Rabu, 15 November 2017

Rekod Jualan US$5 Billion Dalam masa 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Single Day 11.11 menjadi satu fenomena diseluruh dunia apabila terdapat syarikat-syarikat gergasi e-Commerce seperti Ali-ExpressLazada, BookCafe, Lelong.my, Groupon.my, dan lain-lain mengadakan jualan murah secara besar-besaran dalam tempoh satu hari tersebut.

Disebalik Kisah Fenomena Jualan Sempena Single Day 11/11



Sumber : Ali-Express
"Fenomena penjualan sempena Single Day ilham daripada tarikh 11 November atau 11.11 yang menjadi hari sambutan di kalangan orang muda yang masih bujang di China yang diperkenalkan di Universiti Nanjing pada tahun 1993.
Alibaba telah menukarkan hari tersebut menjadi hari festival membeli belah terbesar dalam industri e-commerce mengalahkan jualan Black Friday."

Bijakkan Strategi Pemasaran Ali Baba?

Sebab tu tak hairanlah sekiranya Alibaba Group dapat mendominasi pasaran dunia dalam jualan online sehingga mampu menyaingi syarikat gergasi jualan online seperti E-bay dan lain-lain. 

Dan yang menariknya... Fenomena jualan Single Day 11.11 telah menjadi trend dan ikutan syarikat-syarikat ecommerce lain di seluruh dunia..

Rekod Jualan US$5 Billion Dalam 15 Minit. Motivasi Pada 11.11.2017

Bila sebut tentang Alibaba Group ni, saya rasa terpanggil untuk kongsikan kisah kejayaan mereka semasa berlangsungnya jualan online pada 11.11.2017 yang masih lagi hangat diperkatakan pada ketika ini.


Gedung jualan AliBaba
Sumber : Klik Di Sini


Melalui laman Twitter, Alibaba Group  mengumumkan yang mana mereka telah mencapai angka jualan $1 bilion dalam masa hanya 2.01 minit sejak jualan dimulakan.

Dalam masa 15 minit pertama, AliBaba berjaya mencapai jualan $5 bilion 

Selepas satu jam festival beli belah online tahunan (Single Day) dilancarkan, AliBaba berjaya menghasilkan jualan sebanyak $8.6 bilion.

Jumlah jualan yang berjaya diraih Alibaba sepanjang tempoh satu hari pada 11.11.2017 adalah  $25.3 bilion (RM105.92 bilion).

Secara tidak langsung, rekod jualan ini telah memecahkan rekod jualan Ali Baba pada 11.11.2016 (tahun lepas) dengan jumlah $17.79 bilion


Rekod jualan Ali Baba pada 11.11.2016 dengan jumlah $17.79 bilion
Sumber : Ali-Express


"Alibaba sudah berjaya memperoleh angka jualan yang memecah rekod jualan tahun 2016 dengan memproses 256,000 transaksi per saat pada waktu puncak.  Alibaba Cloud turut berjaya memproses 325,000 tempahan sesaat."

Dan juga rekod Jualan Alibaba Group pada 11.11.2015 (2 tahun lepas) dengan nilai jualan sebanyak $14.34 bilion.

Jualan sebanyak $14.34 bilion pada 11.11.2015
Sumber : Ali-Express

Kagum melihat kejayaan demi kejayaan yang ditunjukkan oleh Syarikan AliBaba Group. Dalam masa satu hari sahaja mereka boleh menghasilkan jualan sebanyak itu. Bukan setakat nilai 7 angka sehari yang menjadi dambaan syarikat-syarikat dan usahawan-usahawan internet di Malaysia.. Tapi 11 angka dalam masa satu hari.. 



Persoalannya, Bagaimana syarikat AliBaba Group boleh menghasilkan jualan sebanyak itu dalam tempoh masa yang cukup singkat?

Jawapannya adalah melalui sistem pemasaran yang cukup efektif. Mereka mempunyai ejen pemasaran yang cukup aktif membuat jualan online dari seluruh dunia.

Berminat nak tahu Rahsia Pemasaran Ali Baba? ->> KLIK DI SINI

Inilah antara rahsia kejayaan syarikat-syarikat Online yang di peringkat global. Dan rahsia kejayaan mereka cuba untuk digunapakai oleh syarikat-syarikat pemasaran online di Malaysia seperti LazadaBookCafeLelong.my, Groupon.my, dan lain-lain



"Dalam tempoh satu hari tersebut, Ali Baba telah memproses 1.48 billion pembayaran  transaksi melibatkan 225 buah negara dan 812 juta penghantaran melalui syarikat rangkaian logistik mereka, Cainiao Network. Negara seperti Jepun, US, Australia, Jerman dan Korea Selatan antara penyumbang utama dengan hasil jualan tertinggi ke dalam negara China sempena Single Day tahun ini."



Strategi Pemasaran AliBaba Group ->> Ecommerce + Dropship seperti dalam Modul shopievo.com


Ejen Dropship AliBaba, sebenarnya yang banyak membantu syarikat ini menghasilkan jualan yang sangat luar biasa. 

Anda tahu tak berapa jualan yang mampu dilakukan oleh setiap ejen dropship ni?

3 angka sehari?
4 angka sehari?
5 angka sehari?

Kalau anda nak tahu statistik yang tepat, saya syorkan anda KLIK DI SINI


Ejen-ejen Dropship ni mampu hasilkan jualan sehingga 7 angka dalam tempoh setahun.

Setahun kita ada 365 hari... Cuba bahagikan purata jualan ejen-ejen dropship ni dengan 365 hari ni, berapa anggaran jualan yang dilakukan oleh ejen-ejen dropship ni sehari??

Itu untuk pengiraan seiorang ejen dropship sahaja...

Untuk makluman anda, ejen Dropship AliBaba ni  terdapat diseluruh dunia. Mungkin bilangannya menceceah sehingga puluhan ribu orang.. Jadi, tak hairanlah sekiranya Ali Baba mampu menghasilkan jualan sehingga 11 angka dalam tempoh masa satu hari,  sekiranya prestasi semua ejen Dropship mereka sangat memberangsangkan pada hari tersebut.


"Jack Ma menjadikan Alibaba raksasa di pentas e-dagang. IPO di New York pada 2014 merekodkan Alibaba sebagai syarikat yang memiliki nilai saham terbesar di dunia."

So, nampak tak apa kelebihan e-Commerce dan ejen Dropship ni?

Sumber : Klik Di Sini

Ejen Dropship ni boleh bekerja 24 jam sehari tanpa henti.. Boleh bekerja di mana-mana sahaja. Tak kira di rumah, di atas katil, ketika sedang bercuti dan sebagainya. Asalkan ada talian internet, mereka sudah boleh melakukan kerja-kerja pemasaran.. 

Sumber : Klik Di Sini

Dan hasilnya.. BOOMMM!!! 

Sememangnya itulah yang kita harapkan... Semoga dengan kejayaan syarikat AliBaba ni akan dapat memotivasikan kita, dan menyuntik semangat kita untuk menghasilkan pendapatan lumayan terutamanya pada tahun 2018 nanti... 

Good Luck!! 

Info Berkaitan:



10 ulasan:

  1. sales giler2 semua... sebelum 11.11 tuh, diaorang dah blast customer, email, fb, adwords, macam2 lah..

    BalasPadam
  2. kejayaan mereka bermula waktu promosi lagi..

    bila tiba hari yang ditetapkan..prospek sudah bersedia untuk melakukan pembelian serentak dalam sehari..

    BalasPadam
  3. Sekarang ini era baru pembelian melalui online. Pembelian mudah, Cepat, dan boleh buat pembelian dimana sahaja. Cuma kene berhati-hati kalau beli barangan elektronik or gadget kadang-kadang kurang memuaskan.. haha

    BalasPadam
  4. alibaba ni mmg terbaik sistem dia.boleh detact semua sales in seconds

    BalasPadam
  5. Semua jenis pemasaran mereka guna hatta filem pun diguna. Syarikat besar bajet pun besar, syarikat kecil, bajet juga kecil. Yang penting buat ikut kemampuan. Jangan tinggal semua.

    BalasPadam
  6. Wah, Hebatnya kumpulan AliBaba ni..mengaut keuntungan yang banyak dalam masa sehari sahaja

    BalasPadam
  7. Baru saya tahu darimana asalnya penjualan 11.11 ni. Patutlah pada masa tu banyak e-commerce melalukan diskaun. Saya pun sempat menikmati diskaun tu dengan membeli banyak buku yang sudah ada diskaun tanpa ada caj penghantaran.

    BalasPadam
  8. Terima kasih atas sharing ni..Bagus informasi dan ulasannya ; saya tak pernah tau tentang sejarah 11.11 sebelum ni. Apa2 pun untuk kita yang tengah mencuba cari wang banyak ni saya memang syorkan try explore AliExpress ataupun Amazon. Lubuk tu bro !

    BalasPadam
  9. Gila dia blast semua tempat... server mahu kuat tu bang. Tak mampu den. haha

    BalasPadam
  10. Teknik promosi dorang kaw-kaw punya sebelum 11.11 lagi.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra