Bye 2025! Selamat datang 2026..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kita tinggalkan tahun 2025.

Di saat-saat akhir ini, biasanya kita sibuk nak siapkan macam-macam kerja sebelum bercuti esok. Jadi, saya tak nak ambil masa anda lama.


Bye 2025! Selamat datang 2026..
Bye 2025! Selamat datang 2026..


Cuma nak bagi 3 peringatan pantas supaya anda tak terlepas pandang (rugi kalau terlepas!):

1. Bantuan Tunai SARA & MyKasih (RM100) 
Cek MyKad anda atau keluarga. Kalau ada yang layak terima bantuan barangan dapur RM100 (SARA/MyKasih) tapi belum guna, hari ini adalah hari terakhir. Sila ke kedai runcit/pasar raya terpilih sekarang sebelum bakinya luput malam nanti.

2. Bayar Zakat (Pelepasan Cukai) 
Siapa yang merancang untuk kurangkan cukai pendapatan tahun depan, hari ini adalah tarikh akhir untuk buat bayaran Zakat bagi Tahun Taksiran 2025. Boleh bayar online sahaja di portal zakat negeri masing-masing. Resit nanti simpan elok-elok untuk e-Filing.

3. Hadiah Penutup Tahun (Diskaun 25%) 
Sempena hari terakhir 2025 ini, saya nak bagi "buah tangan" istimewa untuk anda.

Gunakan kod kupon ini: BYE25

BYE 2025 : 25% Diskaun semua Ebook Terbitan Klikjer.com
BYE 2025 : 25% Diskaun semua Ebook Terbitan Klikjer.com


Anda akan dapat diskaun 25% untuk APA SAHAJA ebook di website Klikjer.com.

Nak beli ebook panduan bisnes, kewangan, masakan, atau buat duit? Semua boleh guna kod ni.

Tapi ingat, kod ini sah untuk tempoh 48 jam ini sahaja:
  • Mula: Hari ini (31 Disember 2025)
  • Tamat: Esok malam (1 Januari 2026)

Boleh ke sini untuk mula memilih: www.klikjer.com/produk

Akhir kata, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada famili Klikjer sepanjang tahun ini. Terima kasih kerana Menyokong semua panduan terbitan Klikjer.

Saya doakan tahun 2026 yang bakal tiba membawa rezeki yang lebih luas, kesihatan yang baik, dan semangat baru untuk kita semua.


Selamat menyambut Tahun Baru 2026 dan selamat bercuti esok!


Semoga bermanfaat

Catat Ulasan

0 Ulasan