamana.... Wartawan yang pilih gambar... Kebanyakan gambar yang disiarkan di ambil dari blog ini...

      Padam
  10. Tahniah!! ada baca ni semalam.. tak tahu pulak wanita tu isteri encik Anuar.. hihi.. kim salam isteri yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... In Shaa Allah, nanti saya sampaikan salam kepada isteri saya...

      Padam
  11. wah tahniah... suami tentu berbangga isteri dpt publisiti & p'hargaan ;)

    quilling yer.. mcm 1st time dgr ;)

    BalasPadam
  12. Hobi kalau kita buat dengan kesungguhan memang berbaloi. Jangan ingat simpan tin sebagai hobi sebagai hobi tin kosong, dalam dunia ni semua benda ada gunanya, Allah dah sebut, tiada yang tidak bermanfaat dijadikan, semua ada manfaat pada manusia, hatta sampah sekalipun.

    Tahniah. Lepas ni lebih ruang rezeki melimpah, in Sha Allah.

    BalasPadam
  13. wah tumpang gembira untuk bro dan isteri...=)

    BalasPadam
  14. dah check paper Metro siang tadi, memang ada berita pasal ni. Wanita dalam gambar tu isteri bro ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... Norsuzana Zakaria adalah isteri saya... Salah satu design Quilling yang terdapat dalam gambar tersebut tertulis nama Assyifatu Naila, iaitu anak ke 3 kami...

      Padam
  15. Tanniah, minat isteri mendapat perhatian akhbar Harian Metro.

    BalasPadam
  16. Wah.. tahniah buat Norsuzana.. dan tahniah jugak buat pemilik blog kerana membawa nama KPM di SUKUM 2013 ;)

    BalasPadam
  17. Selamat ya,,sungguh hobi yang sangat berguna dan bermanfaat.

    BalasPadam
  18. replica bags joy Read Full Article m6p88e4n13 replica bags paypal accepted replica bags prada replica hermes f1s69l5m22 replica bags from korea replica bags in dubai replica gucci bags u9q91s0n84 7a replica bags philippines

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra