Rabu, 29 November 2017

Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Domain Dan Web-Hosting PERCUMA
Sumber : Klik Di Sini


Pagi tadi saya dikejutkan dengan satu soalan Cepu Emas sebaik sahaja membuka email.

Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?

Inilah soalan cepu emas yang diajukan oleh Mr. Boon Lee dalam email terbaru yang beliau hantar pagi tadi..

Domain Dan Web-Hosting PERCUMA
Domain Dan Web-Hosting PERCUMA daripada Mr. Boon Lee

hahaha..

Rasa berdebar nak membaca isi kandungan email tersebut..

Sebab baru-baru ni, saya dah pun berhabis dalam RM150 untuk renew 3 domain.

Renew domain coretananuar.com semalam sebanyak RM60.00 dekat laman web netkl.com

Renew domain aktifmykad.com semalam sebanyak RM45.00 dekat laman web bajethosting.com

Renew domain tipsexamspa.com pada bulan lepas sebanyak RM45.00 dekat laman web bajethosting.com

Boleh tahan jugakkan harga untuk renew domain selama setahun.

Itu baru harga domain. Belum lagi harga pakej sekali dengan web-hosting. 

kalau nak tahu berapa harga web-hosting, anda bolehlah semak sendiri dekat laman web netkl.com atau laman web bajethosting.com

Nak Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA?

Jadi, bila saya dapat tahu Mr. Boon Lee nak tawarkan domain dan Web-Hosting secara percuma selama setahun. Memang syioklah... benda percuma, Siapa yang taknak kan?

Sekali baca punya baca dekat laman web http://webresponsif.com, rupanya ada syarat yang dikenakan untuk mendapatkan Domain dan Web-Hosting percuma tersebut.

Syaratnya ialah kena dapatkan pakej Website Responsif. 

Sumber : Klik Di Sini

Dalam pakej tersebut turut disekalikan dengan Domain dan Web-Hosting 1 tahun secara PERCUMA bernilai RM105.00

Domain Dan Web-Hosting PERCUMA
Sumber : Klik Di Sini

Hmmm... Menarik juga tawaran yang diberikan. Terutamanya untuk mereka yang baru nak belajar buat laman web.

Kebetulan pula sekarang ni saya sedang berkempen untuk menggalakkan rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah laman web pada tahun 2018. 
Baca ini -> Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020
Jadi, saya kongsikan berita baik ini kepada rakan-rakan saya di facebook.

Rupanya ramai juga rakan-rakan saya yang berminat untuk memiliki laman web sendiri. Tapi tiada ilmu dan kepakaran untuk merealisasikan impian tersebut!

Justeru itu, pakej Website Responsif yang baru dilancarkan oleh Mr. Boon Lee ini memang sesuai sangat untuk mereka.

Serius!!

Saya kenal Mr. Boon Lee ni dah lama..

Mr. Boon Lee ni sememangnya terkenal dalam kalangan usahawan-usahawan internet, disebabkan kreativiti dan idea-idea beliau dalam usaha membantu usahawan-usahawan internet tempatan membangunkan laman-laman web profesional. 

Ramai usahawan-usahawan internet tempatan pernah mendapatkan bantuan daripada beliau. Termasuk juga saya!

Berikut merupakan sebahagian laman web beliau yang telah menjadi rujukan kepada usahawan-usahawan internet tempatan :

Sedikit Info tentang DVD website responsif 

DVD website responsif ini mengandungi cara-cara untuk menghasilkan website secara DIY. Anda juga boleh upload isi kandungan website yang anda bangunkan samada dalam format HTML, Wordpress theme atau template blogger dengan menggunaka sofware Artisteer.

Jika anda berhasrat nak cuba dahulu software ini, boleh download dan edit menggunakan template yang disediakan di link berikut:

(klik link di atas)

Kemudian, boleh scroll ke bawah dan masukkan nama dan email anda dalam ruangan kosong yang disediakan. (Rujuk gambar di bawah)

Sumber : Klik Di Sini

Selepas itu, anda perlu membuat pengesahan email. (Semak mailbox anda untuk buat pengesahan email). File tersebut akan dihantar melalui email secara Percuma. 

Tiada rugi anda mencubanya. Cuba dulu yang percuma!

Sekiranya anda berminat nak dapatkan terus Pakej DVD website responsif  berserta (Domain Dan Web-Hosting 1 Tahun Secara PERCUMA), boleh terus scroll ke bawah dan klik pada button Dapatkan sekarang!

Selamat Mencuba dan Good Luck!!

Info Berkaitan:


1 ulasan:

  1. siapa yang tidak mahu barang percuma..

    percuma macam manapun ada syaratnya dalam dunia bisnes

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra