Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah...
Pada 10 Disember 2025 yang lalu saya telah mendapat hadiah sebagai pengguna BookDoc terbaik dalam satu program Kecergasan yang telah saya sertai.
Disebabkan aplikasi BookDoc ini merupakan aplikasi yang dicadangkan oleh KKM...
Dan saya sendiri telah pun mendapat manfaat melalui aplikasi ini..
![]() |
| Pertama kali menggunakan Aplikasi BookDoc pada bulan Jun 2025 (6,238 Purata langkah sehari), dapat Tier : Silver |
![]() |
| Bulan Julai 2025 (14,938 Purata langkah sehari), dapat Tier : Gold |
![]() |
| Bulan Ogos 2025 (20,101 Purata langkah sehari), dapat Tier : Gold |
![]() |
| Bulan September 2025 (16,825 Purata langkah sehari), dapat Tier : Platinum (Gold 3 bulan berturut-turut) |
![]() |
| Bulan Oktober 2025 (10,165 Purata langkah sehari), dapat Tier : Platinum (Gold 3 bulan berturut-turut) |
![]() |
| Bulan November 2025 (10,312 Purata langkah sehari), dapat Tier : Platinum (Gold 3 bulan berturut-turut) |
![]() |
| Bulan Disember 2025 (10,706 Purata langkah sehari), dapat Tier : Platinum (Gold 3 bulan berturut-turut) |
Jadi, selepas 7 bulan menjadi pengguna aplikasi BookDoc, saya rasa terpanggil untuk mengajak Sahabat-sahabat semua untuk turut sama menjadi pengguna aplikasi ini.
Antara manfaat yang boleh diperolehi daripada aplikasi BookDoc ini ialah :
1) Boleh Mengumpul Step Setiap Hari Dengan Kos Percuma
Kita dapat mengumpul bilangan langkah perjalanan kaki kita setiap hari, secara tidak langsung kita dapat mengira berapa kalori badan kita yang telah terbakar sepanjang tempoh sehari... Tanpa perlu keluarkan modal untuk membeli smart watch.. gunakan Handphone sedia ada sahaja (jimat kos).
Caranya ialah, anda hanya perlu install 2 aplikasi dalam Smartphone anda iaitu:
- Google Fit (Percuma)
- Aplikasi BookDoc (percuma)
2) Step yang anda kumpul, akan dikira Dan akan diberikan pengiktirafan dalam bentuk Tier
Terdapat 4 jenis Tier yang terdapat dalam aplikasi Bookdoc iaitu:
- Bronze (average 3K Steps sehari)
- Silver (average 6K Steps sehari)
- Gold (average 10K Steps sehari)
- Platinum (3 bulan berturut-turut Gold)
Syujur Alhamdulillah dah 4 bulan berturut-turut saya berjaya mengekalkan tier Platinum. Diharap sepanjang tahun 2026 nanti pun saya berjaya kekalkan rekod platinum pada setiap bulan.
3) Sebab apa saya nak kekalkan pencapaian tier platinum?
Dalam aplikasi BookDoc ada syarikat-syarikat yang menyediakan reward mengikut pencapaian kita.. lebih tinggi pencapaian kita, lebih Besar reward yang diberikan oleh sesetengah syarikat.
Sebagai contoh :
- Aquaria KLCC bagi diskaun sehingga 50% (untuk tier Platinum)
- KLIA Express bagi diskaun RM12 (untuk tier Platinum)
- Sebelum ni ada Voucher RM200 untuk pembelian kasut jenama Reebok (mungkin offer tersebut dah habis, tak sempat saya nak claim) 🤣
- dan lain-lain
Nak tengok contoh-contoh reward yang ada setakat ini, boleh tengok dekat Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah.
4) Merupakan platform kesihatan
Kelebihan lain aplikasi BookDoc ialah ia adalah platform kesihatan sehenti yang dapat memudahkan anda untuk mencari, menempah temujanji doktor (termasuk pakar, pergigian, TCM, fisioterapi) secara dalam talian, menawarkan telekonsultasi untuk kesihatan digital, serta turut menyediakan berita & acara kesihatan terkini.
Pada pendapat peribadi saya, aplikasi BookDoc ini memang sangat menarik.
Jadi, bila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan penggunaan aplikasi ini kepada rakyat Malaysia.. ia merupakan satu pilihan yang tepat.
Jadi, bila pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan penggunaan aplikasi ini kepada rakyat Malaysia.. ia merupakan satu pilihan yang tepat.
Sekiranya anda berminat nak menggunakan aplikasi bookdoc secara percuma, boleh muat turun aplikasi Bookdoc dan Google Fit dalam Play store (Android) atau App store (Iphone)..
Kemudian semasa nak daftar ke dalam sistem, jangan lupa masukkan Refferel kod di bawah :
BD6AB00A63
Semoga bermanfaat..
Info berkaitan:
- 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐈 𝐅𝐢𝐭 𝐀𝐧𝐝 𝐄𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 (𝐈𝐅𝐢𝐭𝐄𝐫) 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐨𝐥𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐞𝐥𝐥𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐇𝐮𝐛 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐡.
- Kurangkan gula dalam Minuman, Lebihkan manis dalam senyuman 😄
- 3 Berita 'menarik' minggu ini..
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 96-101)
- 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 91-95)
- Rahsia Turun 45KG dalam masa 3 bulan
- Mereka Kata Saya Gemuk.... Betul ker?
















4 Ulasan
Dapat points untuk berjalan sahaja?
BalasPadamKumpul step untuk pastikan kita berada di tier berapa?
PadamPeratus diskaun yang diberikan oleh syarikat-syarikat berdasarkan tier..
As any watch enthusiast link knows, shopping doesn't link always have to mean "buying." In the case of the new Maison F.P. Journe, there aren't any watches to buy anyway, so it's a perfect place to grab a drink at Bar Journe, the 10-seat rare spirits bar, and think about what it would be link like to buy a Chronomètre Bleu at retail.
BalasPadamAlbaker Loans menawarkan pinjaman bank dari 5,000 hingga 50,000 euro, yang mana kami membiayai projek Bologna dari 50,000 hingga 300,000 euro setiap tahun untuk setiap orang atau hari Khamis yang memerlukan pinjaman. Wang untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan mereka.
BalasPadamJika anda memerlukan bantuan, beritahu kami berapa banyak yang anda perlukan dan mungkin tempoh pembayaran balik. Kredit pantas dan pembayaran tekanan yang tidak berkesudahan. Emel Tzahim: albakerloanfirm@gmail.com
WhatsApp +13075431042