Beli IPO GB BOND Hasil Jualan Saham AMBEST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah...
Ada rezeki dapat beli "baby" baru...
#GBBond ..

IPO yang dijangka dapat mengikut jejak langkah AMBEST..
Dari RM0.25 hingga RM1.52


Permohonan Pembelian IPO GB Bond telah diluluskan
Permohonan Pembelian IPO GB Bond telah diluluskan


Saya cuba buat permohonan beli 3500 unit..
dengan kos sebanyak RM875...

Dengan harapan, pertambahan sebanyak 500 sahaja daripada Unit IPO yang pernah saya beli sebelum-sebelum ini (3,000 unit)... boleh lulus semua... 🤭
..
Rupanya kena reject juga 500 unit...
Dapat beli 3000 unit sahaja IPO GB Bond pada kali ini..
..

Beli IPO GB BOND Hasil Jualan Saham AMBEST..

Modal untuk beli IPO GB BOND pada kali ini, saya tak keluarkan duit saya.. 
Saya beli menggunakan hasil jualan Saham AMBEST..

Sebelum ini saya berjaya beli 3,000 unit IPO AMBEST pada harga RM750 dengan nilai IPO pada masa tu RM0.25 seunit.

Kemudian, nilai saham AMBEST meningkat jadi RM1.52 seunit.
Naik 6 kali ganda..

Atas nasihat Personal Assistant (PA) saya, supaya menjual sebahagian saham tersebut, untuk ambil balik modal yang telah dikeluarkan.

Jadi, saya pun juallah 1,000 unit dan berjaya mendapatkan cash sebanyak RM1,520.00. 

1,000 unit Saham AMBEST yang berjaya dijual pada harga RM1.52 seunit
1,000 unit Saham AMBEST yang berjaya dijual pada harga RM1.52 seunit.

Pada mulanya, saya nak beli 3,000 unit sahaja IPO GB BOND pada harga RM750. Tapi, disebabkan nak "test" dengan pertambahan 500 unit.. Boleh berjaya atau tak?

Rupa-rupanya tak berjaya juga..
Cuma berjaya beli 3,000 unit sahaja IPO GB Bond pada kali ini..

Takperlah..
Bersyukur sahaja dengan rezeki yang ada.. 
Mungkin ada rezeki dalam IPO yang lain pula.. 

Sama-samalah kita Doakan semoga bisnes Syarikat ini (GB BOND) berkembang maju.. 
Dan memberikan pulangan yang baik kepada para pelabur...
Aamiin.. 🤲

Sekiranya anda berani nak melabur dalam IPO, boleh mulakan pelaburan anda di platform -> M+ Global iaitu tempat yang sama seperti saya melabur.

Nak tahu kelebihan platform ini berbanding platform lain yang terdapat di pasaran?, boleh klik pada link di atas.

Semoga bermanfaat..
@muhamadanuarmarsib Harga Saham Naik 6 Kali Ganda! .. #Saham #IPO #PelaburanSaham #JomLaburSaham #Pelaburan ♬ original sound - blog Zahin Travel

Catat Ulasan

0 Ulasan