Harga Saham Naik 6 Kali Ganda, JUAL atau HOLD?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semalam Saham AMBEST ni naik lagi jadi RM1.52 seunit... 

Harga Saham Naik 6 Kali Ganda
Harga Saham Naik 6 Kali Ganda

Saya beli semasa IPO cuma RM0.25 sahaja....
harga dah naik jadi lebih 6 Kali Ganda dalam tempoh lebih 8 bulan...

Minta ChatGPT Buat kerja sikit
Minta ChatGPT Buat kerja sikit

  • IPO AMBEST: RM0.25
  • Unit dibeli: 3,000 unit
  • Modal: RM750
  • Harga 11 September 2026: RM1.52
  • Nilai semasa: RM4,560
  • Keuntungan atas kertas: RM3,810
  • Kenaikan harga: 6.08 kali ganda
  • Pulangan keuntungan pelaburan : +508%

Analisis oleh ChatGPT

Sebenarnya, analisis keuntungan saham ini semasa pertama kali masuk ke Bursa Saham Malaysia ialah RM0.33 sahaja...

Tak sangka harga saham ni boleh melonjak naik sehingga RM1.52 atau 4.61 kali ganda daripada sasaran kenaikan harga Saham ni..

Kenaikan 4.61 kali ganda dari sasaran sebenar
Kenaikan 4.61 kali ganda dari sasaran sebenar

Cuma persoalannya sekarang...
nak Terus simpan Dan mengharap kan saham ni akan naik lagi?
atau nak jual? dan menikmati keuntungan 6 kali ganda tersebut...
..
Sudahnya, tanya ChatGPT supaya dapat bantu..
..
ChatGPT pula, bagi 4 strategi.. 😅


 
4 Strategi yang Dicadangkan oleh CHATGPT 


🟢 Strategi 1 — Hold 3,000 unit
Jika percaya fundamental AMBEST masih mempunyai upside.
 

🟡 Strategi 2 — Ambil modal
Jual sebahagian saham untuk mendapatkan kembali kira-kira RM750.
Baki saham = “house money” secara psikologi, walaupun secara teknikal ia tetap modal pelaburan.

 
🟠 Strategi 3 — Partial Profit Taking
Contohnya jual 20%, 30% atau 50%.
Kemudian biarkan baki berjalan.

 
🔴 Strategi 4 — Exit
Jika fundamental/valuation menunjukkan harga sudah terlalu jauh mendahului prestasi syarikat.

Setakat ini saya belum membuat sebarang keputusan.
Tapi, antara 4 strategi tersebut, saya lebih tertarik dengan strategi ke 2..

Ambil modal RM750...
Dan duit yang tinggal dalam saham tu adalah keuntungan..
Bukan lagi duit saya...
..
Kalau duit tu berkembang Alhamdulillah...
Kalau duit tu rugi pun, tak terasa rugi.. 

Saya rasa setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini..
 

Sekiranya anda berminat nak melabur dalam pasaran saham, sebagai pelatform alternatif untuk mendapatkan keuntungan Pelaburan yang lebih banyak berbanding ASB...  Jemputlah daftar akaun CDM di platform -> M+ Global 

Semoga bermanfaat..
@muhamadanuarmarsib Harga Saham Naik 6 Kali Ganda! .. #Saham #IPO #PelaburanSaham #JomLaburSaham #Pelaburan ♬ original sound - blog Zahin Travel

Catat Ulasan

0 Ulasan