Ahad, 19 November 2017

Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020

with 13 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Sebelum ini Dr Yusuf Saari, Penganalisis Ekonomi UPM ada mencadangkan supaya Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk digantikan dengan Subsidi Makanan. 

Tapi, saya tak pasti sejauh mana cadangan tersebut diterima.. Samada ada pihak yang mendengar dan mengkaji cadangan tersebut ataupun tidak. Itu saya tak pasti..

Secara peribadi, sebenarnya saya juga mempunyai Cadangan Alternatif Untuk BR1M sebelum tahun 2020.. Walaupun bagi pendapat saya cadangan tersebut bernas, tapi tak pasti pula sejauh mana penilaian orang lain terhadap cadangan tersebut. Maklumlah lain orang, lain pandangannya.. Fikiran saya dalam skop fikiran orang kampung yang mempunyai hasrat dan keinginan untuk melihat negara kita Malaysia mampu menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Biarpun Wawasan 2020 sudah mula dilupakan, bila semua pihak tertumpu kepada TN50. Tapi secara realitinya, tahun 2020 masih belum lagi meninggalkan kita. Masih ada masa lebih kurang 2 tahun lebih sebelum kita menempuhinya.

Baiklah!! Sebelum anda baca cadangan/pandangan peribadi saya tentang BR1M, saya syorkan anda tonton terlebih dahulu video di bawah.




Cadangan Bajet 2018 : Gantikan BR1M dengan Subsidi Makanan




Anda setuju tak dengan cadangan dalam Video tersebut?


Gantikan BR1M dengan Subsidi makanan..
Itu pandangan daripada seorang yang mempunyai kreadibiliti..
Seorang Doktor Falsafah.. Bukan calang-calang orang..

Sekarang mari baca pula cadangan alternatif saya terhadap BR1M... Saya Melihat View yang sedikit berbeza berbanding View Dr Yusuf Saari..


Cadangan Alternatif  BR1M : Berdasarkan pandangan Peribadi saya

"Kalau kita nak jadikan wawasan 2020 sebagai satu realiti, bukan lagi fantasi.. kita kena ubah cara kita berfikir. Kali ni kita pandang pula ke negara China.. (dalam tak sedar sebenarnya Negara China mampu menguasai ekonomi dunia secara keseluruhan)..

Kita tak boleh lagi mengharap kepada subsidi kerajaan, dan tertunggu-tunggu berita gembira tersebut semasa pembentangan bajet yang diadakan pada setiap tahun (biasanya pada pertengahan atau penghujung bulan Oktober)..


Lihat bagaimana usahawan dari negara China memanipulasi tarikh tertentu sehingga menjadi trending. sampaikan usahawan dari negara barat pun rasa teragak-agak samada nak ikut ke tidak trending yang dibuat oleh usahawan dari negara China.. kagum dengan semangat dan pendirian mereka..


Sewaktu kita sibuk menunggu pemimpin kita mengumumkan subsidi, usahawan-usahawan dari negara China pula sedang sibuk bekerja keras untuk memastikan berbilion US Dollar masuk ke negara mereka dalam masa satu hari sahaja..


Serius!!


Berbilion US dollar masuk ke negara China dalam masa satu hari... bukan dalam masa sebulan atau setahun..
Ini bukan cobaan.. tapi betul-betul..
Ini satu realiti, bukan satu fantasi seperti angan-angan Mat Jenin

Ini laporannya..
-> http://bit.ly/2zHdBGs
-> http://bit.ly/2zHdBGs
-> http://bit.ly/2zHdBGs

KAGUM..


Cadangan Alternatif Untuk BR1M



Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menukarkan subsidi sedia ada (BR1M), kepada kedai online untuk diberikan kepada setiap penerima BR1M. Bagi saya itu lagi bagus... ini sekadar pandangan saya...

Kos pemberian BR1M dengan kos membangunkan sebuah kedai online lebih kurang sama... 

BR1M diberikan dalam bentuk wang tunai, dapat sekali terus habis digunakan...


Sekiranya mereka diberikan kedai online, mereka dapat hasilkan pendapatan berterusan... mungkin tak banyak pada permulaanya dan tak setimpal dengan modal yang dikeluarkan..


Tapi, selepas setahun berkemungkinan hasil yang mereka dapat melalui kedai online  berkali-kali ganda daripada nilai BR1M itu sendiri...

Boleh semak sendiri kos yang perlu dikeluarkan untuk memiliki kedai online sendiri..

Rujukan 1 -> http://bit.ly/2zJMFU2
Rujukan 2 -> http://bit.ly/2y1dipJ

Ada tak yang bersetuju dengan pendapat saya ni?

Harap ramai yang setuju...


Sumber : Klik Di Sini

Kalau tak setuju tak apa.. Boleh abaikan post ini..

Semasa zaman Rasulullah dulu, nak bantu orang susah Rasulullah bagi kapak suruh tebang kayu.. Bila difikirkan balik.. bagi kapak sebenarnya lebih baik daripada bagi duit atau subsidi..


Sebab kalau kita bagi duit, dalam tempoh masa sekejap sahaja duit tersebut boleh habis.. bila dah habis, nanti rakyat akan minta duit lagi.. kalau kita bagi kapak, selagi kapak tu boleh digunakan, selagi tu mereka boleh cari pendapatan.. betul tak?


P/s : Kita tukarkan "kapak" dengan kedai online untuk keperluan di zaman sekarang 

Mulai tahun 2018, kita perlu merubah cara kita berfikir.. SETUJU?"

-Anuar 17 November 2017-
Sumber asal : Facebook akaun peribadi

Ini sekadar pandangan peribadi saya.. Bukan pandangan seorang doktor falsafah atau ahli politik atau seorang peguam atau ahli perniagaan.. Tetapi hanya pandangan peribadi seorang rakyat jelata yang ingin melihat Malaysia berjaya menjadi sebuah negara maju seperti negara China..


13 ulasan:

  1. Satu idea yang bagus dan patut diuji keberkesannya.

    BalasPadam
  2. Setuju. Sudah2lah mentaliti subsidi.

    *Typo dikesan
    Sialah : siapalah
    Kreabiliti : kredibiliti

    BalasPadam
  3. Memang kena cari alternatif untuk BR1M ni, kalau tak rakyat asyik menunggu durian runtuh setahun 3 kali ni jer

    BalasPadam
  4. Memang perlu idea baru selain dari BRIM ni. Sampai bile nak berBRIM je..masalah tak selesai..

    BalasPadam
  5. Cadangan yang baik. Inilah yang dikatakan, jangan bagi ikan tapi bagi pancing. Tapi melihat keadaan dan sikap di Malaysia ni, saya lebih suka kalau diajar bagaimana nak memancing dulu baru dibagi pancing. Bukan apa, nanti rugi dibagi pancing tapi tak pakai.

    BalasPadam
  6. eloklah cari alternatif kepada brim ni.

    BalasPadam
  7. keadilan yang perlu dalam pemberian brim..sepatutnya..mereka yang benar benar berada perlu membayar cukai...dan cukai digunakan untuk brim kepada netizen yang daif..

    jika difikirkan jika wang zakat dijaga dengan baik..mesti tiada sebarang masalah dalam memnbantu golongan daif...zaman khalifah adalah yang terbaik berbanding sistem demokrasi barat..sekadar pandangan

    BalasPadam
  8. sebenarnya cadangan tuan Anuar mirip kepada program eusahawan.

    para peserta diberi ilmu online secara percuma kerana kos ditanggung kerajaan..

    cuma program eusahwan sangat terhad kepada hanya sekali sahaja pendaftaran..

    saya risau satu sahaja..

    jika BRIM dihentikan maka pelbagai tohmahan akan dilemparkan kepada kerajaan..

    sekarang kita tiada pilihan untuk menjana wang untuk negara selain implimentasi ekonomi digital secara besar-besaran..

    mari kita buat contoh kepada perniagaan online yang berpusat di China.

    BalasPadam
  9. BR1M juga perlu melalui pembaharuan. Apabila kerajaan dapat memberikan program menarik dan percuma kepada usahawan dalam bentuk atas talian, ianya boleh membantu rakyat meningkatkan hasil pendapatan dengan cara yang lebih sistematik.

    BalasPadam
  10. Idea yg bagus umpama seminar e-usahawan

    Sy pula berpendapat biarlah subsidi tu terus kpd pendidikan percuma utk pelbagai peringkat

    BalasPadam
  11. Cadangan yang menarik juga.. tapi perlu juga berikan subsidi lain macam minyak makan ke...

    BalasPadam
  12. Tu lah, kalau kita bagi ikan, ikan akan habis dimakan.. tapi kalau kita bagi pancing, orang tu akan dapat terus mencari ikan sampai bebila... lagi untung...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra