Selasa, 9 April 2013

Peluang Mendapatkan RM1,000 secara Percuma melalui GMBO : Terhad kepada 50,000 permohonan terawal

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Dalam Pembetangan Budget 2013, PM (mewakili Kerajaan Malaysia) ada mengumumkan pemberian geran sebanyak RM1,000.00 untuk membantu PKS (perusahaan kecil sederhana) mendapatkan laman web perniagaan.

Jadi, seluruh rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berpeluang untuk mendapatkan RM1,000 secara Percuma tersebut melalui program GMBO (Get Malaysia Business Online) .. Walaubagaimanapun geran ini terhad kepada 50,000 permohonan terawal sahaja dengan budjet keseluruhan yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk program ini sebanyak RM50 juta.. 

Terdapat 6 syarat yang ditetapkan untuk melayakkan anda mendapatkan geran ini.. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
  5. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia mampu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan  di atas.. Jadi lekas bertindak daripada sekarang.. Dapatkan Domain dan Hosting anda untuk melayakkan anda mendapatkan geran perniagaan bernilai RM1,000 tersebut secara PERCUMA.. 

Berdasarkan pembacaan saya menerusi blog-blog dan laman-laman forum, anda boleh mendapatkan domain dan Hosting terbaik di ServerFreak dan NetKL .. 

Sekiranya anda telah memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan di atas, anda boleh melakukan Pendaftaran Program Get Malaysia Business Online dengan (Klik Di Sini)

Untuk maklumat lanjut mengenai geran sila layari laman web SKMM (gmbo.skmm.gov.my), emel gmbo@cmc.gov.my atau hubungi 1-800-88-4040.

Tempoh Permohonan : 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013

Malaysia Web Hosting

KOLEKSI SOALAN DAN JAWAPAN TENTANG GET MALAYSIAN BUSINESS ONLINE

S: Apakah itu Get Malaysian Business Online?
J: Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak.
 
S: Apakah syarat untuk mendapatkan geran Get Malaysian Business Online?
J: Syarat-syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro - jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.
 
S: Bilakah saya boleh mula memohon?
J: Permohonan dibuka bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga peruntukan RM50 juta telah dipenuhi.




S: Bagaimana cara untuk saya memohon?
J: Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
 
S: Bagaimanakah geran diagihkan?
J: Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
 
S: Berapa lamakah masa yang diambil untuk permohonan diproses?
J: Permohonan yang diterima akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
 
S: Apakah sebab permohonan ditolak?
J: Permohonan ditolak disebabkan beberapa faktor:

  1.  Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat;
  2.  Syarat-syarat tidak dipenuhi;
  3.  Permohonan telah dibuat oleh ahli kongsi usahawan/syarikat/perniagaan.

S: Berapa kali permohonan boleh dibuat?
J: Setiap usahawan/syarikat/perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.
 
S: Bagaimanakah pemohon mengetahui bahawa permohonan telah diterima?
J: Akuan penerimaan dan nombor rujukan akan diberikan oleh SKMM setelah borang permohonan telah diisi sepenuhnya dan dihantar.
 
S: Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?
J: Pemohon boleh menyemak status permohonan melalui laman sesawang SKMM melalui nombor kad pengenalan pemohon.
 
S: Adakah terdapat sebarang perjanjian antara usahawan dengan pihak SKMM setelah mendapat dana tersebut?
J: Tiada.
 
S: Adakah terdapat sebarang caj perkhidmatan bagi memohon geran tersebut?
J: Tidak
 
S: Adakah penerima geran perlu melaporkan penggunaan wang RM 1,000 yang diterima kepada SKMM ?
J: Penerima geran tidak perlu menghantar laporan. Pihak SKMM akan membuat pemantauan dan tinjauan berterusan mengenai keberkesanan program.
 
S: Adakah terdapat sebarang bantuan/geran susulan bagi membantu usahawan meneruskan perniagaan?
J: Tiada
 
S: Adakah terdapat sebarang bantuan atau syarat minima bagi membantu usahawan membuka akaun bank?
J: Tiada.
 
S: Adakah geran RM 1,000 ini hanya boleh digunakan untuk pembangunan laman sesawang atau kegunaan lain syarikat?
J: Geran yang diberikan adalah untuk melonjakkan perniagaan atas talian dan tidak terhad kepada pembangunan laman sesawang tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti latihan/kursus, langganan perkhidmatan jalur lebar atau telefon pintar, komputer, langganan perkhidmatan aplikasi perniagaan awan (cloud based business applications) dan sebagainya.
 





S: Adakah usahawan lelaki dibenarkan untuk memohon geran tersebut?
J: Ya.
 
S: Saya adalah usahawan yang memasarkan perkhidmatan dalam talian. Adakah saya layak memohon?
J: Anda layak memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
 
S: Adakah saya layak memohon sekiranya saya hanya memasarkan produk melalui laman blog dan facebook?
J: Anda perlu mempunyai lawan sesawang (.com.my) atau (.my) bagi memasarkan perniagaan anda selain dari laman sosial yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan domain lain seperti .net.my/.org.my/.edu.my.


S: Bagaimana saya boleh mendapatkan Domain laman sesawang tersebut?
J: Anda boleh mendapatkan domain dan Hosting daripada beberapa syarikat yang menawarkan domain dan Hosting terbaik di Malaysia. Diantaranya ialah ServerFreak dan NetKL .
 
S: Adakah geran RM 1,000 tersebut akan dibayar terus kepada saya atau disalurkan kepada pembangun laman sesawang tersebut?
J: Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.



S: Saya mempunyai perniagaan tetapi masih belum berada dalam talian. Bagaimanakah saya hendak mendaftar dan membangunkan laman sesawang perniagaan saya?
J: Pendaftaran laman sesawang boleh dilakukan dengan myDomain Registry melalui bebrapa syarikat yang ada menawarkan perkhidmatan tersebut seperti ServerFreak dan NetKL. manakala pembangunan laman sesawang boleh dilakukan dengan mana-mana agensi atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman sesawang. 


 
S: Perniagaan saya adalah perniagaan pemilikan tunggal. Adakah saya boleh menggunakan akaun bank peribadi bagi memohon geran tersebut?
J: Ya.
 
S: Saya mempunyai syarikat perniagaan tetapi tidak mempunyai akaun bank syarikat. Adakah saya layak mendapatkan geran ini?
J: Ya. Akaun atas nama usahawan boleh digunakan.
 
S: Saya mempunyai 3 buah syarikat. Adakah saya boleh memohon untuk ketiga-tiga syarikat tersebut?
 J: Tidak. Setiap individu/syarikat hanya boleh memohon sekali sahaja.
 
S: Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapakah patut saya ajukan?
J: Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.

S: Adakah pendaftaran secara talian ini akan beroperasi 24 jam?
J: Sistem talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11 malam sehingga 7 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan mengemaskinikan data dapat dilakukan.


Jom beramai-ramai kita mendaftar untuk mengikuti Program Get Malaysia Business Online sekarang juga, dengan Klik Di Sini





8 ulasan:

  1. Yeah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia

    BalasPadam
  2. Dah empat bulan permohonan saya masih dalam proses setiap kali saya check status permohonan. Apa ini semua??????

    BalasPadam
  3. Emm belum ada idea lagi nak jalankan perniagaan apa..dah la habis bulan ni dah..emmm

    BalasPadam
  4. Amanah ikhtiar tolong buat dia dapat rm700

    BalasPadam
  5. Betul tu amanah ambil rm700 n kita hanya dapat rm30 sedangkan cakap tiada caj...kerajaan bagi pada peniaga!!!

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra