3 Berita 'menarik' minggu ini..

Assalamualaikum &dan Salam Sejatera..

Minggu ini saya perasan ada 3 berita kewangan dan gaya hidup yang agak menarik. Saja saya nak kongsikan dengan anda secara santai, manalah tahu anda terlepas pandang.


1. Ringgit Kita Semakin 'kuat'

Perasan tak nilai mata wang kita makin mengukuh sekarang?

Tadi saya saja semak kadar tukaran wang, 1 USD sekarang dah bermain sekitar RM4.08. Malah, yang paling melegakan, 1 Saudi Riyal pun dah turun ke kadar RM1.09.

1 Saudi Riyal bersamaan RM1.09
1 Saudi Riyal bersamaan RM1.09

Berita baik ni untuk anda yang memang tengah plan nak bawa famili menunaikan Umrah waktu cuti sekolah ini. Bila Ringgit kukuh, purchasing power kita di sana jadi lebih besar. Jimatlah sikit kos belanja hangus nanti.

Alang-alang sebut pasal penjimatan ke Tanah Suci ni, kalau anda nak belajar cara urus dan buat Umrah sendiri (DIY) supaya lebih jimat dan fleksibel, saya rekemen anda baca panduan ini:



2. Dividen ASB 5.75 Sen

Berita kedua, PNB baru sahaja umumkan pengagihan pendapatan ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Jumlah pengagihan adalah 5.75 sen seunit. Alhamdulillah, bolehlah buat tambah-tambah simpanan hari tua, kan?

Agihan Pendapatan ASB 2025
Agihan Pendapatan ASB 2025

Cuma, kalau anda rasa 5.75% tu sekadar "okay" sahaja dan anda ada minat untuk gandakan duit dengan potensi pulangan yang lebih tinggi, mungkin dah tiba masanya untuk anda belajar selok-belok pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Tak tahu nak mula dari mana? Boleh mula belajar langkah demi langkah di sini:


Terdapat beberapa Saham yang tersenarai di BSKL berpotensi mendapat keuntungan antara 7 peratus sehingga 30 peratus 

Namun begitu, peluang ini sentiasa berubah-rubah. 
Kena ada sedikit ilmu untuk menganalisa Saham apa yang sesuai di beli dan saham apa yang cuba elakkan dari membeli pada masa-masa tertentu.

Namun begitu, anda tidak perlu risau disebabkan ada group Telegram yang disediakan oleh Dr. Zul Izzi Nordin yang merupakan seorang 
Remisier, pelabur saham dan juga Penulis Ebook Jom Labur Saham.



3. Perodua Lancar SUV Baru: Traz 

Ini berita paling panas untuk peminat kereta. Perodua baru sahaja melancarkan SUV terbaharu mereka, Perodua Traz dengan harga bermula RM76,100.

Perodua Lancar SUV Baru: Traz
Perodua Lancar SUV Baru: Traz

Memang nampak segak dan moden, varian H pun dengarnya bermula RM82,000. Mesti ramai yang tengah berkira-kira nak tukar kereta baru ni.

Tapi pesan saya, jangan tergesa-gesa.

Kereta ni komitmen jangka panjang (7-9 tahun). Jangan sebab nampak lawa, kita terus sign loan tanpa kira kelayakan dan bajet sebenar. Silap percaturan, boleh merana badan nak bayar bulan-bulan nanti.

Sebelum anda terjebak atau tersalah langkah, saya cadangkan anda baca dulu panduan lengkap beli kereta ini. Kita belajar cara kira dan pilih kereta yang betul-betul sesuai dengan poket kita.


Itu saja 3 update ringkas dari saya untuk minggu ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk perancangan kewangan anda!

Info berkaitan:

Catat Ulasan

0 Ulasan