Jumaat, 22 Disember 2017

Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.com

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ni saya ada mencari domain untuk digunakan pada laman web e-commerce terbaru saya iaitu -> https://homestay5491.easy.co

Disebabkan masa tu hujung bulan, jadi saya terpaksa tangguhkan dulu pembelian domain yang sesuai untuk laman web e-Commerce tersebut..

Nak beli domain tak semudah seperti yang kita sangka....
Kalau hari ni kita cek domain tu masih lagi available...
Esok atau lusa bila kita cek semula, belum tentu domain tu masih ada untuk kita...

Serius!!... domain yang kita nak sama sekali tidak akan menunggu kita... Bila-bila masa boleh dipinang orang.. tanpa mengira waktu siang ataupun malam...
Dalam dunia perniagaan online yang serba serbinya terletak dihujung jari... siapa cepat dia dapat.. 

Kesudahannya, beberapa kali domain yang saya dah aim pada hari ini... Keesokan harinya terpaksa memikirkan cadangan untuk mendapatkan domain yang lain pula.. beberapa kali terpaksa ulang situasi yang sama... baru tahu kan.. betapa susahnya nak beli domain ni..


Sehari demi sehari mampu tengok jer satu demi satu domain yang diidamkan jadi milik orang lain...
..
Takper... Sabar jelah.. bila sampai masanya dapat gaji nanti, berpeluang juga beli domain lain mengikut mana yang ada pada masa tu... pujuk hati sendiri.. hidup tetap perlu diteruskan.. rezeki Allah yang tentukan untuk setiap hambanya.. pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku... pujuk hati saya lagi... sabar dan terus bersabar..

Semalam sebaik sahaja dah dapat gaji.. sekali lagi saya buat survey domain yang masih lagi available untuk dimiliki... Kali ni kalau ada domain yang berkenan di hati, terus nak beli.. nekad betul kali ni.. lagi pun gaji dah masuk.. apa tunggu lagi.

Ini memang dah betul-betul nekad punya...

Maka, cubalah beli domain melalui platform e-Commerce https://homestay5491.easy.co 

Alhamdulillah... ada juga domain yang berkenan di hati..

Ingatkan tak ada masalah lain dah masa tu..
Tapi, bila masa nak buat pembayaran secara online tak berjaya pula... Frust!!

Tiba-tiba masa tu terus tergerak hati nak beli domain melalui laman web netkl.com

Sebelum ni, pernah ada pengalaman beli domain dekat laman web tersebut... Memang tak ada sebarang masalah. Servis pun terbaik...

Semasa nak membuat pembayaran domain di laman web NetKL saya jadi terkejut...

Saya tak sangka dalam akaun affiliate netkl.com, ada sejumlah kredit yang agak banyak dan boleh digunakan untuk membeli domain..

Macam tak percaya pun ada... Sebelum ni tak pernah cek pula samada ada kredit dalam akaun netkl.com atau pun tak..

Jadi, saya pun cubalah bayar dengan menggunakan kredit yang ada... Alhamdulillah... Lepas.. Dapat beli satu domain http://myhomestay4u.com berserta ID Protection bernilai RM60 secara percuma. Tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri.. 


Bukti bayaran domain berserta ID Protection bernilai RM60 (Percuma)
Sumber : netkl.com

Bila dah selesai urusan pembayaran domain http://myhomestay4u.com
semak pula berapa bilangan kredit yang masih tinggal...

Alhamdulillah.. Masih ada lagi.. Dan cukup untuk mendapatkan Domain yang kedua pada harga RM45..

Tanpa berfikir panjang, saya terus beli domain yang kedua pula.. balas dendam..
Benda yang kita boleh dapat secara Percuma... Siapa tak nakkan?

Jadi, saya pun "Belilah" domain yang kedua -> http://myhomestay4u.net
Tanpa ID Protection berharga RM45.00


Seperti domain yang pertama, bayaran untuk domain kedua juga adalah RM0.00 (Percuma)

Sumber : netkl.com

Syukur Alhamdulillah...

Dah rezeki Allah nak bagi... Tanpa disengajakan daripada asal nak beli satu domain, boleh "terbeli" dua domain... 

Kalaulah dapat tahu daripada awal tentang kewujudan kredit tersebut... tak perlu nak tunggu gaji pun dah boleh beli domain.. tapi takper.. tentu ada hikmah disebaliknya.. sentiasa berfikir positif..

Apa yang dapat saya belajar daripada apa yang berlaku kali ini?? ... 

Lepas ni kenalah rajin-rajin melawat laman web netkl.com..

Jangan setahun sekali baru nak melawat.. biasanya masa nak renew domain sahaja baru sempat nak lawat laman web tersebut..... kalau tak buat tak tahu jer.. huhuhu..

 Jadi lepas ni.. kena rajin melawat... Manalah tahu ada rezeki lain lagi yang menunggu saya selepas ni?

Siapa tahu kan?

Kata orang tua-tua... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... Betul tak?

Oklah selamat malam... Setakat ni sahaja perkongsian saya pada kali ni... Dah tak larat nak tulis panjang-panjang...

Terima kasih kerana sudi membaca.. Semoga bermanfaat...

12 ulasan:

  1. Tahniah ..bukan senang nak dapat doniman percuma kan . Kena rajin terjah net.kl lah

    BalasPadam
  2. Tahniah bro
    Pemilihan nama domain tu amat penting

    BalasPadam
  3. Wah tahniah. Bukan satu tapi dua pulak tu :)

    BalasPadam
  4. tahniah bro... biasa bukak tapi credit dekat netkl memang ilek.. haha

    BalasPadam
  5. itu namanya rezeki...

    sebelum dapat diuji bertali arus.

    sekali dapat..

    Fuh bersyukur..

    cuba kalau kita usaha semua perkara dan semua dapat..

    dapatkan tak rasa feel bersyukur berbanding orang yang mencuba dan terus mencuba..end of story dapat..

    rasa bersyukur akan berganda

    itulah hikmah yang perlu dipelajari

    BalasPadam
  6. murahnya rezeki tuan. tahniah. saya sendiri pun x pernah dpt domain free

    BalasPadam
  7. Tahniah rezeki akhir tahun. Terbaik netKL ni.. mungkin saya patut pindah ke netKL

    BalasPadam
  8. sekali dapat dua, memang rezeki betul tu

    BalasPadam
  9. Saya pun banyak beli domain kat netkl ni. Tapi sayang buat masa ni, mereka masih belum jual domain .my

    Kalau tak banyak domain boleh beli

    BalasPadam
  10. selamat bang saya dah lama sangat nak punya domain belum terwujud

    BalasPadam
  11. Tahniah!! Bukan senang nak dapat.. rezeki anuar...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra