Isnin, 27 November 2017

Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah... Saban hari, muncul ikon-ikon pelaburan hartanah yang baru dalam kalangan kaum Kelayu... Terutamanya dari kalangan generasi muda.

Tahniah saya ucapkan kepada mentor-mentor dalam Pelaburan Hartanah seperti Abang Ensem, Tok PenghuluFaizul RidzuanShafie Bustan, Dr Azizul Azli, Ahyat Ishak dan lain-lain. Melalui perkongsian ilmu pelaburan hartanah yang mereka miliki kepada seluruh rakyat Malaysia, telah dapat membantu orang ramai khususnya generasi muda untuk membeli rumah, walaupun gaji tak sebesar mana.


Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan
Tiada halangan untuk memiliki 6 buah rumah dengan Gaji RM2.5K sebulan

Semalam (26 Nov 2017), Abang Ensem ada menganjurkan SEMINAR GAJI KECIK MAMPU BELI BANYAK RUMAH - EDISI SELATAN dengan Kerjasama Koop XSIS87 & Puspanita JIMJ.

Selain Abang Ensem, seminar tersebut juga turut diserikan lagi dengan kehadiran pemain-pemain yang turut mewarnai Industri Pelaburan Hartanah di Malaysia iaitu:

1. Anis Hafiza
2. Mohd Hafiz Sak Rani
3. Nekmatuzzura Ubaidari

Ketiga-tiga speaker jemputan merupakan protege Abang Ensem yang berhasrat untuk berkongsi ilmu mengenai :

"Bagaimana golongan muda yang bergaji kecil (baru mula kerja/tidak mempunyai kelulusan yang tinggi) mampu beli rumah dan menjadi pelabur hartanah berjaya"


Seminar Gaji Kecik Mampu Beli Banyak Rumah
Seminar Gaji Kecik Mampu Beli Banyak Rumah


Latar Belakang Speaker 1 - Mohd Hafiz Sak Rani 

Bekas peserta Seminar Hartanah Abang Ensem pada tahun 2013.

Pernah disenarai hitam oleh pihak bank gara-gara hutang jahat yang pernah beliau miliki.
Pernah di blacklist oleh bank kerana kegagalan beliau menggunakan kredit kad yang tidak di bayar

Setelah berjaya menyelesaikan hutang jahat beliau, satu demi satu hartanah telah berjaya beliau miliki. Sehingga kini, beliau telah pun berjaya memiliki 6 buah rumah.

Mempunyai aim untuk menambah sebuah rumah setiap 6 bulan sekali.

Latar Belakang Speaker 2 - Nekmatuzzura Ubaidari 

Mampu membeli rumah dengan gaji RM 900 sebulan dan menambah rumah dari masa ke semasa


Gaji 2 ribu sebulan mampu beli banyak rumah
Gaji 2 ribu 2 ratus sebulan mampu beli 9 buah rumah

Mula membeli rumah dari tahun 2003 sehinggalah ke hari ini. Dalam tempoh 14 tahun sudah berjaya memiliki 9 buah rumah.

Sekali tengok dalam slip gaji nampak suci bersih tanpa sebarang hutang. Tetapi secara realitinya beliau memiliki jumlah hutang pinjaman bank sebanyak RM600K++ untuk 9 buah rumah yang beliau miliki. Kalau Shafie Bustan dikenali sebagai Raja Rumah Lelong, Speaker kedua ni kita boleh beri gelaran sebagai Ratu Rumah Lelong. Kebanyakan hartanah yang beliau miliki adalah melalui proses lelongan hartanah.

Berhasrat untuk terus membeli rumah sehingga berumur 40 tahun. Selepas itu akan cuba sedaya upaya habiskan pinjaman rumah satu persatu sehingga selesai.

Latar belakang Speaker 3 - Anis Hafiza

Mula membeli rumah pada tahun 2010 guna duit hantaran perkahwinan. 

Beli Rumah kedua di puchong pada tahun 2014. Rumah Subsale

Gaji 2 ribu sebulan mampu beli banyak rumah
Gaji 2 ribu 5 ratus sebulan mampu beli 4 buah rumah

Rumah ketigaRumah baru dibeli pada tahun 2015

Beli Rumah ke 4 hasil duit lebihan semasa refinance rumah pertama. Dan berhasrat untuk menambah lagi koleksi pelaburan hartanah.

Dengar ceritanya dah pun berjaya beli rumah ke 5 dan rumah ke 6 pada tahun ini (2017).

Speaker kedua dan speaker ketiga mempunyai strategi yang sama dalam pelaburan hartanah, iaitu menjadikan slip gaji yang mempunyai amaun dalam RM2K++ sebagai alat atau "senjata" untuk membeli rumah.

Pendapatan sebenar bukan tercetak pada slip gaji, tetapi pada cash flow yang terhasil melalui pelaburan hartanah kemudian dislaurkan ke akaun-akaun pelaburan dan simpanan.
Rujukan Penting!! :

KESIMPULAN DARIPADA PARA SPEAKER SEMINAR GAJI KECIK MAMPU BELI BANYAK RUMAH - EDISI SELATAN

Kesimpulan yang dapat saya pelajari daripada ketiga-tiga orang speaker ini ialah:
  • Gaji kecil (RM2K) sebulan bukan penghalang untuk membeli rumah
  • Jangan tunggu sehingga gaji besar baru nak beli rumah sebab harga rumah akan terus meningkat selari dengan kenaikan gaji. Bila gaji kita semakin besar, harga rumah juga semakin mahal.
  • Mula membeli rumah seawal yang mungkin, kalau boleh sejak mula dapat gaji yang pertama
  • Beli rumah dulu sebelum beli kereta baru. Harga kereta setelah 9 tahun digunakan akan susut nilai sehingga 1/10 daripada harga asal. Manakala harga rumah selepas sembilan tahun boleh cecah sehingga lebih 2 kali ganda daripada harga asal.
  • Jangan beri alasan untuk tidak membeli rumah. Kalau tak tahu, jangan segan silu untuk menuntut ilmu daripada mereka yang pakar
  • Urus wang dengan betul untuk memastikan rekod kewangan sentiasa cantik. Supaya senang nak lulus pinjaman perumahan 
Ok.. Saya rasa setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada kali ini. 

Semoga selepas membaca perkongsian ini, akan dapat membuka mata mereka yang baru mula bekerja supaya segera untuk membeli rumah.. Sekian, Jumpa lagi di lain waktu..



Info Berkaitan:

10 ulasan:

  1. masih lagi memikir mcmmana yg diaorg buat hingga boleh beli rumah lebih dari 1 buah kalau sekadar gaji yg kecil..mungkin cara pembelian berhemah..makan berhemah..hurmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tekniknya.. biasanya mereka beli rumah subsale atau rumah lelong..
      Nak tips advance, boleh klik link ini -> rahsia beli banyak rumah

      Padam
  2. ada ilmu yang betul, memang boleh beli rumah dengan gaji kecil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Izwan.. boleh dapatkan tips advance macamana nak beli rumah, boleh klik link ini -> rahsia beli banyak rumah

      Padam
  3. Wah bagusnya. Kena pergi seminar nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada masa nak pergi seminar, boleh dapatkan tips advance, melalui link ini -> rahsia beli banyak rumah

      Padam
  4. Hebat dan mengagumkan!!!

    Pengurusan wang yang betul memang sangat penting

    BalasPadam
  5. menariknya. strategi yang betul memang menjadi

    BalasPadam
  6. Di mana ada kemahuan, gaji kecil bukan alasan. :D
    Kumpul aset untuk masa hadapan.

    BalasPadam
  7. Wah.. muda-muda dengan gaji kecil pun boleh beli berbijik-bijik rumah.. Ni la bagusnya belajar daripada yang pakar.. kita dapat elak daripada membuat silap...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra