YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail, CEO@PolyCC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dalam Post kali ni saya nak kongsikan Sedikit info tentang seorang tokoh koporat yang dermawan dan banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara iaitu YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail, Pengerusi Emeritus & Penasihat Kehormat, Puncak Niaga Holding Berhad.

YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail, CEO@PolyCC
YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail, CEO@PolyCC

Beliau merupakan seorang Usahawan berwawasan dan pemimpin korporat dengan lebih daripada 35 tahun pengalaman dalam bidang perundangan, perbankan Islam, pembangunan hartanah, kejuruteraan alam sekitar dan pembinaan, pengurusan air dan air sisa, pengurusan kemudahan dan perkebunan. Pengasas PNSB Water Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif PNHB, dengan rekod terulung yang memenangi anugerah  dalam inovasi, perkhidmatan awam, dan infrastruktur lestari. Diiktiraf secara serantau dan antarabangsa kerana kecemerlangan kepimpinan dan sumbangan kepada pembangunan Negara.


Latar Belakang Pendidikan

  • Sarjana Muda Undang-Undang (LL. B), Universiti Malaya, 1981
  • Doktor Falsafah (Kepujian) Kecemerlangan dalam Pengurusan Sumber Air di  The Open International University for Complementary Medicines and Medicina Alternativa Institute, 2004

Latar Belakang Pendidikan
Latar Belakang Pendidikan

Anugerah dan Penghormatan
  • Pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (“JP”) pada tahun 2010 Jaksa Pendamai (JP), bersempena dengan ulang tahun ke-72 Yang di-Pertua Negeri Melaka
  • Dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (“PSM”) oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang membawa gelaran “Tan Sri” pada tahun 2000
  • Dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  (“DSSA”) oleh almarhum Sultan Selangor yang membawa gelaran “Dato” pada tahun 1996
  • Dianugerahkan gelaran Kolonel Kehormat Regimen Jurutera Diraja ke-60  (RAJD) Pakar Bekalan Air – 16 Januari 2009
  • Dianugerahkan gelaran Jeneral Brigadier Kehormat, Komander Regimen  Jurutera Diraja ke-60 (RAJD) Pakar Bekalan Air – 4 Julai 2011

Anugerah dan Penghormatan

Pengalaman Profesional
  • Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) – 1.7.2026 – Kini
  • Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) – 1997– 30.6.2026
  • Pengerusi Eksekutif, TRIplc Berhad (Pengurusan Fasiliti – anak syarikat milik penuh PNHB)
  • Pengerusi Eksekutif, Danum Sinar Sdn Bhd (Perladangan – anak syarikat milik penuh PNHB)
  • Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Construction Sdn Bhd (Pembinaan – anak syarikat milik penuh PNHB)
  • Pengerusi Eksekutif, Puncak Management Services Sdn Bhd (Perkhidmatan – anak syarikat milik penuh PNHB)
  • Naib Pengerusi Eksekutif Bahagian Minyak & Gas PNHB
  • Penasihat Undang-Undang, Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), 1981
  • Penasihat Undang-Undang, Bank Islam Malaysia Berhad, 1983
  • Pengamal Undang-Undang dalam Korporat, Hartanah, undang-undang Perbankan, 1987-1994

Pengalaman Profesional
Pengalaman Profesional



Pencapaian Dalam Bidang Korporat
  • Menyertai Bank Islam (M) Berhad pada tahun 1983. Pelopor dalam mengkonseptualisasikan institusi perbankan Islam pertama di Malaysia.
  • Pengasas Puncak Alam Housing Sdn Bhd, syarikat pemaju yang membangunkan sebuah bandar seluas 3,114 ekar yang dikenali sebagai Bandar Baru Puncak Alam di Daerah Kuala Selangor, di Negeri Selangor. Bandar tersebut kini menampung kira-kira 50,000 penduduk.
  • Menubuhkan firma guaman sendiri, Messrs Rozali & Co, pada tahun 1987 dan beramal sebagai Peguam dan Pengacara selama tujuh tahun, dengan kepakaran dalam undang-undang korporat, hartanah, dan perbankan.
  • Pengasas Puncak Niaga Water, menceburi perniagaan utiliti dan kemudiannya diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurus 29 loji rawatan air untuk seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemudian, diberi kepercayaan untuk membekalkan air terawat kepada 7.5 juta pengguna di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, syarikat juga menguruskan 3 empangan air utama di negeri Selangor. Dengan kepimpinannya, Puncak Niaga telah memperoleh pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa terutamanya dalam industri air dan dikenali sebagai "Pakar Air Malaysia".
  • Puncak Niaga Holdings Berhad, sebuah syarikat pelaburan, telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 8 Julai 1997. Ia adalah syarikat konsesi rawatan dan pembekalan air yang pertama di Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad di bawah garis panduan Syarikat Projek Infrastruktur yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Hari ini, modal pasaran Puncak Niaga berada pada RM122.99 juta dengan jumlah aset sebanyak RM 2.9 bilion dan tanah bernilai RM900 juta.
  • Pencapaian terbesar Puncak Niaga dalam konsesi air adalah pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), yang merupakan loji rawatan air pertama di Asia Tenggara yang menggunakan sistem SCADA (Pengawalan dan Perolehan Data Supervisi) dan sistem ACTIFLO, membekalkan 950 MLD 
  • air bersih. SSP2 juga dilengkapi dengan Makmal Pusat dan berfungsi sebagai rujukan untuk beberapa negara, termasuk Brunei, Korea, Kemboja, China, dan India. Selain itu, Syarikat berjaya membina Loji Rawatan Air Wangsa Maju di tengah-tengah Kuala Lumpur dalam tempoh yang sangat singkat (hanya 6 bulan lebih awal daripada jadual; satu rekod baharu dalam industri  air) semasa krisis air 1998. Loji ini menggunakan kaedah terkini untuk merawat air melalui teknologi Terapung Udara Terlarut (DAF).

Puncak Niaga Holdings Berhad disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 8 Julai 1997
Puncak Niaga Holdings Berhad disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 8 Julai 1997

Wisma Rozali Ismail menjadi lambang kejayaan seorang anak Melayu



 
Penghargaan yang diterima dalam bidang korporat
  • Fellowship Award, Institute of Marketing Malaysia – 2001 (for contributions to Malaysia’s property market)
  • Asia Water Management Excellence Award, Individual Category – 26 March 2002 (by the Regional Institute of Environmental Technology, Asia-level recognition)
  • Ernst & Young Entrepreneur of the Year Nominee – 2002, 2003
  • An honored member of the WHO’s WHO Historical Society – 2003
  • SME Platinum Award, Top Achiever of the Year by the SMI and SME Worldwide Network – 2009
  • Vocational Excellence Service Award 2009 and was inducted as Honorary Rotarian by the Rotary Club – 2009
  • Anugerah Perdana (Kepimpinan) Award by Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) – 2010
  • Ranked as 35th Richest Man in Malaysia by Forbes.com (US, Europe Asia) in 2010
  • Entrepreneur of the Year, APEA – 2011, 2019, 2022
  • Technology CEO of the Year-Global Award by World Finance Magazine – 2011
  • Technology CEO of the Year, World Finance – 2011
  • Special Individual Achievement Category at the 1st Malaysia Achievement Awards – 2012
  • Utility Man of the Year Category by BrandLaureate – 2014-2015
  • Munisaraphoin Medal, awarded by H.E. Hun Sen, Prime Minister of Cambodia – 2015
  • World Leader Businessperson, WORLDCOB – 2016, 2017, 2023
  • Outstanding Leaders in Asia, ACES – 2016, 2021
  • Best Enterprise/Manager of the Year, Academic Union Oxford, United Kingdom – 2024
  • Masterclass CEO of the Year, MEBA – 2024
  • Brand of the Year (Sustainability), BrandLaureate Singapore – 2025
  • The BIZZ America Award and World Leader Businessperson, WORLDCOB – 2025
  • Malaysia’s Nation Building Icon, Pinnacle of Success Award 2025
  • Lifetime Achievement Award, International Business Leadership Recognition Award 2026

Perjalanan Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail
Perjalanan Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail




Pencapaian dalam aspek pembangunan usahawan

Aktif memimpin pelbagai pertubuhan usahawan terutamanya bumiputera dan menyertai pelbagai persatuan badan-badan Kerajaan dan bukan Kerajaan dengan tujuan membangunkan usahawan di Malaysia dengan memberi inspirasi kejayaan di dalam dunia perniagaan. Menyumbang pandangan, motivasi, perkongsian pengalaman malahan dana peribadi kepada pertubuhan dan badanbadan ini, antaranya ialah :-
  • Majlis Perniagaan Malaysia-British
  • Majlis Perniagaan Malaysia-Indonesia, Malaysia-Rusia, dan Malaysia-India
  • Pengerusi Jawatankuasa Industri Politeknik Sultan Idris Shah (2012 - sekarang)
  • Dewan Perdagangan Malaysia
  • Pengerusi, Gabungan Wawasan Generasi Felda Berhad
  • Pengerusi, Majlis Perundingan Ekonomi Melayu
  • Pengerusi, Majlis Perniagaan Bersama IMT-GT (2021–2022) - Memanfaatkan ekonomi Malaysia yang pelbagai dan kukuh untuk memberi faedah kepada anggota IMT-GT, menyumbang kepada pertumbuhan negara-negara anggota lain melalui inisiatif bersama.
  • Gabenor untuk Malaysia, Yayasan Persekutuan Pemasaran Asia Pasifik
  • Penasihat, Institut Pemasaran Malaysia
  • Penasihat, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
  • Pemegang Amanah, Yayasan Kepimpinan Perdana
  • Profesor Adjung Di Fakulti Ekonomi, Perakaunan dan Pengurusan, Universiti Islam Selangor, mulai 1 September 2025 hingga 31 Ogos 2027

Antara Anugerah yang diterima YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail
Antara Anugerah yang diterima YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail


Puncak Niaga Holdings Berhad

Pencapaian dalam bidang Pendidikan

1) Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam bermula pada tahun 2012 yang mendapat pengiktirafan penubuhan dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Melalui pertubuhan ini, beliau telah mengumpulkan ramai pakar-pakar dari pelbagai industry untuk memberi panduan dan motivasi kepada pelajar PSIS sebagai persediaan untuk ke alam pekerjaan. Beliau juga memberi inspirasi kepada pelajar dengan memberi galakan melalui pelbagai anugerah seperti Anugerah Kecemerlangan, menaja hadiah seperti wang dan pakej percutian pelajar bersama keluarga mereka.

Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam




Terdahulu, beliau menyandang pelbagai jawatan di pelbagai institusi Pendidikan seperti berikut:-
2) Pro-Canselor, Universiti Putra Malaysia (Julai 2007– Jun 2015)
3) Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Utara Malaysia (2004–2006)


4) Pengasas Maahad Tahfiz Ismail (MTI)

Pengasas Maahad Tahfiz Ismail (MTI) pada tahun 2016 di atas tanah seluas 36 ekar milik YBhg Tan Sri di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Penubuhan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam (JAIS) bagi pengambilan pelajar lelaki sahaja di peringkat rendah dan menengah.

MTI menawarkan mata pelajaran silibus KPM dan aliran agama. Kapasiti pengambilan pertama seramai 30 orang dan kini telah pun menempatkan seramai 130 orang. Komplek MTI mempunyai banggunan asrama, bilik hafazan, penjabat pentadbiran, pejabat penyelenggaraan, dewan makan pelajar, dewan solat pelajar, perpustakaan, padang dan kediaman untuk tenaga pengajar. Barisan guru-guru adalah yang terbaik dan terpilih mempunyai pengalaman dan tauliah mengajar. Fasiliti dikawal oleh pasukan keselamatan dalaman.



5) Pengasas Maahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK)

Pengasas Maahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK) di Sungai Penchala, Damansara di atas tanah persendirian. Misi utama MTIK adalah untuk menerapkan pendidikan Islam di kalangan anak-anak kecil dengan cara menyediakan konsep pembelajaran yang lebih moden, mudah dan ceria. Anak-anak di sini diberi pendidikan pra-sekolah dengan penekanan asas pendidikan Islam khususnya membaca dan menghafaz Al-Quran, kemahiran Bahasa arab dan adab serta sahsiah harian mengikut garis panduan syariat islamiah. Mereka dibimbing oleh guru-guru “murabbi” yang berpengalaman dan bertauliah dalam bidang pendidikan. MTIK memulakan operasi pada awal tahun 2019, diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE/KPM) untuk pendidikan pra-sekolah dan juga Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pendidikan agama.


Pencapaian dan sumbangan dalam bidang keagamaan dan kemasyarakatan
  • Mewakafkan tanah seluas 9.985 ekar bagi membina Kompleks Masjid di Bandar Puncak Alam yang telah siap sepenuhnya pada 15 Jun 2014. Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 10 Julai 2015, Masjid Puncak Alam merupakan salah satu masjid pengurusan di Negeri Selangor.
  • Menurut senarai rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Masjid Puncak Alam disenaraikan sebagai masjid pengurusan di daerah Kuala Selangor. YBhg Tan Sri telah dilantik sebagai Pengerusi kepada Ahli Lembaga Penasihat dan Pengerusi kepada Ahli Lembaga Tadbir.
  • Masjid ini telah menjadi “Centre of Activities” dan “Center of Excellence”.

Masjid Puncak Alam
 
Keunikan Masjid Puncak Alam :-
  • Terdapat Pelbagai kemudahan untuk kegunaan penduduk tempatan seperti ruang solat yang boleh memuatkan 5,000 jemaah; ruang khas untuk majlis pernikahan lengkap dengan pelamin, dewan serbaguna yang boleh memuatkan 500 orang, ‘marquee tent’ untuk pelbagai majlis keraian atau perkahwinan yang boleh memuatkan 1,000 orang serta 4 ‘holding rooms’, kedai gunting rambut, pusat sumber (library) yang beroperasi setiap hari.
  • Café 5 yang menyediakan jualan pelbagai makanan siang dan malam dan turut menawarkan khidmat catering.
  • Pusat Rawatan Islam yang memberi perkhidmatan rawatan dan bekam secara percuma oleh barisan perawat yang bertauliah dalam bidang rawatan islam.
  • Banyak dewan kuliah untuk qariah menjalankan kelas agama secara berkumpulan.
  • Pusat penyembelihan dilengkapi dengan mesin hidraulik bagi tujuan penyembelihan lengkap dengan setiap keperluan untuk melapah dan mencuci.
  • Masjid Puncak Alam juga dilengkapi dengan Pasukan Keselamatan yang dianggotai oleh 6 orang pengawal keselamatan lantikan dalaman.
  • Barisan pengurusan Masjid Puncak Alam terdiri dari pegawai-pegawai agama yang terpilih berdasarkan latar belakang pendidikan yang cemerlang dalam bidang mereka. Urus tadbir harian dijalankan mengikut SOP dan polisi yang ditetapkan oleh Ahli Lembaga Tadbir.
  • Masjid Puncak Alam juga mengurus tadbir tanah perkuburan seluas 7.15 ekar yang juga diwakafkan oleh YBhg Tan Sri bagi tujuan tanah perkuburan untuk puncak alam. Ianya dibangunkan dan dibiayai sepenuhnya secara persendirian.
  • Masjid Puncak Alam juga menyediakan program berkala dengan golongan mualaf pada setiap minggu bagi memberi Pendidikan agama secara percuma. Kem motivasi turut diadakan secara percuma bagi membimbing saudara baru.
  • Masjid Puncak Alam menjadi sumber utama bantuan kepada golongan asnaf.
    Antara bantuan ialah:-
    i. makanan kering (Food Bank) bernilai RM10,000 sebulan
    ii. sokongan dari segi kewangan
    iii. kelas agama percuma dan
    iv. urusan sunat untuk anak-anak asnaf secara percuma


Setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya berikan tentang YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail. Semoga Tan Sri terus mengecapi kejayaan demi kejayaan, dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan umur supaya dapat terus memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara.

Info berkaitan:


Sedikit info tentang YBhg. Tan Sri Dato' (Dr.) Rozali bin Ismail, Pengerusi Emeritus & Penasihat Kehormat, Puncak Niaga Holding Berhad. .. Beliau merupakan seorang Usahawan berwawasan dan pemimpin korporat dengan lebih daripada 35 tahun pengalaman dalam bidang perundangan, perbankan Islam, pembangunan hartanah, kejuruteraan alam sekitar dan pembinaan, pengurusan air dan air sisa, pengurusan kemudahan dan perkebunan. Pengasas PNSB Water Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif PNHB, dengan rekod terulung yang memenangi anugerah dalam inovasi, perkhidmatan awam, dan infrastruktur lestari. Diiktiraf secara serantau dan antarabangsa kerana kecemerlangan kepimpinan dan sumbangan kepada pembangunan Negara. .. .. Latar Belakang Pendidikan • Sarjana Muda Undang-Undang (LL. B), Universiti Malaya, 1981 • Doktor Falsafah (Kepujian) Kecemerlangan dalam Pengurusan Sumber Air di The Open International University for Complementary Medicines and Medicina Alternativa Institute, 2004 ... Anugerah dan Penghormatan • Pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (“JP”) pada tahun 2010 Jaksa Pendamai (JP), bersempena dengan ulang tahun ke-72 Yang di-Pertua Negeri Melaka • Dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (“PSM”) oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang membawa gelaran “Tan Sri” pada tahun 2000 • Dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (“DSSA”) oleh almarhum Sultan Selangor yang membawa gelaran “Dato” pada tahun 1996 • Dianugerahkan gelaran Kolonel Kehormat Regimen Jurutera Diraja ke-60 (RAJD) Pakar Bekalan Air – 16 Januari 2009 • Dianugerahkan gelaran Jeneral Brigadier Kehormat, Komander Regimen Jurutera Diraja ke-60 (RAJD) Pakar Bekalan Air – 4 Julai 2011 ... Pengalaman Profesional • Pengerusi Emeritus dan Penasihat Kehormat, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) – 1.7.2026 – Kini • Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) – 1997– 30.6.2026 • Pengerusi Eksekutif, TRIplc Berhad (Pengurusan Fasiliti – anak syarikat milik penuh PNHB) • Pengerusi Eksekutif, Danum Sinar Sdn Bhd (Perladangan – anak syarikat milik penuh PNHB) • Pengerusi Eksekutif, Puncak Niaga Construction Sdn Bhd (Pembinaan – anak syarikat milik penuh PNHB) • Pengerusi Eksekutif, Puncak Management Services Sdn Bhd (Perkhidmatan – anak syarikat milik penuh PNHB) • Naib Pengerusi Eksekutif Bahagian Minyak & Gas PNHB • Penasihat Undang-Undang, Lembaga Pembangunan Bandar (UDA), 1981 • Penasihat Undang-Undang, Bank Islam Malaysia Berhad, 1983 • Pengamal Undang-Undang dalam Korporat, Hartanah, undang-undang Perbankan, 1987-1994 .. Pencapaian Dalam Bidang Korporat • Menyertai Bank Islam (M) Berhad pada tahun 1983. Pelopor dalam mengkonseptualisasikan institusi perbankan Islam pertama di Malaysia. • Pengasas Puncak Alam Housing Sdn Bhd, syarikat pemaju yang membangunkan sebuah bandar seluas 3,114 ekar yang dikenali sebagai Bandar Baru Puncak Alam di Daerah Kuala Selangor, di Negeri Selangor. Bandar tersebut kini menampung kira-kira 50,000 penduduk. • Menubuhkan firma guaman sendiri, Messrs Rozali & Co, pada tahun 1987 dan beramal sebagai Peguam dan Pengacara selama tujuh tahun, dengan kepakaran dalam undang-undang korporat, hartanah, dan perbankan. • Pengasas Puncak Niaga Water, menceburi perniagaan utiliti dan kemudiannya diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurus 29 loji rawatan air untuk seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemudian, diberi kepercayaan untuk membekalkan air terawat kepada 7.5 juta pengguna di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain itu, syarikat juga menguruskan 3 empangan air utama di negeri Selangor. Dengan kepimpinannya, Puncak Niaga telah memperoleh pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa terutamanya dalam industri air dan dikenali sebagai "Pakar Air Malaysia". • Puncak Niaga Holdings Berhad, sebuah syarikat pelaburan, telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 8 Julai 1997.

Catat Ulasan

0 Ulasan