Khamis, 2 Februari 2017

Wawasan 2020 : Antara Realiti dan Fantasi?

with 8 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni dah masuk bulan Februari 2017.

Bila difikirkan balik, Sekejap betul masa berlalu. Cuma tinggal lagi 3 tahun untuk kita berada di tahun 2020.. Tahun wawasan kita yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991.

Wawasan 2020 : Fantasi atau realiti
Wawasan 2020 : Fantasi atau realiti

Masih ingat lagi cerita 26 tahun dulu, semasa saya masih di bangku sekolah rendah (Darjah 4 masa tu).

Bila cikgu sebut sahaja tentang wawasan 2020, dalam minda saya menggambarkan kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal boleh berterbangan di udara.

Gambaran wawasan 2020 pada tahun 1991 : kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal akan berterbangan di udara
Gambaran wawasan 2020 pada tahun 1991 : kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal akan berterbangan di udara

Gambaran Di Malaysia pula dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Kereta-kereta terbang boleh parking kereta di tingkat ke 20, 30, 40, 50 tanpa perlu menggunakan lif..

Tinggi sungguh imaginasi saya pada ketika itu.. Mungkin disebabkan oleh pengaruh filem-filem barat dan komik-komik yang pernah saya tonton seperti Back To The Future, Demolition Man, Doraemon, Pendekar Laut, Dewataraya dan lain-lain.

Atau juga mungkin poster-poster dalam pertandingan mewarna yang biasa saya lihat dalam majalah-majalah seperti Majalah Dewan Bahasa, Majalah Kuntum dan sebagainya.

Ya.. Pada zaman tu, bila ada pertandingan melukis atau mewarna yang bertemakan wawasan 2020.. Sememangnya itulah gambarannya..

Masih ingat lagi antara perkara yang menarik turut diperkatakan pada ketika itu... Tentang komputer...
Semasa tahun 2020 nanti, kononnya setiap pelajar akan belajar dengan menggunakan komputer di bilik darjah... Setiap pelajar ada sebuah komputer.

Tapi masa tu, rasa lama sangat nak sampai ke tahun 2020. Ada 29 tahun lagi nak sampai ke tahun tersebut. Jadi, besar kemungkinan semua imaginasi yang digambarkan pada ketika itu tidak mustahil boleh menjadi kenyataan..

Itu kisah 26 tahun dahulu, sewaktu saya masih berada di bangku sekolah rendah.

Tapi secara realitinya, berdasarkan situasi semasa kita berada di tahun 2017. Keadaan yang kita imaginasikan selama ini, mustahil boleh berlaku!!

Bila kita imbau kembali sejarah penubuhan wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh mantan Perdana menteri kita pada ketika itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.. Objektifnya masih belum tercapai 100%. Tetapi usaha ke arah itu juga nampak agak kelam disebabkan beberapa faktor luaran dan juga faktor dalaman.

Sebelum saya ulas dengan lebih mendalam, jom kita baca sedikit info tentang wawasan 2020.

"Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan pada tahun 1991 dengan objektif untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri.  Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020. Sasaran Wawasan 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi, tetapi juga dalam bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial."
-Wikepedia-
9 Cabaran Wawasan 2020 

Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggariskan sembilan cabaran strategik yang Malaysia mesti atasi untuk mencapai Wawasan 2020.
  • Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  • Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
  • Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
  • Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
  • Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
  • Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
  • Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
  • Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
  • Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.
9 Cabaran Wawasan 2020
9 Cabaran Wawasan 2020

Kalau kita baca dan hayati satu persatu dalam setiap cabaran tersebut.. Hampir kesemua cabaran kita berjaya tempuhi. Melainkan Cabaran ke 6 yang menjadi antara penyebab utama kita gagal mencapai objektif wawasan 2020.
Cabaran Keenam Wawasan 2020"Mewujudkan masyarakat maju dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan."

Sehingga sekarang kita masih menjadi pengguna teknologi yang dihasilkan oleh negara-negara maju seperti Jepun, US, China, Korea, Taiwan dan lain-lain.

Kita masih belum berjaya menghasilkan produk sendiri yang setanding dengan produk-produk import. Kalau ada pun masih boleh dikira bilangannya.. Masih terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan kos penyelidikan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk disalurkan ke universiti-universiti di Malaysia.
Keratan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 September 2010 bertajuk "Negara mampu realisasikan wawasan 2020"

Namun begitu, Keyakinan kepada negara kita Malaysia untuk merealisasikan wawasan 2020 masih tetap ada..8 daripada 9 cabaran sudah berjaya kita atasi... Tinggal cabaran ke 6 sahaja lagi..

Keratan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 November 2013 bertajuk "Malaysia sudah sedia capai wawasan 2020"

Pada tahun 2010 kita disajikan dengan berita-berita positif tentang wawasan 2020...

Masuk ke tahun 2013, masih ada akhbar-akhbar yang menyiarkan rencana-rencana dan berita-berita prositif tentang wawasan 2020.. Pada ketika ini, kita masih menaruh harapan yang tinggi untuk merealisasikan wawasan 2020 berdasarkan keadaan ekonomi negara yang masih lagi kukuh dan stabil. Kerjasama ekonomi dengan negara-negara maju juga berjalan dengan baik.

Apa terjadi selepas itu??


Kalau kita perasan Senario berita di Malaysia kini telah berubah kepada berita bermusim...

Isu Kenaikan dan Penurunan Harga Minyak

Contohnya Isu harga minyak...  Isu kenaikan harga minyak dan penurunan harga minyak menjadi antara topik paling hot bermusim.. 

Bila sampai masanya semua orang sibuk memperkatakan tentang isu ini di mana-mana sahaja baik di tempat kerja, di kedai kopi, di media sosial, dalam akhbar dan sebagainya.. 

Hampir setiap masa topik yang sama diperkatakan berulang kali... Sehingga saya sendiri dah malas nak tulis entri tentang isu tentang kenaikan harga minyak ini di blog saya..

Isu kenaikan dan penurunan harga minyak antara isu paling Hot di Malaysia

Isu tentang BR1M, BB1M ->>> SUBSIDI

Isu ekonomi di Malaysia di hangatkan lagi dengan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada golongan B40, Baucer Buku 1 Malaysia kepada golongan pelajar di IPT, dan sebagainya..

Ini juga berita sensasi bermusim.. Apabila sampai masanya semua orang akan memikirkan benda yang sama.. Subsidi...

Tragedi kehilangan pesawat  MH370 (8 Mac 2014) - Cabaran buat ekonomi Malaysia

Kehilangan pesawat MH370 merupakan satu tragedi yang telah menggemparkan seluruh dunia.

Tapi, berat mata memandang sebenarnya berat lagi bahu yang memikul.

Kerajaan telah membelanjakan wang sebanyak RM32.6 juta (tahun 2014 sebaik sahaja pesawat dilaporkan hilang) bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat kehilangan pesawat berkenaan.


Di samping itu, terpaksa membayar wang pampasan kepada keluarga mangsa berdasarkan Montreal Convention 1999 dan pembuktian kerugian (subject to proof of loss) yang ditanggung oleh setiap penumpang. MAS telah menawarkan wang pendahuluan pampasan berjumlah USD50,000 sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris dan keluarga penumpang.

Kos-kos yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti operasi dan menyelamat selepas itu tidak pula dinyatakan.

Tetapi, kita dapat gambarkan betapa besarnya kos yang terpaksa negara keluarkan berikutan tragedi kehilangan pesawat MH370

GST yang diperkenalkan pada 1 April 2015 - Isu Hangat yang tiada berkesudahan

GST yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada 1 April 2015 menjadi isu yang terus hangat diperkatakan sehingga sekarang..



Ramai rakyat Malaysia rasa tak puas hati sebab hari-hari kena bayar cukai..
Orang kampung yang berpendapatan rendah pun tak terkecuali daripada membayar cukai.. 
Walaupun cukai yang dikenakan cuma 6%, tapi nilai tersebut tetap dianggap besar bagi sesetengah orang.. Terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan..

1MDB, Derma RM2.6 Bilion, Banjir dan Bencana Alam

Ekonomi di Malaysia menjadi bertambah parah dengan :
  • Isu 1MDB
  • Isu derma RM2.6 Billion
  • Banjir dan bencana alam..
3 isu di atas saya tak nak ulas dengan lebih panjang.. 

Tapi isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion menjadi 'ibu segala isu' pada tahun 2016. Sehinggakan, hilang kepercayaan pelabur luar untuk terus melabur di Malaysia. Bila pelabur luar mula meninggalkan Malaysia,  ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara dan turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia..

Kesannya akan dirasai dalam satu tempoh yang lama... Mungkin sehingga ke  anak cucu cicit kita nanti...

Cuba kita sama-sama fikirkan... Kita asyik bergelut dengan isu-isu di atas.. Isu-isu dalaman yang sentiasa menghantui pemikiran kita... 

Kalau keadaan ini berterusan, bagaimana kita nak memikirkan isu yang lebih besar... seperti Bagaimana kita nak merealisasikan wawasan 2020? supaya boleh menjadi kenyataan..

Dengan keadaan ekonomi negara kita yang ada pada hari ni...
Agak-agak dalam masa 3 tahun dari sekarang... mampu tak negara kita nak merealisasikan wawasan 2020 seperti dalam gambar di bawah?


Setakat ini sahaja perkongsian saya... Tentang Wawasan 2020 : Antara Realiti dan Fantasi?

Mungkin ia akan menjadi satu Realiti.. Atau sekadar satu fantasi... Tiada jawapan disediakan dalam artikel ini..  

Kita sama-sama baca dan fikirkan sendiri jawapannya.. 

Sekian.. Terima kasih kerana sudi membaca..

Boleh share artikel ini supaya bagi peluang dekat orang lain berfikir sama untuk mencari jawapannya.. 

Info Berkaitan:

8 ulasan:

  1. banyak kena ubah lagi dalam mencapai 2020. saya tak rasa 2020 tu adalah suatu yang boleh dicapai. tengok sahaja etika orang kita lepas makan di fastfood, biar je sampah makanan tu di atas meja. padahal boleh je mudahkan kerja pekerja dengan tolong buang ke tempat yang sepatutnya dan memudahkan orang lain ntuk duduk makan pula di temapt tu

    BalasPadam
  2. kete terbang dah ada.

    cuma tak komersial aje.

    kosnya pun mahal.

    BalasPadam
  3. Kena tambah satu lagi cabaran. 10- Cabaran yang paling mencabar ialah melaksanakan 9 cabaran yang telah digariskan.. Yang tu memang betul-betul tercabar.

    BalasPadam
  4. Pembentukkan akhlak terlalu penting supaya semua cabaran lain mudah dilaksanakan. Ni kalo akhlak ke laut...mane mungkin ada pebentukan budaya cemerlang . lagikan nak capai cabaran yg begitu mencabar....

    BalasPadam
  5. Dekat negara maju pun belum ada tanda-tanda akan kelihatan kereta terbang. Jadi kat Malaysia ni pun mungkin tak akan berlaku. Mungkin je la... Apapun, banyak benda tak best berlaku masa zaman Najib. Harap sangat dia ni ditukar kepada pemimpin yang lebih baik.

    BalasPadam
  6. macam sukar untuk dicapai dalam masa 3 tahun ni...
    isu ekonomi perlu ditangani segera

    BalasPadam
  7. Nampqk gaya wawasan 2020 sukar utk jd kyataan..tgk saja la pada ekonomi negara yg smakin merudam dgn terjadi masalah yg membuatkan rakyat yg menanggung.. Zaman pemimpin skrg ni bleh katakan xbest..

    BalasPadam
  8. dengan adanya GST maka setiap rakyat ada sumbangan kepada negara..

    ada orang kata..jangan ditanya apa sumbangan negara kepada kita sebaliknya tanya kepada diri apa sumbangan kepada negara...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra