Selasa, 19 Julai 2016

Nasihat Tok Penghulu kepada Anak Muda Supaya Beli Rumah Dulu Sebelum Kahwin.. PENTING!

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak akhir-akhir ini, saya suka membaca Blog Tok Penghulu.. Sebab dalam Blog Tok Penghulu mengandungi banyak info dan nasihat tentang Pelaburan Hartanah dan pengurusan kewangan.

Saya percaya... Blog Tok Penghulu bakal menjadi rujukan utama kepada anak muda yang berminat dalam Pelaburan Hartanah seperti blog Abang Ensem, blog Shafie Bustan, Blog Melastik Bintang, Blog TuanBri, dan lain-lain.
Sumber : Klik Di Sini
Antara nasihat Tok Penghulu yang menarik minat saya ialah... Beli Rumah Dulu Sebelum Kahwin.. PENTING!

Tok Penghulu nasihatkan kepada anak muda supaya buat pinjaman untuk membeli rumah terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman-pinjaman yang lain seperti Pinjaman untuk Pelaburan ASB, loan Kereta, Penjaman Peribadi dan sebagainya.

Jom baca Serba Ringkas Nasihat Tok Penghulu Kepada Anak Muda

1. Pilih loan Yang Betul

Pastikan loan pertama yang anak muda buat dengan bank adalah loan rumah. Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anak muda semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan. Kalau nak pakai kereta jugak, pastikan guna nama orang lain.. Guna nama abang ke, kakak ke, ayah ke.. Asalkan bukan nama kita. Nak senang lagi, mintak nak sambung bayar kereta mereka jer

2. Beli Rumah Pertama Untuk Investment

Untuk rumah pertama, pastikan anak muda beli untuk tujuan investment. Kalau anak muda beli untuk duduk sendiri, ianya akan jadi expenses untuk anak muda. Lain lah kalau anak muda beli secara cash je kan.. Investment pula terbahagi kepada dua. Sama ada Cash Flow atau Capital Gain. Sekiranya anak muda memilih untuk cash flow investment. Maksudnya anak muda sewakan rumah tersebut kepada orang lain. Pastikan sewa yang diberikan tidak kurang dari bayaran bulanan kepada bank. Satu lagi ialah Capital Gain. Ini bermaksud, anak muda beli rumah pada tempoh tertentu, dan bila value rumah tersebut meningkat, anak muda jual / flip rumah tersebut dan mendapat untung daripada jualan tersebut. Cara ini dipanggil Capital Gain.

3. Beli Rumah yang dah siap (Subsale atau Rumah Lelong) untuk Mendapatkan Pasif Income 

Beli Rumah yang dah siap seperti Rumah subsale atau Rumah lelong, supaya boleh dapat Pasif Income dengan kadar segera (bermaksud rumah yang dah siap dan dah ada nama orang lain punya). Dengan memiliki rumah yang dah siap, boleh segera sewakan dan boleh gunakan duit sewa rumah untuk bayar balik bayaran pinjaman pada setaip bulan.

Sekiranya anak muda bijak ketika membeli rumah Subsale atau rumah Lelong... kemungkinan anak muda boleh dapat "duit poket tambahan" hasil pembelian rumah tersebut. Dengan "duit Poket Tambahan" tersebut, bolehlah anak muda gunakan untuk menyegerakan majlis perkahwinan anda.. ;)

Sebaiknya elakkan beli rumah Undercon terlebih dahulu... Sebab kena tunggu sampai rumah siap baru boleh sewakan. Tapi kalau guna loan kerajaan tak apa. Sebab bayaran bulanan bermula selepas tuan rumah dapat kunci. Elok jer dapat kunci boleh terus sewakan rumah.. ;)


4. Jangan Terpengaruh dengan Pinjaman ASB dan Pinjaman Peribadi

Jangan cepat terpengaruh untuk ambik ASB Loan atau Personal Loan. Sebab Loan jenis inilah yang selalunya menjadi faktor yang menyebabkan bank reject loan rumah kita. Kalau nak ambil ASB Loan juga, pastikan lepas lulus loan rumah, baru lah ambik sekali. Bagi saya, kalau ada merancang untuk membeli property kedua, jangan ambil ASB loan lagi. Sebab biasanya pihak bank akan offer kepada kita selepas kita lulus loan rumah pertama kita. (tapi lain lah kalau income anda besar, kalau sekadar ambil ASB Loan dan bayaran bulanan tidak memberi effect besar terhadap DSR anda, tak mengapa.

------------------------------Tamat Pesanan Tok Penghulu -------------------------------

Apabila saya membaca nasihat daripada Tok Penghulu, rasa menyesal pula sebab masa saya muda dulu agak jahil dengan ilmu pelaburan... Terutamanya ilmu dalam pelaburan hartanah.

Masa tu tak pernah pun terfikir nak beli rumah dulu sebelum kahwin... 

Nak tahu kesilapan saya masa muda-muda dulu, supaya dapat dijadikan Ikhtibar buat anak muda... Jom Baca!!

Kesilapan Yang Telah Saya Lakukan semasa Muda..

Saya mendirikan rumah tangga dalam tempoh setahun selepas mula bekerja. Jadi, masa tu terpaksa buat personal Loan sebab tak sempat nak kumpul duit untuk berkahwin... 

Ini disebabkan keadaan kami pada ketika itu dimana saya dan isteri (dah bertunang masa tu) di arahkan bertugas ke Mukah Sarawak. Disebabkan kami tinggal berjauhan daripada keluarga... Bila balik ke kampung Naik kapal terbang sekali, kadang tu terpaksa bermalam di hotel dulu sebelum naik kapal terbang. Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan kerisauan di hati kedua ibu bapa saya dan juga mertua saya. 

Jadi, Apa yang berlegar difikiran saya pada ketika itu cuma nak segerakan perkahwinan kami walau dengan apa cara sekalipun... supaya dapat menyenangkan hati kedua belah keluarga. Bila dah jadi suami isteri yang sah, nak pergi ke mana berdua pun tak ada siapa yang risau... Dalam masa yang sama, dapat menjimatkan kos perjalanan sebab kami boleh menyewa bilik hotel yang sama sekiranya terpaksa bermalam di Sibu Sarawak sebelum meneruskan perjalanan ke Mukah. (sebelum kahwin kena sewa bilik berasingan sewaktu menginap di hotel)

Kesilapan lain yang telah saya lakukan ialah dengan membeli kereta baru dalam tempoh 3 bulan selepas mula bekerja. Sebaik sahaja dapat slip gaji 3 bulan, terus jer beli kereta baru.. Niat beli kereta baru sebab nak memudahkan pergerakan kami semasa tinggal di Mukah Sarawak. Nak beli kereta terpakai risau dari segi maintenance, sebab perjalanan dari Mukah Ke Sibu agak mencabar. Takut kereta rosak di tengah-tengah Ladang kelapa sawit di antara Simpang Balingian dan Simpang Selangau. kalau beli kereta baru saya rasa lebih selamat, sebab saya tahu prestasi kereta tersebut... Tapi, tanpa saya sedari loan beli kereta baru bukanlah loan yang menguntungkan...  huhuhu...

Kalau masa dapat diputarkan semula... Mungkin saya akan ikut nasihat Tok Penghulu.. Beli rumah dulu sebelum Kahwin! Supaya saya dapat merancang pelaburan dan pengurusan kewangan dengan lebih sempurna..

Pesanan saya kepada anak muda.. beli rumah untuk investmen terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.. Jangan ulangi kesilapan yang pernah saya lakukan.. saya rasa menyesal sebab sebelum saya berkahwin dulu, langsung tidak ada pendedahan tentang pelaburan hartanah..

Sebaliknya, saya syorkan anda mencontohi mereka semasa muda:

"Bagaimana saya membeli hartanah seawal usia 19 tahun, dan apakah proses-proses dari awal sampai dapat kunci dan penyewa?"
- Andrian Un -

"Tak ada istilah terlewat untuk melabur dalam hartanah. Belajar daripada pengalaman saya beli rumah pada usia 27 tahun."
- Jimmy Haryzul -

"Pada tahun 2007 (ketika saya berusia 27 tahun), saya beli rumah pertama untuk pelaburan dan berjaya jimatkan RM26,500. Bagaimana saya buat?"
- Azlan Majid -

"Berhenti bagi banyak alasan dan belajar daripada pengalaman membeli rumah pelaburan pertama pada usia 25 tahun."
- Ariff Shah. -

"Pengalaman yang jarang saya kongsikan iaitu bagaimana membeli hartanah pada usia 23 tahun. Serta perkara-perkara mustahak yang perlu anda lakukan sebelum beli rumah yang pertama."
- Zaidi. -

"Bagaimana saya mencari jalan untuk beli rumah pertama pada usia 23 tahun di Shah Alam, dan dapat diskaun sebanyak RM30,000."
- Khairul Ezuwan. -

"2008 iaitu pada usia 24 tahun, saya mulakan kerjaya sebagai pelabur hartanah dengan membeli rumah pertama. Apakah pengalaman pahit manis yang saya lalui?"
- Shafie Bustan. -

"Pengalaman pelik saya beli hartanah pertama pada usia 25 tahun secara tak sengaja."
- Dr Azizul Azli -

10 ulasan:

  1. seronok kalau ada rumah pertama.seronok lagi dpt beli 2 ,3 buah rumah kan.

    BalasPadam
  2. Hehe.. tak apalah bro.. belum terlambat lagi... masih ada masa nak cover yang dah lepas tu.. hehe

    BalasPadam
  3. mmg sebaiknya beli rumah utk long term..
    next wishlist nak buat rumah...alhamdulillah tanah dah ade...

    BalasPadam
  4. Bagus nasihat tok penghulu nie

    BalasPadam
  5. Saya pula nak beli rumah kedua.

    Kahwin memang perlu disegerakan tuan..sebab kahwin banyak manfaatnya

    BalasPadam
  6. Emmm..mcm sy jgak la..nk bt mcm mana benda dh berlaku..

    BalasPadam
  7. Kena ikut tok penghulu ni :)

    BalasPadam
  8. untung yang muda, dapat diskaun beli rumah. untung yang belom kawin, tak de komitmen.

    BalasPadam
  9. untungnya orang muda skrg, banyak maklumat sana sini

    BalasPadam
  10. Saya dulu pun silap, buat personal loan dan beli kereta sebelum beli rumah pertama..but alhamdulillah sekarang dah banyak sumber boleh cari tentang hartanah ni

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra