Khamis, 21 Julai 2016

Kan Tok Penghulu dah Pesan... Beli rumah dulu Sebelum Kahwin!

with 14 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sebelum ni Tok Penghulu dah pesan kepada anak muda... Supaya Beli Rumah Dulu Sebelum Kahwin.. PENTING!

Tapi, bukan semua anak muda nak dengar nasihat Tok Penghulu...

Tok Penghulu lebih dulu makan garam daripada anak-anak muda... Sebab tu, Tok bagi nasihat kepada anak muda... Nak dengar atau tak nasihat Tok, terpulanglah... Yang penting, Tok dah sampaikan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh anak muda pada zaman sekarang.... 

Jangan menyesal pada kemudian hari udah ler... Bila tengok kawan-kawan yang gaji sama dengan kita, mampu membeli rumah sendiri... Tapi, masa tu kita masih lagi menyewa , sebab tak mampu nak beli rumah... 

Ingat! Harga rumah makin lama makin mahal... Kalau sekarang ni pun kita rasa dah tak mampu nak beli rumah.... Pada masa akan datang belum tentu lagi kita mampu beli rumah... Walaupun pada masa tu, gaji kita mungkin jauh lebih besar daripada sekarang.... tetapi pada masa tu, harga rumah pula jauh lebih mahal berbanding sekarang... 

Saya masih Ingat lagi tentang satu keratan akhbar yang diterbitkan pada tahun 2014...


Sumber : Klik Di Sini

Dalam laporan akhbar tersebut, membincangkan tentang kenaikan harga rumah sebanyak 8% setahun iaitu dalam tempoh April 2013 sehingga Mac 2014.. Keadaan ini secara tidak langsung semakin menyukarkan generasi muda untuk memiliki rumah sendiri.. Terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan elit yang mempunyai kepadatan penduduk seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. 


Sumber : Klik Di Sini

Berikut merupakan sebahagian maklumat yang dapat saya kongsikan daripada petikan akhbar tersebut tentang harga rumah semasa pada ketika ini di kawasan-kawasan elit di sekitar lembah Klang dan Kuala Lumpur:
  • Kondominium One Menerung di Bangsar contohnya yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit
  • Sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta manakala rumah teres dua tingkat di Cheras bermula dari harga RM500,000

Ramai orang kata harga rumah dekat kawasan tersebut memanglah mahal.. Hanya golongan yang berpendapatan RM10,000 ke atas sahaja yang mampu membelinya.. 

Tapi sebenarnya untuk pengetahuan anda, bukan harga rumah di kawasan tersebut sahaja yang melambung naik.. Senario kenaikan harga rumah untuk 5 tahun kebelakangan ini, bukan sahaja berlaku di kawasan Lembah Klang malah sudah mula “berjangkit” di sekitar Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan tidak lupa juga di sekitar Semenyih. Contohnya :
  • Beberapa lokasi harga rumah teres baharu di Semenyih dengan keluasan 24×70 kaki (7×21 meter) kini sudah mencecah harga RM460,000. 
  • Harga rumah bersaiz 22×70 kaki sudah mencapai RM510,000. 
  • Harga rumah di Rawang pula untuk keluasan 20×65 kaki dijual pada harga sekitar RM288,000. 
  • Harga rumah di Sungai Buloh bermain pada harga RM398,000 untuk keluasan 22×75 kaki. 
Sumber : Klik Di Sini

Sementara belum mendirikan rumah tangga... Belum ada komitmen untuk menyara anak dan isteri... Eloklah beli rumah terlebih dahulu, kemudian segera sewakan rumah tersebut.. 

Pastikan sewa rumah melebihi komitmen bayaran bulanan kita kepada bank.. Supaya kita mendapat lebihan tunai untuk digunakan sebagai menampung keperluan perbelanjaan kita pada setiap bulan.. 

Sebagai Contoh, kalau harga rumah RM100,000... Bayaran bulanan kepada bank dalam RM500++ sebulan... Sewakan rumah RM700 sebulan... 

  RM700   - penyewa bayar pada kita setiap bulan
- RM500   - Kita bayar pada Bank
------------
  RM200  - Pasif Income dari baki sewa rumah setiap bulan...

Jadi dapat lebihan tunai di tangan sebanyak RM200. Bolehlah gunakan duit tu untuk menyara isteri nanti... masa dah kahwin nanti, anda akan rasa lega... Sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai sebuah rumah yang anda tak perlu pening kepala nak bayar pinjaman bank setiap bulan, sebab dah ada penyewa yang tolong bayarkan... Malah, anda dapat menikmati kehidupan dengan lebih bahagia dengan lebihan RM200 yang anda dapat daripada penyewa rumah anda..  

Ingat ye... Harga Rumah semakin hari semakin meningkat... Jadi, sebaiknya pinjaman untuk membeli rumah perlu didahulukan berbanding pinjaman-pinjaman yang lain...


Salah Satu Kesan Sekiranya anda menangguhkan Pembelian Rumah.. -> Harga Rumah akan terus Meningkat!

Di waktu krisis 2008, Tan Sri Leong Hoy Kam telah membeli 10 lot tanah. Hari ini beliau adalah dalam senarai 5 Pemaju Hartanah terkemuka di Malaysia!

Tanah di Times Square Bukit Bintang berharga RM400 kaki persegi pada tahun 1995 (walaupun krisis kewangan 1997).  Nilai tanah tersebut hari ini ialah RM4,000 kps!

Sumber : Azizi ali

Jangkaan : Pendapatan RM12,000 sebulan jika nak beli sebuah rumah teres pada tahun 2020

Ini pula berdasarkan pemerhatian dam pengalaman saya sendiri... Kesan peningkatan harga rumah di sekitar kawasan negeri Perak.. (Ini bukan di kawasan Elit!)  

Rumah teres dua tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan tiga bilik air di beli pada tahun 2005 pada harga RM116,000.. Sekarang Harga Rumah ni dah dekat RM300,000 
(Peningkatan Harga Rumah hampir 3 Kali Ganda dalam tempoh 10 tahun)

Rumah teres satu tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan dua bilik air di beli pada tahun 2010 pada harga RM105,000.. Sekarang Harga Rumah ni dah RM150,000 
(Peningkatan Harga Rumah Sebanyak Setengah Kali Ganda dalam tempoh 5 tahun)

Rumah banglo Satu tingkat ini mempunyai 4 buah bilik dan dua bilik air di jual pada harga RM148,000 pada sekitar tahun 2010 di kawasan Batu Gajah, Perak.. Sekarang Harga Rumah ni dah RM200,000 
(Peningkatan Harga Rumah Sebanyak RM50K dalam tempoh 5 tahun)

Rumah Teres Dua Tingkat (Lot Tepi) di beli pada harga RM380,000 pada tahun 2015 di Seri Iskandar, Perak..  
(Dijangka Harga Rumah boleh mencapai RM500K dalam tempoh 3 tahun akan datang)

Bagi pendapat saya... Nasihat tok penghulu tu ada kebenarannya...
"Sebagai orang yang lebih berpengalaman, tentu Tok Penghulu inginkan yang terbaik untuk generasi muda zaman sekarang... Terutamanya anak-anak Melayu yang kebanyakannya lebih ghairah untuk mengejar Gejet terbaru, Kereta Idaman, dan hiburan (shopping, Tengok wayang, Makan di Restoran Mewah) sebaik sahaja telah mendapat pekerjaan." 
Sebaiknya.. Cuba kawal emosi dan keinginan untuk berbelanja... Supaya dapat merancang kehidupan dengan lebih sempurna pada masa hadapan ... In Shaa Allah..

14 ulasan:

  1. Betul.. Saya setuju.. Sebaiknya beli rumah dahulu sebelum membeli liabiliti atau aset yang lain

    BalasPadam
  2. takleh bayangkan harga rumah 30 akan datang..

    BalasPadam
  3. harga rumah sekarang kekadang memang geram aje tengok.

    mahal kan main.

    BalasPadam
  4. emmm..

    berubahan harga rumah mmh ketara setiap tahun..

    BalasPadam
  5. Sedihnya kena sewa rumah sampai mati takde duit nak beli rumah. fuh.. dunia penuh mencabar.

    BalasPadam
  6. saya menjadi seriau melihat harga rumah yang begitu mahal..namun terpaksa juga dibeli jika ia astu keperluan utama

    BalasPadam
  7. tanah, umah memang takkan turun harga nyer.
    kalau mampu, beli la umah.
    jgn plak beli, then tak mampu byr :(
    sedih jugak :)

    BalasPadam
  8. Klu nk ikut kan,memang sukar nk Beli rmh sendiri.. harga bukan murah.. naik setiap tahun.. tapi pasif income cam tu jugak setiap tahun.. haha.. cam mane nk Beli rumah.. bila dah kawin lagi lahhhh terasa susah nk Beli rmh...

    BalasPadam
  9. ya...saya pun nak beli tanah dan buat rumah sendiri.
    impiannya semua benda nak beli cash! hehe

    BalasPadam
  10. tak dinafikan, harga rumah dok naik je.

    nasihat untuk anak muda, stop wasting time investing on unneeded things.

    BalasPadam
  11. Betul tu, beli rumah 2nd pun takpe, janji ada tempat untuk berteduh.

    At least, kalau tuan rumah sewa bagi notis untuk kosongkan rumah dalam tempoh 2 minggu (or earlier than that), at least kita dah ada rumah untuk tidur & mandi

    BalasPadam
  12. lebih baik beli sekarang dari nanti..harga rumah makin meningkat.

    BalasPadam
  13. Klau xbeli awal2 mmg susah nak dpt harga bawah 300k lps ni... liez dah beli rumah sendiri masa tahun 2009... kawin thn 2010.. that time condo 190K... skrg nilai rumah dah 450K

    BalasPadam
  14. Harga rumah terkadang macam tak masuk akal juga kan? Alhamdulillah dah ada 2 aset rumah.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra