𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐈 𝐅𝐢𝐭 𝐀𝐧𝐝 𝐄𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 (𝐈𝐅𝐢𝐭𝐄𝐫) 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐨𝐥𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐞𝐥𝐥𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐇𝐮𝐛 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐡

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah semalam (10 Disember 2025) telah selesai 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐯𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐈 𝐅𝐢𝐭 𝐀𝐧𝐝 𝐄𝐚𝐭 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 (𝐈𝐅𝐢𝐭𝐄𝐫) 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐨𝐥𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐖𝐞𝐥𝐥𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐇𝐮𝐛 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐒𝐡𝐚𝐡.

🗓 10 Disember 2025 (Rabu) 
🕗 2.30 petang
📍 Dewan Banquet, Politeknik Sultan Idris Shah

Peserta Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025 bergambar kenangan dengan VIP 

Program yang telah berlangsung selama lebih kurang 29 minggu, bermula dari 17 April hingga 6 November 2025 ini bagi pendapat saya secara peribadi memang berbaloi untuk disertai.

Bukti Penyertaan Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025

Saya kongsikan gambar-gambar dan sedikit info tentang pengisian Majlis Penutup bagi Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025

Majlis Penutup Program IFitEr Sesi 2/2025 dimulai dengan bacaan Doa oleh Ustaz Al-Fadil Haji Mohd Farid Bin Dawam

Kemudian diteruskan dengan kata-kata aluan oleh Tuan Haji Zainuddin Bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik PSIS

View dari meja utama ketika Tuan TPA sedang memberikan ucapan

Ucapan Perasmian disempurnakan oleh Dr Aniza Binti Miswan, Pegawai Perubatan UD14, Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam

Seterusnya sesi Penyampaian Hadiah kepada para pemenang

Inilah dia senarai yang hadiah yang disediakan untuk para pemenang. Banyak kan?

Berikut merupakan para pemenang Utama bagi Program IFITER WHSB Sesi 2/2025 :
  • 🥇𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚: 𝐄𝐧. 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐫𝐢𝐟 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐀𝐫𝐬𝐡𝐚𝐝.
  • 🥈𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐄𝐧. 𝐒𝐮𝐡𝐚𝐫𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐂𝐡𝐞 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝.
  • 🥉𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚: 𝐏𝐧. 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢𝐳𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐉𝐚𝐦𝐢𝐥.

Pemenang tempat Pertama : En Muhammad Arif Bin Mohd Arshad dengan penurunan Berat badan melebih 7kg 

Pemenang tempat Kedua : En Suhardi Bin Che Ahmad dengan penurunan Berat badan melebih 5kg

Pemenang tempat Ketiga : Pn Sharizan Binti Abdul Jamil dengan penurunan Berat badan melebih 4kg

Antara senarai Pemenang bagi Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga ianya menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk sama-sama berusaha untuk kekal sihat dan aktif.

Walaupun saya tak berjaya menang hadiah top 3...
Cuma berjaya dapat hadiah untuk beberapa kategori sahaja... 
Namun, rasa sangat berbaloi join program ini... 

Nak tahu tak, Sebab apa?
Sebelum tu.... jom saya belanja dulu gambar-gambar hadiah yang telah saya menangi.. ;)

Sijil dan hadiah penghargaan kerana berjaya memberi komitmen dalam program ini (GOT)

Hadiah dapat beri komitmen dalam cabaran 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐯@𝐖𝐨𝐫𝐤 𝐂𝐡𝐚𝐥𝐥𝐞𝐧𝐠𝐞 𝟐𝟎𝟐5 - Perkeso

Hadiah dalam cabaran BookDoc Terbaik

Hadiah dalam cabaran Step paling banyak sepanjang tempoh program berlangsung

Senarai hadiah yang berjaya saya perolehi pada kali ini.

Melalui program ini boleh menjadikan badan kita lebih sihat dan lebih cergas..
Dan In Shaa Allah, bersekali dengan pakej lebih Cerdas.

17 April Berat 67kg, BMI 25.1
(Sebenarnya, masa ni hari terakhir saya puasa sunat syawal 6. Berat badan saya dah turun 3kg berbanding sebelum saya puasa sunat 6)       

 21 Ogos Berat 65kg, BMI 24.5
        
6 November 2025 Berat 65.6kg, BMI 24.5

Analisis keseluruhan tentang kesihatan diri saya selepas selesai mengikuti program ini..

Syukur Alhamdulillah.. Telah selesai program ini..


Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta👏.

Semoga semua peserta terus kekal mengamalkan cara hidup sihat dan aktif, dan berjaya mencapai BMI yang ideal. 


Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua fasilitator dan Sukarelawan Wellness Hub Sabak Bernam dan semua pihak termasuk Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf yang menjayakan program ini💐.

Terutamanya kepada: 

Coach Syuhada 
Coach Bella

Cik Rashidah Binti Arshad
Pegawai Pendidikan Kesihatan
Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam

Dr Aniza Binti Miswan
Pegawai Perubatan UD14
Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam

dan semua  fasilitator dan Sukarelawan Wellness Hub Sabak Bernam..

Terima kasih banyak-banyak..

Boleh tengok aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah atau akan mereka anjurkan di facebook berikut:

Jom support page mereka..
Follow dan like tanda memberi sokongan kepada usaha mereka untuk memastikan Masyarakat di sekitar daerah Sabak Bernam berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.

Penghargaan daripada PSIS kepada Dr Aniza Binti Miswan

Penghargaan daripada PSIS kepada Cik Rashidah Binti Arshad

Simbolik rakan Kolaborasi di antara Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf PSIS dengan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam 

Gambar kenangan para peserta bersama dengan AJK, fasilitator dan Sukarelawan Wellness Hub Sabak Bernam 

In Shaa Allah..
Walaupun Program Intervensi Pengurusan Berat Badan I Fit And Eat Right (IFitEr) Sesi 2/2025 dah berakhir..
Tapi semangat yang diperolehi Dari program WELL/IFitEr ini akan diteruskan..

Terima kasih Coach Syuhada, Cik Rashidah Dan team Wellness Hub Sabak Bernam di atas komitmen  yang diberikan dalam penganjuran program ini..
Dan terima kasih juga di atas hadiah yang diberikan..

Catat Ulasan

0 Ulasan