101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg (Tips 91-95)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Alhamdulillah...
Banyak pengalaman berharga yang telah saya perolehi sepanjang 29 minggu menyertai program tersebut (17 April - 6 November 2025).

Baiklah, kita sambung lagi dalam siri 101 Tips Diet “Setiap hari” Untuk Menghilangkan 5 kg. Kali ini kita bersambung dengan Tip yang ke 91 hingga Tip yang ke 95.


Tip Diet ke 91.

Sertailah kelas tarian/Zumba/Senamrobik dan lain-lain yang hampir sama..

Menari adalah satu cara yang menghiburkan untuk membakar kalori yang berlebihan.

Apabila anda menari, badan anda sebenarnya membakar kalori. Kita tidak merujuk kepada tarian yang perlahan, yang mana penari berkenaan sebenarnya bersandar kepada pasangannya untuk menyokong posisinya. Saya merujuk kepada jenis tarian yang pantas.

Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengikuti kelas tarian kerana di sana anda akan diajar langkah – langkah tertentu.

Contoh "kelas tarian" yang boleh anda sertai 

Contoh "kelas tarian" yang boleh anda sertai 



Tip Diet ke 92.

Jika terdapat kolam renang berdekatan dengan kediaman anda, pergilah berenang sekerap yang boleh kerana ia merupakan salah satu senaman yang terbaik bagi anda.

Air mempunyai banyak keistimewaannya.

Berendam dalam kolam yang sejuk juga sebenarnya boleh menghilangkan tekanan.

Berenang yer.. Bukan "Kuak lentang" macam ni.. ;) 


Tip Diet ke 93.

Bagi yang beragama Islam, boleh amalkan berpuasa sunat dalam tempoh lebih kurang seminggu berturut-turut dengan syarat, jangan buat persediaan untuk berbuka puasa.

Maksud saya, berbuka puasa dengan ala kadar sahaja seperti minum 2 atau 3 gelas air berserta dengan makan kurma atau makanan yang ringkas sekadar untuk mengisi perut

Makanan berat cuma makan ketika menikmati makan malam bersama keluarga dan ketika bangun pagi untuk bersahur sahaja.

Contoh, puasa sunat panjang yang boleh anda amalkan ialah ketika :
  • Puasa sunat 6 di bulan Syawal (Boleh dilaksanakan antara 2 syawal hingga 30 syawal)
  • Puasa Sunat Zulhijjah (1-7 Zulhijjah) dan boleh disambung dengan 2 lagi puasa iaitu.. 
  • Puasa Sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah): Hari sebelum Arafah, disunatkan puasa. 
  • Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah): Paling afdal bagi yang tidak haji, menghapus dosa setahun lalu & akan datang. 

Anda boleh cuba laksanakan ini. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ia memang berhasil dapat membantu menurunkan berat badan sehingga 5kg.

I sama sekali berbeza ketika kita menjalani ibadah berpuasa Wajib di bulan Ramadhan.

Ramai orang naik berat badan selepas selesai berpuasa di bulan Ramadhan (termasuk saya), disebabkan tidak tahan dengan godaan makanan demi makanan yang terdapat di Bazar Ramadhan.

Kadang tu kalau kita tak beli makanan, isteri dan anak-anak pula yang beli makanan. Keinginan mereka untuk membeli makanan di bazar Ramadhan terlalu tinggi, dan bila makanan tu tak habis disebabkan masing-masing dah kekenyangan, para suami yang akan 'menyelesaikan' makanan-makanan tersebut untuk mengelakkan pembaziran. 
Itu belum lagi termasuk makan semasa Moreh di Surau/Masjid. ;)

Sebab tu, jarang ada lelaki boleh turunkan berat badan semasa berpuasa di bulan Ramadhan. 
Tetapi, In Shaa Allah, boleh turunkan berat badan semasa melaksanakan puasa-puasa sunat! 


Tip Diet ke 94.

Cuba bersukan dengan bermain ping-pong atau bola keranjang. Bersukan adalah cara yang paling seronok dalam usaha mengurangkan berat badan.

Satu perkara yang sangat baik tentang bersukan adalah ia akan menjadikan anda ketagih akan sukan tersebut.

Apabila anda mula bersukan, anda akan mula mempunyai kawan sepermainan dan aktiviti ini akan berterusan tanpa anda menyedarinya.

Ini merupakan satu aktiviti yang anda boleh pertimbangkan dan tiada tekanan dalam program seumpama ini.

Pada dasarnya, semakin banyak anda bermain semakin kurang anda memikirkan bahawa ianya merupakan sebahagian daripada program pengurangan berat anda.

Ini juga dapat menambahkan bilangan rakan-rakan sosial anda disamping membuang kalori yang berlebihan.

Berehat selepas bersukan ;)

Tip Diet ke 95.

Sebelum memulakan senaman, mulakan dengan pemanasan badan selama 5 hingga 10 minit, begitu juga selepas anda melakukan senaman. Ini melibatkan apa jua jenis senaman yang anda ingin lakukan, anda mesti melakukan pemanasan badan dahulu.

Jangan sesekali terus terjun ke dalam air dan berenang ke hulu dan ke hilir.

Badan anda memerlukan suatu tahap untuk menyesuaikan diri sebelum bersedia melakukan senaman.

Tahap persediaan dan penyesuaian ini hanya dapat dicapai dengan melakukan pemanasan badan.


Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat.


Info berkaitan:

Catat Ulasan

0 Ulasan